Carian
Tinggal Sarapan Pagi, 74% Remaja Menghadapi Obesiti – Lihat Kesan Lain Jika Anda Tinggalkan Sarapan Pagi 
July 31, 2019 Aida Kamalia

Tidak mengambil sarapan pagi sudah pun menjadi tabiat biasa di kalangan orang moden sekarang, terutamanya remaja. Jika kita lihat respon-respon daripada Tweets KKM Putrajaya, ramai yang mengatakan mereka tidak mengambil sarapan pagi kerana masalah wang serta untuk menjmatkan perbelanjaan harian mereka. 

Walaupun sudah ramai yang tahu sarapan pagi sangat penting bagi seseorang, antaranya adalah dapat  memberikan tenaga untuk memulakan hari anda. 

Walaupun alasan remaja mengatakan dengan meninggalkan sarapan pagi dapat menjimatkan wang harian mereka, namun ada juga yang tidak mengambil sarapan kerana tabiat dan sikap mereka sendiri.

Sebagai contoh, remaja yang sering bangun lewat hingga waktu tengahari, ada juga yang mempunyai sifat malas untuk memasak dan bawa bekal ke kelas. Disebabkan perkara inilah pelbagai perkara buruk mungkin akan berlaku pada diri anda jika anda tidak mengambil sarapan pagi.

Berikut adalah kesan daripada melangkau sarapan pagi:

Ngantuk dan tidak bermaya

Biasanya, orang yang mengambil sarapa pagi akan nampak lebih cergas dan mood yang baik berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sarapan. Ketika anda bangun pagi, tahap glukosa lebih rendah disebabkan tidur yang panjang dan dengan sarapan pagi ia akan menstabilkan glukosa dalam badan sekaligus memberika tenaga pada badan anda.

Jika anda tidak bersarapan, badan akan jadi lebih lemah, ngantuk dan tidak bermaya. Sedikit sebanyak perkara ini akan mengganggu aktiviti harian anda. 

Lebih mudah mendapat obesiti

Mengapa orang sering mengatakan individu yang tidak bersarapan pagi akan lebih mudah untuk mendapat obesiti?

Ini terjadi kerana apabila anda bangun dari tidur yang panjang, badan memerlukan nutrient dan tenaga untuk mulakan aktiviti harian, namun jika anda meninggalkan sarapan, badan akan rasa lebih lapar dan anda pasti akan mengambil makanan dengan portion yang lebih besar untuk makan tengahari nanti

Mood tidak menentu

Ya, jika badan tidak bertenaga dan masih lagi mengantuk, sudah pasti mood anda juga terganggu dan lebih mudah untuk marah. Disebabkan ini juga kemungkinan ada individu yang menerima tempias dek kerana mood anda yang kurang stabil lebih-lebih lagi pada waktu pagi. 

Sangat penting bagi seseorang untuk menunjukkan peribadi mereka yang positif terutamanya pelajar yang sering mempunyai pembentangan pada pagi hari, sedikit sebanyak ia membantu melancarkan proses pembentangan.

Risiko mendapat sakit jantung

Apabila kerap meninggalkan sarapan pagi, anda mungkin akan terdedah dengan berat badan yang menigkat, tekanan darah menjadi lebih tinggi, diabetes dan obesiti, seterusnya ia akan membawa ke risiko penyakit jantung. Walaupun tiada kajian yang kukuh mendapati tidak bersarapan adalah punca masalah jantung. Namun bagi mereka yang mempunyai masalah ini, biasanya adalah individu yang tidak mempraktikkan gaya hidup yang sihat, serta tidak menjaga pemakanan mereka dengan baik. 

Walaupun anda tidak berasa lapar pada waktu pagi terutamanya remaja di luar sana, cuba biasakan untuk bersarapan mulai hari esok dengan mengambil makanan yang tidak berat namun masih lagi berkhasiat.

Antaranya menu yang bagus untuk anda sarapan pagi adalah oat bersama susu  atau overnight oat bersama buah-buaha yang anda boleh sedia pada malam sebelumnya. Anda juga boleh mengambil 2 biji pisang bersama roti gandum penuh disapu dengan mentega kacang. Pelbagaikan menu dari setiap buah-buahan, bijiran, protein dan karbohidrat mengikut piramid makanan. 

Ambil inisiatif untuk mencari menu yang mudah, cepat disediakan dan paling penting, elakkan makanan berproses semasa sarapan pagi. 

Sebagai ibu-bapa di luar sana, pastikan anak-anak anda mengambil sarapan pagi yang cukup dan berkhasiat walaupun mereka tiada di rumah, bagi memastikan proses pembelajaran mereka lebih berkesan. 

Komen