Sufi Sufiya Diterbitkan 15 July 2019

Rona Cincin dan Tona Kulit ?

Rona Cincin dan Tona Kulit ?

Bagi bakal pengantin, pemilihan cincin perlu dititik beratkan supaya bakal pengantin berpuas hati dan gembira menjelang hari bahagia. Selain itu, cincin adalah satu aset yang akan dipakai oleh si pemilik untuk selama-lamanya. InshaAllah…

Terdapat tiga jenis warna cincin yang boleh kita dapati iaitu: 

1) Emas Kuning

Emas kuning akan kelihatan cantik pada sesiapa sahaja, tetapi ia lebih menyerlah pada wanita berkulit sawo matang atau lebih gelap. Ia tidak terlalu menyerlah jika dipakai oleh wanita berkulit cerah.

Tona Kulit Sawo Matang
Tona Kulit Gelap

2) Emas Putih

Kepada individu menginginkan tampak lebih elegen serta menawan, anda boleh mngenakan emas putih dijari anda sekali gus menaikkan lagi seri kulit anda. Namun, ia kelihatan sempurna untuk wanita yang berkulit cerah.

Tona Kulit Cerah

 

 

3) Rose Gold

Rose gold adalah trend yang semakin popular sejak tahun 2015. Bagi bakal pengantin yang memiliki tona kulit yang pucat, cincin rona rose gold merupakan pilihan yang tepat kepada anda.

Tona Kulit Pucat

 

Jadi, rona cincin apakah yang berada di minda anda?