Memakai Skrub Secara Berlebihan – Ini Tanda Kulit Anda Over-Exfoliate

Tujuan memakai skrub wajah adalah untuk menghilangkan sel-sel kulit mati di muka kita untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat. Sebenarnya, kulit kita memang boleh singkirkan kulit mati dengan sendiri. Tetapi apabila umur semakin meningkat, ditambah pula sering terdedah dengan matahari, kulit akan jadi sedikit lambat untuk exfoliate dengan sendiri. Jika sebelum ini anda tidak pernah exfoliate, besar kemungkinan ini yang buat membuatkan  muka kusam kusam dan pori-pori tersumbat. Malah segala essence, serum yang dipakai tidak dapat diserap dengan baik. 

Sumber : Watsons Malaysia 

Berbeza dengan chemical exfoliation seperti AHA & BHA, ia sebenarnya lebih mild dan tidak memberi kesan buruk pada permukaan kulit. Malah ianya jauh lebih baik dalam proses pembaharuan dan pemulihan kulit. Akan tetapi, jika anda tidak mempunyai rutin penjagaaan wajah yang kukuh, anda tidak disarankan sama sekali untuk menggunakan produk berasaskan asid. 

Ini akan membuatkan kulit anda merengsa, panas dan paling teruk kulit akan bertambah gelap jika tidak memakai perlindungan SPF semasa tempoh pemakaian asid. 

Pemakaian skrub secara berlebihan juga akan beri kesan buruk pada kulit tau! Mungkin anda rasa apabila skrub muka dengan kerap, ia akan membuang segala kotoran di muka dengan lebih baik. Tetapi sebenarnya lagi merosakkan kulit. Disini saya kongsikan apakah tanda-tanda kulit anda sudah pun ‘over-exfoliate’. 

Kulit terlalu kering

Apabila  terlalu kerap exfoliate kulit muka, ia akan merosakkan kelembapan di kulit atau pun dikenali dengan moisture barrier anda musnah. Kulit akan jadi menjadi sangat kering, rasa permukaan yang kasar, bersisik dan sakit. 

 Ini kerana lapisan kulit yang paling atas, (epidermis) terganggu akibat penggunaan scrub yang kerap. Disebabkan permukaan skrub mempunyai biji-biji kecil yang tidak rata, ia merupakan faktor utama anda menghadapi ini. Malah kulit anda juga mempunyai risiko untuk luka.  

Kulit menjadi merah 

Jika  sebelum ni anda tidak pernah mengalami kulit menjadi merah, secara tiba-tiba kulit merah dan panas. Ya, kulit anda  sudah pun over-exfoliate. Ini kerana kesan selepas pemakaian yang kerap, seterusnya kulit akan merengsa dan berubah kemerah-merahan. 

Jika malam tadi anda memakai skrub atau memakai apa sahaja yang boleh membuang kulit mati, sangat penting untuk memakai perlindungan SPF pada siang hari. 

Namun, jika and pertama kali mencuba produk skrub yang baharu, kemudian muka berubah menjadi merah, mungkin ia adalah reaksi terhadap produk tersebut. Jika terjadi sebegini, tinggalkan serta merta.

Muka berminyak

Over-exfoliate ni juga boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih berminyak. Jika anda berfikir dengan singkirkan minyak di muka melalui skrub, kulit akan jadi lebih stabil dan elok, sebenarnya salah. Apabila anda terlalu ingin  hilangkan minyak semulajadi di muka, kulit seperti mendapat signal yang kulit sebenarnya sedang kering. Disebabkan itu, kulit akan melepaskan lebih banyak minyak/sebum di muka kerana signal tadi.

Jerawat bertambah 

Terlalu kerap memakai  skrub ini juga merupakan antara penyebab jerawat bertambah. Apabila terlalu kerap skrub muka, ia bukan sahaja menghilangkan sel kulit mati, malah sel yang melindungi kulit juga rosak. Seterusnya menjadikan moisture barrier anda musnah. 

Sebaiknya, jika kulit anda berjerawat atau pun ketika itu muka anda naik jerawat, elakkan untuk memakai skrub muka. Rawat jerawat anda terlebih dahulu, kemudian barulah pakai skrub muka sebagai usaha untuk menghilangkan parut jerawat. 

Oleh sebab itu, berpada-padalah pemakaian skrub dalam penjagaan muka anda. Ianya digunapakai pada semua produk penjagaan muka. Jika anda memakai toner yang menghidratkan kulit secara berlebih-lebihan,  ia juga akan merosakkan kulit dengan menjadikan pori-pori tersumbat. 

Pemakaian skrub ini cukup sekadar 2 kali seminggu sahaja. jika anda masih tidak berpuas hati dengan kesan yang tidak ketara pada muka anda, kukuhkan rutin penjagaan wajah terlebih dahulu. 

Kemudian berubah kepada produk asid yang ternyata akan beri kesan lebih baik berbanding physical exfoliant. Mengikut pengalaman saya sendiri, setelah mencuba produk asid dan biasakan dengan asid, segala skrub saya tinggalkan.