Carian
3 Masjid Yang Wajib Anda Lawati Jika Anda Melancong Di Jepun
July 23, 2019 Lina Rosli

3 Masjid Yang Wajib Anda Lawati Jika Anda Melancong Di Jepun

Jepun adalah sebuah negara kosmopolitan yang mana semua masyarakat di sana bebas meraikan budaya dan tradisi dalam keadaan aman damai dan harmoni. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa buah pusat agama Islam telah didirikan di sekitar Jepun terutama di bahagian Tokyo. Hal ini adalah untuk memudahkan masyarakat beragama Islam menunaikan ibadah. 

Masyarakat beragama Islam di Jepun merupakan kumpulan komuniti minoriti. Jadi, ia agak sukar untuk mereka dan terutama sekali pengunjung luar mencari tempat ibadah yangs selesa. Oleh itu, pembinaan masjid di Jepun kini makin meluas dan meningkat. 

Terdapat beberapa masjid di Jepun yang mempunyai seni bina yang unik. Rekaan dalaman yang dipamerkan adalah seakan binaan masjid di negara belah Arab. Jadi, mari kita ketahui lebih lanjut mengenai masjid-masjid tersebut:

Masjid Tokyo Camii, Shibuya

Tokyo Camii adalah masjid yang terbesar di Jepun. Lokasi masjid ini terletak di kawasan Oyama-cho, Shibuya. Masjid ini dibina pada sekitar tahun 1938, namun ia dibina semula pada tahun 1998. Ia menampilkan masjid 4 tingkat yang mana menggunakan seni bina ala-ala masjid di negara Turki iaitu gaya Ottoman. Selain menunaikan solat, masyarakat di Shibuya turut menjadikan masjid ini sebagai pusat pendidikan Islam untuk kanak-kanak di Jepun.

Tokyo Camii, masjid terbesar di Jepun, adalah seni bina yang mirip dengan Masjid Biru yang terkenal di Istanbul. Untuk bahan konkrit, keluli dan perabot yang digunakan di masjid Tokyo Camii ini dibawa dari Turki. Sekitar seratus pereka Turki bekerja selama setahun untuk membina masjid tingkat kedua itu sendiri dan pusat kebudayaan di tingkat bawah sekaligus menjadikannya karya seni paling agung di Jepun.

th_turkey_20151027h
Sumber: Matcha jp

Masjid Kobe, Kobe

File:Kobe mosque01 2816.jpg

Masjid Muslim Kobe adalah masjid pertama yang dibina di Jepun pada tahun 1935. Ia terletak di Nakayamate Dori di Chuo-ku, kira-kira mengambil masa 10 minit untuk berjalan kaki dari stesen Motomachi di Kobe. Masjid ini dibina menerusi sumbangan dari komuniti kejiranan Muslim di Kobe yang terdiri daripada masyarakat India, Tatars dan Turki. Untuk bahagian luar masjid, ia menampilkan seni bina tradisional lama (minar). 

Manakala, seni bina di dalam bangunan pula, ia membawakan dinding marmar putih dan lukisan emas. Ia adalah bangunan tiga tingkat yang dibina dengan cara seni bina yang sangat tersendiri, yang terdiri daripada pangkalan, aci dan galeri.

Pangkalan ini digunakan sebagai dewan solat untuk lelaki di tingkat pertama. Aci pula adalah tingkat kedua yang digunakan sebagai dewan solat untuk wanita dan di galeri pula ada tempat untuk berdoa. Masjid ini dibina dalam gaya Turki tradisional oleh arkitek Czech Jan Josef Švagr yang juga dikenali kerana telah membina beberapa bangunan agama lain di Jepun.

Semasa Perang Dunia Kedua, wilayah Kobe ini dikatakan telah hancur ketika perang. Tapi apa yang menarik adalah, masjid itu masih berdiri tegak manakala setiap bangunan di sekitar masjid itu telah roboh dan hancur sepenuhnya. Sewaktu perang tamat, penduduk mendapati hanya terdapat beberapa retakan pada dinding luar masjid dan tingkap kaca.

Sumber: City Kobe

Masjid Hiroo, Tokyo

Masjid Hiroo di Tokyo ini diuruskan oleh Institut Islam Arab. Lokasi masjid ini agak sentral dan mudah dihubungkan dengan kawasan utama Tokyo. Tempat ini berada dalam jarak berjalan kaki dari stesen keretapi Hiroo. 

Pada awalnya, ia merupakan inisiatif pihak pengurusan untuk mempromosikan budaya, tradisi dan pendidikan bahasa Arab di Jepun. Institusi pendidikan ini adalah yang pertama untuk budaya Islam Arab di Jepun. Masjid ini mempunyai bilik solat yang berasingan untuk wanita dan mereka yang terlibat dengan kelas mengaji Quran dan bahasa Arab.

Menariknya di sini, sebahagian besar struktur masjid di Jepun dibina sama seperti bangunan kediaman di kawasan kejiranan. Yang mana kebanyakkan masjid ini juga terletak berdekatan dengan kemudahan lain supaya penduduk tempatan dapat menggunakannya dengan lebih mudah dan selesa.

 

Komen