Seperti yang kita tahu, air amat penting untuk tubuh badan kita. Hampir 60 peratus daripada tubuh manusia ialah air dan kira-kira 75 peratus daripada otak ialah H20. Air hadir dalam aliran darah, sel-sel dalam badan serta mana-mana ruang laluan yang kosong.
Kebanyakan sistem utama dalam badan bergantung kepada air untuk beroperasi dengan betul. Minum dengan jumlah yang berpatutan boleh membantu badan anda untuk:
- Mengawal suhu badan
- Mencegah sembelit
- Mengeluarkan sisa bahan kotor dalam badan
- Menguruskan fungsi utama dalam badan
Namun, jika anda mengambil terlalu banyak air dalam badan, ia akan mengakibatkan gangguan fungsi otak selain turut meningkatkan jumlah air dalam darah. Ia juga boleh mencairkan elektrolit dalam darah, terutamanya natrium (sodium).

Tugas natrium adalah untuk mengimbangi cecair antara bahagian dalam dan luar sel. Apabila paras natrium turun kerana penggunaan air berlebihan, cecair beralih dari luar ke bahagian dalam sel, menyebabkan mereka membengkak. Dan gejala ini dipanggil hyponatremia yang mana kadar natrium dalam badan adalah di bawah 135 mmol/L.
Sekiranya perkara sebegini berlaku kepada sel-sel otak, ia boleh menghasilkan kesan berbahaya dan berpotensi mengancam nyawa.
Sebelum ini, terdapat beberapa kes yang berlaku akibat daripada pengambilan air yang berlebihan. Pada awal tahun ini, seorang wanita California berusia 28 tahun meninggal dunia selepas menyertai pertandingan minum air di sebuah stesen radio.
Setelah meminum 6 liter air dalam masa tiga jam dalam pertandingan, wanita tersebut mengalami simptom mual dan muntah, lalu dia didapati mati akibat keracunan air (water intoxication).

Berapa banyak air yang boleh menyebabkan water intoxication?
Water intoxication atau keracunan air berlaku apabila anda minum lebih banyak air daripada jumlah yang buah pinggang anda boleh singkirkan melalui peluh atau air kencing.
Selain minum air yang berlebihan, tempoh waktu pengambilan air yang singkat juga meningkatkan risiko water intoxication. Risiko ini boleh dikurangkan jika anda minum jumlah yang sama tapi untuk tempoh yang lebih lama.
Gejala hiponatremia boleh berlaku untuk 3 hingga 4 liter air dalam tempoh masa yang singkat. Buah pinggang anda boleh memproses kira-kira 20 hingga 28 liter air setiap hari, tetapi ia tidak boleh menyingkirkan lebih daripada 0.8 hingga 1 liter sejam.
Oleh itu, untuk mengelakkan gejala hiponatremia, anda tidak boleh minum lebih dari 1 liter air sejam secara purata.

Bagaimanakah anda boleh mencegah overhydration?
Anda boleh mengurangkan risiko pengambilan air yang berlebihan dengan menimbang diri sewaktu bersenam. Ini membantu menentukan berapa banyak air yang mereka telah hilang dan jumlah yang perlu ditambah selepas itu.
Ia disyorkan untuk minum 20 hingga 28 liter sehari atau anda juga boleh menambah jumlah air secara kasar mengikut kadar air yang hilang melalui peluh.
Semasa bersenam, anda disarankan untuk minum 2 hingga 4 (1 liter) gelas air sejam. Selain minum air mineral, anda juga boleh mengambil minuman tenaga kerana ia mengandungi gula, dan elektrolit seperti natrium dan kalium, yang membantu anda mengurangkan dahaga selepas berpeluh.

Dengan ini, minum air secara berlebihan boleh mengakibatkan buah pinggang bekerja di luar kemampuan, yang mana ia tidak dapat memproses cecair tambahan dengan cepat.
Akibatnya, lebihan air diserap masuk ke dalam darah. Kemudian, untuk air yang berlebihan ini bergerak masuk ke dalam sel dan hasilnya menjadi bengkak di dalam sel sekaligus boleh mengancam nyawa.
Oleh itu, kebanyakan doktor atau pakar menyarankan kepada individu untuk mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk pengambilan yang optimum.