Sebelum ini, blazer atau suits sering dikaitkan dengan pakaian yang formal dan tebal serta hanya sesuai dipakai untuk ke pejabat atau mana-mana majlis rasmi. Walau bagaimanapun, senario ini telah berubah secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Ramai orang kini telah memperagakan dan menggayakan fesyen blazer ini di pelbagai acara lain. Tidak dinafikan, ia masih mengekalkan ciri formall, namun dengan sedikit penambahan aksesori dan corak, ia menjadikan blazer dan jaket tersebut kelihatan lebih ranggi dan trendy.
Oleh itu, sudah tiba masanya untuk anda mula memadankan pakaian di wardrobe anda dengan blazer ranggi yang lebih menarik dan kelihatan lebih bergaya. Hal ini kerana, blazer ialah mempunyai keupayaan untuk mengubah fesyen dan gaya pakaian anda yang mana ia amat bersesuaian untuk apa-apa acara.
Namun, ia masih bergantung kepada pemilihan corak, material dan rekaan blazer itu sendiri serta pemadanan pakaian lain yang melengkapkan gaya anda. Jadi, mari kita lihat tips dan contoh penggayaan blazer yang sesuai untuk fesyen harian anda.
Blazer Labuh + Tali Pinggang
Blazer atau jaket tidak semestinya dipakai untuk ke pejabat sahaja. Bagi anda yang mungkin ingin mencuba blazer labuh, ia juga boleh digayakan bersama tali pinggang yang mengikat kedua-dua bahagian blazer untuk kelihatan lebih kemas dan terlihat ranggi.
Gaya ini amat sesuai untuk anda yang menginginkan sedikit kelainan pada penampilan harian anda.
Blazer Corak Grid Klasik
Kebiasaannya, blazer dengan corak grid akan membuatkan anda kelihatan lebih elegan. Tambah lagi, pemilihan warna yang lebih lembut dan tidak terlalu berani menjadikan penampilan anda tampak lebih korporat dan bergaya.
Untuk melengkapkan gaya anda, padankan blazer anda dengan pakaian berwarna putih atau cerah sama ada jenis tshirt atau kemeja.
Blazer Warna Klasik + Jeans
Blazer dengan warna formal atau klasik ini adalah pilihan kebanyakkan wanita di luar. Anda juga boleh padankannya bersama jeans atau seluar vintage yang lebih kasual. Ini adalah gaya yang paling digemari oleh kebanyakkan peminat fesyen.
Blazer klasik ini bukan sahaja lebih selesa untuk dipakai, malah ia lagi mudah untuk digayakan selain dapat disesuaikan untuk pelbagai jenis acara atau majlis.
Blazer Corak Floral + Seluar Berwarna Terang
Jika anda tidak tahu fesyen apa yang sesuai untuk digayakan sewaktu majlis makan malam, anda boleh memilih blazer atau outerwear yang lebih feminin sebagai pelengkap fesyen makan malam anda.
Untuk gaya lebih kasual, anda boleh memadankan blazer anda bersama warna seluar yang lebih terang dan berani. Hal ini bagi menjadikan gaya anda tidak kelihatan sangat formal dan lebih sesuai dipakai pada waktu malam.
Blazer Corak Bergaris + Seluar Cullottes
Anda juga boleh menggayakan blazer bersama seluar cullottes yang mana ia akan memberikan imej smart kasual.
Jadi, jika anda ingin menukar citarasa daripada seluar jeans atau ingin menukar mana-mana seluar kegemaran, anda juga boleh menjadikan fesyen seluar cullottes ebagai alternatif untuk tampil cantik dan bergaya.
Berikut adalah tips penggayaan yang mungkin boleh dijadikan sebagai inspirasi fesyen anda. Bagi anda yang mempunyai gaya yang lain, mungkin anda boleh berkongsikan tips atau padanan blazer yang bersesuaian untuk fesyen harian wanita. Itu sahaja tips dari Tajria dan selamat mencuba!