Carian
Fakta Dan Mitos Mengenai Penggunaan Bahan Api Kenderaan Anda
July 16, 2019 Lina Rosli

Fakta Dan Mitos Mengenai Penggunaan Bahan Api Kenderaan Anda

Adakah benar mengenai fakta yang mengatakan mengisi petrol pada waktu malam boleh menjimatkan penggunaan bahan api kenderaan anda? Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Shell pada tahun 2015, hampir 64% pengguna di Malaysia mempercayai bahawa mengisi petrol pada waktu malam membantu dalam penjimatan bahan api. 

gray gasoline pump station

Mengulas mengenai kepercayaan ini, Mike Evans iaitu Pakar Sains Shell Fuels mengatakan cecair akan bertindak balas dengan suhu panas atau sejuk tetapi ia hanya memberikan tindak balas atau kesan yang sangat minimal. Tambahan, bahan api disimpan dibawah jumlah pukal sebanyak 10,000 liter atau lebih. Dengan itu, mengisi petrol atau minyak pada suhu yang rendah tidak akan memberikan kesan penjimatan bahan api pada kenderaan.

Terdapat bermacam-macam jenis mitos yang sering diperkatakan dalam kalangan pemandu di Malaysia. Termasuk mitos mengenai memanaskan enjin kenderaan, menghidupkan penghawa dingin serta mengisi separuh tangki boleh membantu dalam penjimatan bahan api. Berdasarkan peratusan kajian yang dilakukan, kira-kira 68% pemandu beranggapan memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan akan menjadikan kenderaan lebih cekap dan berkuasa. Selain itu terdapat segelintir individu iaitu sekitar 42% pemandu memandu secara perlahan dan mengurang proses penukaran gear dapat membantu pengurangkan penggunaan bahan api. Perkara-perkara di atas adalah tidak benar selain perlu diberi kesedaran untuk pemandu-pemandu yang mungkin tidak tahu mengenai perkara sebenar.

Bagi pemandu yang ingin memastikan kelancaran perjalanan serta ingin mendapatkan penggunaan bahan api yang ideal, anda dinasihatkan untuk sentiasa menyelenggara enjin agar dapat meningkatkan prestasi kenderaan anda. Bukan itu sahaja, anda juga diingatkan untuk menggunakan jenis minyak yang betul selain mengenali kelebihan sesuatu bahan api untuk sesuatu kenderaan.

shallow focus photography of car dashboard

Selain itu, pemanduan yang agresif boleh menyebabkan penggunaan bahan api lebih banyak berbanding pemanduan yang lancar. Elakkan memecut atau membrek terlalu keras selain cuba untuk mengendalikan stereng dengan lembut dan berhemah. Anda juga digalakkan untuk menggunakan gear yang lebih tinggi dan elakkan revving. Penggunaan gear yang lebih tinggi pada kelajuan yang rendah, boleh meningkatkan kecekapan bahan api. 

Melalui perkongsian di atas, di harap ia dapat membantu anda mendapatkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar selain dapat menjimatkan penggunaan bahan api untuk kenderaan anda. Jadilah pemandu yang berhemah agar keselamatan pemandu lain di jalan raya dapat ditingkatkan. Selamat mencuba!

Komen