Heimlich Manoeuver – 6 Langkah Mudah Untuk Mengatasi Gangguan Pada Saluran Penafasan

Hampir setiap tahun terdapat kes yang disebabkan oleh tercekik sesuatu atau objek yang menghalang saluran udara mereka sehingga menyebabkan lemas. Choking atau tercekik merupakan salah satu daripada empat punca utama kematian yang tidak disengajakan selain. Ketika tercekik, salur pernafasan dan laluan tekak (tenggorok) yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan. Walau bagaimanapun, terdapat teknik mudah yang anda boleh gunakan untuk membantu mengusir objek terperangkap dari saluran penafasan seseorang, iaitu Heimlich Maneuver.

Bagaimana untuk melaksanakan Heimlich Manoeuver?

Teknik Heimlich Manuever ini hendaklah dilakukan untuk lapisan peringkat umur dan setiap langkah yang dilakukan adalah bergantung pada siapa yang anda bantu:

  • wanita hamil atau bayi
  • dewasa atau kanak-kanak
  • diri sendiri

Sekiranya seseorang itu batuk dengan kuat, anda mungkin boleh membantu menggalakkan mereka untuk terus batuk bagi mengeluarkan objek yang tersangkut.

Jika berlaku sebaliknya, atau individu tersebut tidak boleh batuk, bercakap atau bernafas, anda boleh berikan bantuan segera dengan melakukan Heimlich Maneuver bagi mengelakkan individu tersebut lemas. Prosedur ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak di bawah satu tahun

  1. Berdiri di belakang mangsa dengan satu kaki ke depan di antara kaki mangsa
  2. Untuk kanak-kanak, anda digalakkan untuk berdiri pada posisi yang sama supaya kepala anda berada pada satu sisi
  3. Tempatkan tangan anda di sekitar abdomen dan cari pusar (navel)
  4. Letakkan sisi ibu jari penumbuk anda di bahagian perut berdekatan dengan pusar mangsa
  5. Genggam tangan anda dengan tangan yang lain. Kemudian, tekan tangan tersebut ke dalam dan ke atas abdomen mangsa dengan sedikit kuat
  6. Terus melakukan tekanan sehingga objek tersebut dapat dikeluarkan dan mendapat bertindak balas baik daripada mangsa

Walau bagaimanapun, selepas anda melakukan teknik ini, anda masih perlu mendapatkan bantuan daripada doktor atau pakar perubatan untuk rawatan lanjut. Ini adalah bagi memastikan tiada kerosakan fizikal yang berlaku ke kerongkong dan saluran udara mereka.

Bagi anda yang ingin mempelajari teknik Heimlich Maneuver ini dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video lain di platform youtube. Semoga informasi ini bermanfaat untuk anda pelajari dan selamat mencuba.

Sumber: National Safety Council