Pelbagai Jenis Topi Menjadi Pelengkap Gaya OOTD Anda!
Jika anda lihat di media sosial Instagram, kini trend memakai topi semakin popular di kalangan wanita di luar sana! Malah setiap OOTD anda tidak akan lengkap jika tiada aksesori wajib ini untuk dipakai di kepala. Bukan sahaja wanita yang tidak bertudung boleh menggayakan topi pelbagai jenis, bagi mereka yang berhijab juga mampu menjadikan aksesori topi ini nampak sangat memukau!
Topi adalah salah satu aksesori yang dipakai di kepala untuk menghalang daripada terkena cahaya matahari, dipakai semasa musim sejuk atau pun dipakai sebagai pelengkap gaya pada bila-bila masa.
Jika anda masih keliru memilih topi jenis apa sesuai dipadankan dengan outit anda, jangan risau hari ini Tajria akan kongsikan pelbagai jenis topi untuk anda fahami dan pilih mana satu topi sesuai dengan gaya dan penampilan anda!
Fedora
Topi Fedora terdahulu hanya dipakai di kalangan lelaki namun kini ianya sudah agak popular untuk wanita menggayakan topi Fedora. Ianya berbentuk bulat namun bahagian tepi tidak terlalu lebar dan flowy, sekaligus menjadikan pemakai nampak sangat klasik. Pemilihan outfit semasa memakai topi Fedora ini pula, cuba gayakan bersama jaket atau blazer panjang bersama kasut boots untuk kelihatan lebih elegan.
Bucket hat
Bucket hat atau dikenali dengan nama fisherman hat, bentuk di tepi sekeliling lebih flowy dan biasanya diperbuat daripada fabrik kain kapas. Bucket hat akan membuatkan si pemakai kelihatan lebih santai dan relaks, jadi sangat sesuai dipakai semasa aktiviti riadah atau pun aktiviti bersukan. Padankan bucket hat dengan seluar slack bersama kasut sneakers untuk kelihatan santai namun masih bergaya!
Military hat
Ingin kelihatan santai tetapi masih ranggi dan bergaya? Pakai sahaja military hat ini ketika anda bersiar-siar! Topi yang kelihatan seakan-akan topi tentera, kini menjadi trend bagi wanita di luar sana sebagai aksesori di kepala. Jangan risau ia tidak akan menampakkan anda formal, namun apabila dipadankan dengan baju sweater atau pun jaket kulit, pasti semua mata akan tertumpu pada anda seorang!
Sun hat
Bentuk di bahagian tepi keliling sun hat biasanya lebih lebar kerana fungsi topi ini untuk menghalang daripada cahaya matahari yang melampau. Biasanya dipakai ketika berada di pantai atau pun ketika beriadah. Tetapi topi ini juga boleh dipakai bersama outfit yang santai dan relaks! Padankan sun hat ini dengan kain yang flowy, sekaligus membuatkan anda kelihatan ayu dan sopan bersama topi ini!
Beret
Satu lagi topi yang kini menjadi trend popular adalah topi beret. Topi ini biasanya diperbuat daripada kapas, atau pun bulu lembut. Kerana fabrik topi yang lembut, topi ini kelihatan seperti ‘melekat’ di kepala anda. Walaupun begitu, pada si pemakai topi beret ini ia tidak akan menutup outfit anda yang feminin. Fokuskan pada warna yang lembut dan pastel, padankan bersama baju panas atau sweatshirt. Pasti anda akan nampak menarik dan sangat anggun!
Kalau anda sendiri, berani atau tidak untuk mengikut fesyen memakai topi walaupun anda seorang yang berhijab? Tak salah untuk keluar dari zon selesa dan mencuba seseuatu yang baru, cubalah! Jika anda masih keliru atau ingin mencari inspirasi wanita hijab memakai topi, rajinkan diri untuk membuat sedikit research seperti di Pinterest, atau pun melalui media sosial Instagram.
Mungkin selepas ini topi akan menjadi aksesori wajib anda?