Bagaimana Untuk Kekal Awet Muda? Amalkan 6 Makanan Ini Di Dalam Sajian Harian
Pengambilan makanan yang betul adalah penting untuk setiap individu. Apabila anda mengambil makanan yang baik dan sihat, ia bukan sahaja dapat memberikan kesihatan yang baik untuk anda. Malah, ia turut melambatkan penuaan kulit.
Bagi anda yang ingin mendapatkan kulit yang kekal cantik, anda boleh amalkan beberapa makanan dan sayuran di bawah untuk kekal awat muda.
Lobak Merah
Jika anda mempunyai masalah kulit, seperti ruam merah atau gatal-gatal. Anda disarankan untuk meminum jus lobak merah bagi memperbaiki kondisi kulit anda. Lobak merah mengandungi Vitamin C yang bertindak sebagai rawatan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga membantu merawat luka luaran pada kulit selain mengurang keradangan kulit dan mempercepatkan proses rawatan.
Menurut kajian Pusat Kesihatan Stanford, kira-kira lima batang lobak merah digunakan untuk mendapatkan satu cawan jus lobak merah. Selain melambatkan proses penuaan, sayuran ini juga membantu memperbaiki kesihatan mental dan fizikal seseorang.
Bayam
Bayam adalah salah satu sayuran yang baik untuk kesihatan serta kaya dengan nutrisi yang penting untuk diet harian anda. Sebahagian besar individu agak kurang menggemari sayuran berwarna hijau ini. Walau bagaimanapun, ia terkandung banyak kelebihan seperti sumber zat besi, folat, klorofil, Vitamin E, magnesium, Vitamin A, serat, protein tumbuhan, dan Vitamin C. Oleh kerana kemampuan antioxidant mereka, Vitamin C, E, dan A terutama hebat untuk kulit anda.
Bayam mengandungi antioksidan yang melawan semua jenis masalah kulit. Oleh itu, anda boleh menambahnya ke dalam diet harian anda dan lihat apa yang berlaku. Bukan itu sahaja, bayam juga mampu membersihkan kulit anda dari dalam juga.
Avocado
Terdapat pelbagai produk kecantikkan yang menggunakan khasiat Avocado. Antara khasiat yang anda boleh dapati pada buah ini adalah meningkatkan keanjalan kulit dan menghilangkan keradangan pada sistem imunisasi. Avocado mengandungi bahan seperti khlorofil, lemat sihat, air, fiber dan vitamin E yang mana ia melembutkan dan mengurangkan kedutan pada kulit.
Coklat Gelap (Dark Chocolate)
Ia mengandungi kira-kira 70 peratus koko yang mana ia memberi beberapa manfaat pada kulit wanita. Antara manfaat yang boleh didapati termasuk melembapkan kulit, melindungi kulit dari matahari, mengurangkan kedutan serta kaya dengan zat besi, kalsium dan pelbagai jenis vitamin iaitu Vitamin A, B1, C, D, E. Bukan itu sahaja, ia turut memperbaiki tahan kesihatan individu dan melancarkan perjalanan darah dalam badan.
Kekacang
Kacang adalah makanan yang bertindak sebagai agen anti-penuaan yang mana mereka hadir dengan protein yang sihat tanpa lemak yang sering anda dapati dalam produk haiwan. Kacang juga menyediakan bekalan antioksidan dalam kuantiti yang besar bagi menghalang kerosakan oleh radikal bebas. Antara kacang yang baik untuk badan adalah walnut. Ia mempunyai protein dan omega-3 yang mana asid lemak omega-3 ini adalah bahan yang membantu memelihara penuaan dan menjadikan umur seseorang itu lebih panjang. Kacang juga membantu menghalang penyakit demensia dan menjaga otak anda.
Kunyit
Kajian menunjukkan bahawa konstituen semulajadi kunyit terutamanya curcumin – mungkin mempunyai aktiviti antioksidan yang sangat baik selain boleh mengurangkan penuaan kulit secara langsung. Bukan itu sahaja, ia juga mencegah kehilangan lembapan dan melindungi kulit daripada kedutan. Bagi anda yang berminat, anda boleh mencuba beberapa cara penyediaan bahan menggunakan kunyit . Antaranya adalah campuran serbuk kunyit, serbuk beras dan jus tomato boleh membantu mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit apabila dibiarkan di muka selama 30 minit.
Jadi jom amalkan pemakanan sihat dengan 6 bahan-bahan makanan di atas sebagai langkah awal untuk kekal awet muda. Moga-moga kita dapat kekal sihat hingga ke tua. Selamat mencuba!