Lakukan Teknik Mencuci Muka Selama 60 Saat Ini Untuk Muka Bebas Jerawat
Berapa lamakah anda mengambil masa semasa mencuci muka? Rata-ratanya mendapati mereka hanya mencuci muka sekitar 10-15 saat sahaja semasa mencuci muka, dan ianya tidak cukup bagi memastikan muka benar-benar bersih! Teknik yang sudah pun tular di media sosial Twitter ini, menerusi salah satu akaun twitter LaBeautyologist , seorang pakar kecantikan atau estetik ini mencipta satu peraturan yang dinamakan #60secondsrule.
#60secondsrule adalah peraturan dimana anda harus lah mencuci muka selama 60 saat dengan menggunkan jari anda sendiri.
Nai, seorang pakar kecantikan mengatakan beliau menyarankan untuk mencuci muka dengan peraturan ini kepada pelanggan-pelanggan yang masih lagi berusaha untuk memulihkan muka terutamanya mereka yang mengalami masalah muka berjerawat.
Mengapa?
Nai mengatakan mencuci muka dalam masa 60 saat ini sebenarnya memberikan waktu yang tepat untuk pencuci muka itu menyerap dengan lebih berkesan dan lakukan ‘kerja’ ke atas muka anda. Ini kerana apabila anda mencuci muka dalam 15 saat misalnya, ia tidak sempat untuk menyerap ke dalam muka, sebelum anda akan terus membilasnya semula. Segala kotoran di muka, daki, peluh, make up terutamanya, ia tidak mudah untuk dikeluarkan dengan sempurna dari pori-pori anda.
Malah dengan mencuci muka selama 60 saat, anda sebenarnya akan lebih memfokuskan pada setiap kawasan muka terutamanya kawasan yang kurang beri perhatian. Sebagai contoh, di sekitar garis rambut dan bawah dagu dimana jika anda tidak mencuci make up dengan sempurna dan sisa make up masih ada, ini lah punca jerawat akan timbul dengan lebih mudah!
Bagaimana untuk pastikan sudah cukup 60 saat?
Bawa sahaja telefon anda ke dalam bilik air dan tetapkan timer selama 60 saat, dengan menggunakan pencuci muka yang lembut, mulakan dengan perlahan dan cuci muka anda. Fokuskan di kawasan dahi, tepi hidung, bawah dagu dengan menggunakan kesemua jari anda. Jangan gunakan sebarang alatan tambahan seperti berus muka atau pun konjac sponge! Cukup sahaja 60 saat, bilas!
Pilih pencuci lembut
Disebabkan mencuci muka dalam masa 60 saat ini mengambil masa yang agak lama, amat penting untuk anda menggunakan pencuci muka yang lembut, untuk mengelakkan muka rasa ketat selepas mencuci muka, malah mungkin akan membuatkan muka anda semakin berminyak. Ini kerana pencuci muka yang dipakai menghilangkan semua kelembapan pada muka, menyebabkan muka merembeskan lagi sebum. Jika anda rasa muka pedih selepas mencuci muka, ketat dan sukar untuk senyum, bolehlah cari pencuci muka yang baharu!
Cara pilih pencuci muka
Rendah pH
Pilih pencuci muka yang mempunyai tahap pH yang rendah iaitu (4-7) bagi mengelakkan ia mengeringkan lagi kulit muka kerana apabila taraf pH lebih tinggi dari 7, ia akan mengganggu moisture barrier muka.
Elak kandungan yang mengeringkan muka
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif amat penting untuk meninggalkan pencuci muka yang ada kandungan alkohol, SLS, dan juga pencuci muka yang ada pewangi.
Tinggalkan SLS
Apa itu SLS? SlS atau nama Sodium Lauryl Sulfate adalah surfactant yang akan melarutkan kotoran pada muka anda, maka kotoran akan keluar dengan lebih mudah. Tetapi SLS ini adalah surfactant yang akan mengeringkan kulit, sama seperti SLS yang terdapat pada shampoo, sabun dan sebagainya.
Contoh pencuci muka lembut
Jadi bagaimana pendapat anda sendiri? Adakah mencuci muka dalam masa 60 saat terlalu lama dan nampak remeh? Secara jujurnya, saya juga baru sahaja menggunakan teknik mencuci muka 60 saat, #60secondsrule ini setiap malam sebelum tidur, selama sebulan. Jika saya memakai make up, saya akan cuci make up terlebih dahulu dengan menggunakan oil cleanser, kemudian baru gunakan pencuci muka biasa. Ini juga dinamakan sebagai Double Cleansing.
Jujur saya katakan, kulit muka terasa lebih lembut terutamanya pada bahagian hidung! Sebelum ini biasanya pasti terasa kasar kerana kewujudan Sebaceous Filament, bukan blackhead ya. Tetapi selepas sahaja mempraktikkan 60 saat mencuci muka, tiada lagi biji-biji kecil di dahi, kulit terasa sangat lembut! Walaupun sememangnya saya tiada masalah jerawat, namun kulit memang terasa perubahannya. Cuba ya!