Carian
11 Khasiat Minum Air Lemon
July 16, 2019 Amalina Hazaidi

11 Khasiat Minum Air Lemon

Sudah menjadi rutin saya memesan air kosong setiap kali makan di restoran. Selain untuk kesihatan, minum air kosong juga sangat menjimatkan. Perasankah ada sesetengah restoran yang menyediakan air kosong bersama hirisan lemon di dalamnya dan ia membuatkan saya tertanya-tanya akan hidangan tersebut. Bagi yang suka masam, ia sedap dan membuatkan saya berselera ketika makan. 

Lalu saya mencari sumber yang berkaitan tentang khasiat minum air lemon ini? Saya sangat teruja akan khasiatnya yang pelbagai. Jadi, saya kongsikan di bawah.

1. Detox hati anda

Lemon bertindak sebagai agen detoxLemon juga bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja. Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman ditambah dengan lemon yang dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati.

2. Melegakan Sakit Tekak

Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika anda mengalami sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

3. Menurunkan berat badan

Limau mempunyai kandungan serat pektin yang tinggi. Ia membuat kita tidak mudah merasa lapar. Oleh kerana itu, limau boleh dijadikan pilihan yang tepat untuk membantu anda menurunkan berat badan. Terlalu banyak toksin dan bahan buangan di dalam hati akan mempunyai kesan ke atas metabolisme badan yang seterusnya meningkatkan lemak badan. Air lemon dikenali untuk membantu hati dalam penghapusan semua bahan buangan juga meningkat lemak badan bagaimanapun lemon perlu disokong oleh diet dan aktiviti fizikal.

4. Melegakan kegatalan

Lemon bersifat antiseptik dan anti-keradangan, serta mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Jika anda digigit serangga, gosok jus lemon di kawasan kulit berkenaan. Ia boleh membantu melegakan rasa gatal tersebut.

5. Melawaskan sistem penghadaman

Air lemon membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

6. Menghilangkan bau mulut

Lemon boleh mengatasi masalah mulut berbau dan dengkur serta pelbagai masalah pernafasan yang sering berlaku. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan. Lemon juga dikenali untuk merawat sakit gigi bersama-sama dengan gingivitis disebabkan oleh kadar yang lebih tinggi asid sitrik.

7. Kandungan pH seimbang

Tubuh badan manusia boleh menjadi terlampau berasid apabila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Apabila badan berasid, selain mengganggu pelbagai fungsi dalam badan, tubuh juga terdedah kepada pelbagai penyakit.  Walaupun lemon bersifat asid, tetapi kandungan mineral yang tinggi di dalam lemon menyebabkan ia bersifat alkali apabila masuk ke dalam badan, seterusnya membantu membuang asid serta menyeimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.

8. Sumber kaya Vitamin dan mineral

Telah diketahui bahawa lemon adalah sumber kaya vitamin c yang dikenali sebagaia antioksida, antibakteria dan juga membantu dalam membangunkan sistem imum. Ia juga kaya akan vitamin c dan kalium. Vitamin C sangat bagus mengurangkan selesam dan kalium bekerja merangsang fungsi otak & saraf yang membantu mengawal tekanan darah.

9. Menurunkan suhu demam panas

Apabila badan anda terasa ingin demam, maka cepat-cepatlah minum air lemon sebanyak mungkin. Lemon boleh meningkatkn tahap penyerapan di dalam badan. Ia bagi membantu menurunkan suhu panas demam dengan pantas.

10. Kulit sihat dan cantik

Vitamin C dan antioksidan lain dalam lemon mampu menangani kerosakan dari radikal bebas (kedutan, jeragat, tanda penuaan) terutama yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV dan toksin yang hadir dalam alam persekitaran. Tanpa kuantiti vitamin C, kulit anda tidak akan mampu untuk memperbaiki kulit. Vitamin C juga merupakan rahsia utama apabila badan anda menghasilkan kolagen agar kelihatan sihat, muda dan cantik.

11. Mengurangkan Kesakitan

Jika anda mengalami sakit sendi seperti arthritis, rheuma dan sakit sendi yang lain. Minumlah segelas air dengan perahan lemon. Ia akan membantu untuk mengurangkan kesakitan anda. Bagi wanita, PMS atau premenstrual syndrome atau dikenali period pain adalah perkara biasa. Hanya titiskan beberapa jus lemon dan anda akan kembali sihat.

Menarik bukan? Ayuh kita bersama-sama mencuba. Mulakan segelas air lemon setiap pagi. Semoga hari anda ceria dan sihat sejahtera.

Komen