Carian
Ketahui Apa Itu OEM Supaya Anda Tidak Keliru!
July 23, 2019 Mawar Murni

Ketahui Apa Itu OEM Supaya Anda Tidak Keliru!

Hai, sudah lama sis tak menulis, hari ini baru berkesempatan menulis di sini. Sis nak share pada anda semua, apa itu OEM secara general, sebab masih ramai lagi yang keliru dengan makna “OEM” ini. Worst case, mereka mempunyai anggapan yang salah terhadap makna OEM ini. So, duduk rapat-rapat semua, sis cerita in detail, OEM ini apa sebenarnya.

OEM ini adalah shortform kepada original equipment manufacturer , satu term yang digunakan terhadap pengeluar produk tanpa jenama yang mengeluarkan produk dalam kuantiti yang besar dan banyak, kepada pengusaha lain yang tiada kilang, namun ada jenama sendiri.

Kilang OEM ini ada macam-macam jenis produk, contoh utama macam Apple, kebanyakan komponen-komponen bagi iPhone, iPad dan lain-lain produk mereka, adalah diambil daripada kilang OEM lain. Kenapa? Mungkin Apple tiada kapasiti banyak untuk keluarkan semua komponen dalam produk mereka, jadi mereka guna khidmat OEM sebagai pembekal mereka. 

OEM ini kebanyakan orang tahu, selalu dikaitkan dengan produk dari China. Memang banyak kilang OEM di sana, kerana tenaga pekerja mereka yang ramai. Tapi, di Malaysia juga ada kilang OEM yang 100% dari Malaysia, ada yang 100% bumiputera pun ada.

Bayangkan, korang nak mulakan perniagaan sendiri, mana ada modal yang cukup, inikan pula kilang nak buat production sendiri. Jadi, kilang OEM ini adalah solusi tepat bagi mereka yang ada modal biasa-biasa, and nak keluarkan produk atas jenama sendiri. 

Kalau rasa berminat, nak jadi jutawan kosmetik macam Dato’ Aliff Syukri, nak ada brand makeup sendiri macam Huda Beauty, Kylie Cosmetics, tapi modal ciput, kilang takda, hubungi sis di 019-4731941 atau layari website sis, kilangoem.com. Sepantas kilat sis reply. 

 

Komen