Carian
Tips Hiasan Dan Dekorasi Untuk Meja Pejabat Anda
July 15, 2019 Lina Rosli

Tips Hiasan Dan Dekorasi Untuk Meja Pejabat Anda

Kebanyakkan individu masa kini lebih gemar untuk melakukan kerja di luar atau di co-working space yang mana ia lebih selesa dan convinience. Co-working space bukan sahaja menyediakan ruangan yang kondusif malah ia juga memberikan perkhidmatan dan servis yang menyeluruh untuk para pengguna seperti wifi, pantri dan tempak lepak yang selesa. 

Mengapa tempat kerja yang selesa menjadi pilihan individu masa kini? Hal ini kerana, apabila anda mempunyai tempat kerja yang bersih dan kemas, ia akan membuatkan anda lebih selesa untuk melakukan tugasan dan kerja yang diberikan. 

yellow ceramic mug beside gray aluminum iMac

Berbanding dengan dekorasi dan hiasan meja di rumah, hiasan meja di pejabat adalah lebih simple dan lebih minimal. Bukan itu sahaja, meja di pejabat anda tidak memerlukan barangan atau produk yang banyak kerana dengan adanya ruang luas pada meja anda ia akan lebih memudahkan anda untuk membuat kerja. Tambahan, ruang meja di pejabat agak kecil dan lebih sempit, jadi anda memerlukan hiasan dan dekorasi yang mudah dan tidak berbahaya.

Bagi mendapatkan ruangan meja pejabat yang ideal, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum melaksanakan dekorasi tersebut.

Kenali saiz ruang meja atau pejabat anda.

Untuk saiz ruangan yang kecil, elakkan daripada meletakkan hiasan atau peralatan yang memerlukan ruangan yang besar. Sebagai contoh, jangan letakkan pokok atau hiasan yang besar di atas meja. Ini kerana, ia akan mengganggu keselesaan anda untuk melakukan tugasan. Anda juga boleh meletakkan beberapa gabungan kotak atau bekas yang berpenutup untuk menyimpan barangan kecil yang mudah hilang di dalam satu kotak. Dengan ini, anda boleh memastikan barangan tidak hilang sekaligus memberikan ruang yang maksima untuk anda melakukan tugasan.

turned off flat screen monitors on top of beige desks

Gunakan warna yang minimal.

Bagi mendapatkan suasana yang tenang dan selesa, anda disarankan untuk menggunakan warna-warna yang lembut seperti warna peach, merah jambu atau rose gold yang seragam dan sepadan untuk meletakkan barangan anda. Warna-warna seperti ini dapat memberikan kesan classy dan moden pada ruangan pejabat anda.

Elakkan daripada meletakkan peralatan yang mudah pecah atau berbahaya.

Jika anda sering memerlukan ruang yang besar untuk melakukan kerja, sebagai contoh arkitek. Anda disarankan untuk tidak meletakkan barangan atau peralatan yang mudah pecah seperti kaca di atau meja pejabat anda. Hal ini supaya anda tidak akan berlanggar dengan barangan tersebut sewaktu menyiapkan lukisan anda. Bukan itu sahaja, barangan mudah pecah juga agak berbahaya kerana ia boleh mengganggu kebebasan untuk anda bergerak jika anda sering melakukan perbincangan berkumpulan di ruangan meja pejabat anda.

smartphone on laptop computer on top of brown wooden desk

Letak barangan yang penting.

Selain daripada tidak meletakkan barangan mudah pecah di meja, anda juga di nasihatkan untuk hanya meletakkan barangan atau peralatan yang penting sahaja. Contohnya, anda boleh meletakkan barangan alat tulis atau buku-buku yang anda kerap guna di atas meja. Untuk barangan lain, anda boleh menyusunnya di dalam laci atau rak lain bagi menampakkan meja anda lebih kemas dan tidak berselerak. Manakala, untuk fail-fail lain, anda boleh menyimpannya di dalam satu tempat khas yang memudahkan anda untuk mencarinya kelak.

Susun mengikut saiz peralatan.

Kebanyakkan orang seringkali menghadapi masalah dalam menyusun buku-buku dan kertas yang ada di atas meja. Oleh itu, anda boleh menyusun buku-buku nota dan peribadi mengikut saiz dan penggunaan sesuatu buku itu. Ia bukan sahaja akan menampakkan meja anda bertambah kemas, selain ia turut menjimatkan masa anda untuk mencari buku, fail atau kertas yang dikehendaki untuk sesuatu aktiviti. 

Untuk tips tambahan, pastikan anda meletakkan tong sampah anda berdekatan dengan meja, supaya anda mudah untuk membuang kertas atau apa-apa sampah yang tidak diperlukan. Jadi, dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menghias meja pejabat anda dengan lebih mudah dan efisien. Selamat mencuba!

Komen