Carian
Teknik-Teknik Pertahankan Diri Wanita Perlu Tahu 
July 25, 2019 Aida Kamalia

Teknik-Teknik Pertahankan Diri Wanita Perlu Tahu 

Seperti kita semua tahu, persekitaran luar sekarang sudah tidak selamat terutamanya bagi golongan wanita dan kanak-kanak. Walau dimana pun anda berada sama ada di kawasan awam atau pun kawasan sunyi, risiko untuk diganggu gangguan seksual, ragut, rogol atau apa sahaja jenayah yang akan berlaku tetap tinggi. Terutamanya jika anda sering berseorangan, anda akan jauh lebih mudah untuk dijadikan sasaran si pemangsa. Perkara ini berlaku mungkin kerana persepsi pemangsa yang  berfikir wanita tidak akan melawan dan membuat apa-apa yang menyakitinya. 

Disebabkan ini lah wanita tidak kira umur anda, sama ada sudah meningkat usia atau pun remaja, sangat penting untuk mempunyai teknik dan skil mempertahankan diri. 

Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando dan sebagainya. Namun anda wajib menguasai langkah-langkah khusus yang boleh melindungi diri anda sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Jom lihat teknik dibawah dikongsikan oleh Victor Lyalko, pakar seni pertahankan diri. 

focus photography of woman's fist

Kenali titik-titik penting untuk menyerang 

  • Mata 
  • Hidung
  • Tekak
  • Lutut
  • Dada
  • Alat sulit lelaki 

Diatas adalah titik penting atau point-point yang anda perlu fokuskan semasa menyerang pihak lawan. Ini merupakan titik lemah yang anda perlu serang, supaya sekurang-kurangnya dapat memberikan lebih masa untuk anda lari dari situasi tersebut. 

Jika penyerang dihadapan anda 

  1. Jika anda ditekup dari hadapan dan anda tidak mempunyai kawalan terhadap tangan anda sendiri kerana dipegang atau dipeluk kuat pihak lawan, pertama sekali pastikan tangan anda mempunyai ruang dia antara alat sulit penyerang, dan seterusnya gunakan kepala anda dan hentak hidung/dada peyerang. 
  2. Kemudian, gunakan tangan dan tumbuk alat sulit si penyerang, diikuti dengan tendangan yang padu pada alat sulit si penyerang.
  3. Ketika ini, penyerang akan membelakangkan diri atau terduduk, atau sekurang-kurangnya memberikan ruang untuk anda melepaskan diri. 

 

Jika penyerang di belakang anda

  1. Jika penyerang datang dari belakang anda dan terus memeluk diri anda, pertama sekali, gunakan kepala anda dan hentak kebelakang.
  2. Tujuan lakukan itu adalah untuk bagi penyerang mengeluarkan satu kaki dihadapan dengan lebih mudah.
  3. Seterusnya, turunkan diri anda dan pegang kuat lutut si penyerang dengan kedua-dua belah tangan anda.
  4. Kemudian, tangan yang memegang lutut tadi, tarik ke hadapan dengan pantas supaya penyerang akan terjatuh kebelakang. 
  5. Untuk teknik ini, anda harus memastikan ia dilakukan dengan pantas. 

 

Jika penyerang di sisi anda 

  1. Jika penyerang datang dari sisi dan menekup diri ada, pertama saki gunakan siku anda dan hentak pada rahang atau hidung penyerang.
  2. Tujuan anda lakukan itu untuk membuatkan penyerang kebelakang dan beri sedikit ruang untuk anda.
  3. Seterusnya dengan menggunakan siku, hentak pada dada penyerang dengan kuat. Setelah ini cuba sedaya untuk meloloskan diri. 

 

Jika penyerang menolak anda ke dinding 

  1. Apabila penyerang menolak anda ke dinding, anda mempunyai pergeraka yang terhad ketika ini. Namun, anda boleh lakukan langkah ini mengikut keadaan semasa. Pertama, jika kedua-dua tangan penyerang memegang dinding. 
  2. Apabila kedua-dua tangan penyerang memegang dinding, apa yang anda perlu lakukan adalah luruskan tapak tangan anda dan cucuk pada bahagian ketiak penyerang dengan pantas.
  3. Apabila anda lihat penyerang seperti kebelakang sedikit, gunakan tenaga tangan anda dan tumbuk pada bahagian hidung. 
  4. Jika anda tidak mampu untuk menumbuk degan kuat, cuba rendahkan diri anda dengan posisi squat, dan hentak kepala penyerang menggunakan kepala anda. 
  5. Saat ini, cuba sedaya upaya untuk loloskan diri anda.

Sejujurnya, untuk melakukan langkah di atas memerlukan kepantasan, kekuatan serta ketangkasan seseorang. Dimana untuk mahir melakukannya, anda haruslah praktikkan langkah di atas dan buat hingga mahir. Ia bukan sahaja memerlukan fizikal yang kuat, malah memerlukan emosi yang stabil untuk menghadapi masa sebegini dengan tenang. 

Oleh itu, usaha terlebih dahulu untuk memantapkan tenaga fizikal supaya lebih kuat, serta praktis langkah di atas sebanyak mungkin sebagai persediaan pada masa akan datang. Untuk lebih memahami teknik pertahankan diri dengan lebih dalam, anda boleh sahaja memasuki kelas pertahankan diri seperti Muay Thai, Tinju atau pun Krav Maga. 

 

 

Sumber : Brightside 

Komen