Aida Kamalia Diterbitkan 31 July 2019

Jangan Pakai Foundation Lebih Cerah Dari Warna Kulit Asal 

Jangan Pakai Foundation Lebih Cerah Dari Warna Kulit Asal 

Selalunya, jika anda ingin  beli foundation sama ada di farmasi atau pun kedai kosmetik, bagaimana cara anda mencari warna  foundation yang sesuai untuk muka? Biasanya korang akan pilih warna yang sama seperti warna kulit muka atau paling cerah? Warna foundation di pasaran bukan sahaja ditawarkan dalam 5 warna sahaja, malah ada jenama kosmetik yang menawrkan pilihan hingga 40 warna foundation iaitu dari Fenty Beauty. 

Antara masalah dalam industri kecantikan di Malaysia ini, pilihan warna foundation yang ada agak terhad, tidak seperti negara luar yang lebih besar seperti di Amerika Syarikat, kebanyakan produk tempatan atau antarabangsa pasti mempunyai pilihan warna untuk foundation lebih banyak. 

Sebab inilah ramai wanita yang tidak terdedah dengan informasi mengenai warna foundation sesuai dengan warna kulit mereka sendiri. Sejujurya memang tiada kesan buruk pada kesihatan, namun sedikit sebanyak ia akan mengubah persepsi orang pada diri anda! Mengapa? Lihat di bawah 

                                               

Muka kelihatan kelabu asap

Bila anda pakai warna foundation yang lebih cerah dari biasa, muka sekaligus akan nampak pelik. Ini kerana muka ada akan kelihatan seperti memakai masker. Bayangkan jika warna warna kulit anda adalah  kuning golden seperti Nabila Huda, tetapi anda pula memakai warna foundation sama seperti warna kulit Juliana Evans. Lebih teruk lagi, jika di dalam gelap, anda pasti akan menggunakan flash kamera, dengan warna foundation yang bereza ini, anda akan nampak seperti hantu! Putih yang pelik dan tidak cantik.

Warna muka dan leher berlainan 

Bahaya pakai warna foundation yang salah ni, warna leher dan kulit muka pasti akan nampk berbeza. Muka anda akan kelihatan putih, tetapi leher  pula berwarna coklat? Terang-terangan ia akan menampakkan perbezaan warna yang sangat ketara. Tidak kurang pula bagi mereka yang berhijab, warna muka sungguh berbeza dengan warna tangan. Bila pakai warna yang salah ni, kemungkinan anda akan dapat pandangan pelik dari orang sekeliling. 

Make up akan nampak cakey 

Tau tak maksud ‘cakey’ tu macam mana? Maksud ‘cakey’ ni, make up anda nampak macam pecah dan bertompok. Biasanya make up yang pecah akan nampak buruk apabila dipakai pada waktu yang lama seperti 9-10 jam. Namun disebabkan warna kulit asal berbeza dengan warna kulit, ia akan memberi kesan yang make up nampak berlapis dan bertompok terutamanya jika anda tergaru kulit muka atau pun merosakkan foundation dengan tidak sengaja. Sebab itu, elakkan memakai foundation yang salah warna ya. 

Kelihatan lebih tua

Ini masalah yang paling besar anda akan hadapi jika anda memakai foundation lebih putih berbanding warna sebenar. Muka anda dengan serta merta akan kelihatan lebih tua! Takda siapa nak nampak lebih tua dari usia kan, jika orang lain harus memakai essence, serum untuk nampak lebih muda, tetapi anda pula akan terus  nampak apabila memakai foundation lebih terang ni. 

Jadi bagaimana cara sebenar untuk mencari warna foundation?

  1. Pertama sekali, pilih 3 warna foundation yang hampir pada kulit anda.
  2. Calitkan sedikit kesemua tiga-tiga warna ke atas kulit muka anda. Ya, kulit muka, bukannya pada belakang tangan, atau pun pada leher anda.
  3. Tunggu selama 10 minit, dan lihat mana satu warna foundation yang nampak seperti warna kulit sebenar anda. 

Tujuan menunggu selama 10 minit adalah untuk membiarkan foundation anda oxidise. Kerana ada sesetengah foundation yang oxidise dan warna foundation akan nampak lebih gelap. Sebab itu la anda jangan pakai warna foundation yang berlainan dari warna asal kulit muka korang. Gunakan cara yang diterangkan di atas bagi memastikan foundation anda betul-betul seperti kulit yang kedua! 

Biasanya trend memakai foundation lebih cerah ini hanya terjadi dalam Asia, yang mana orang lebih suka nampak putih, tapi kalau tengok negara barat, mereka lebih suka memakai foundation yang lebih gelap berbanding kulit mereka yang cerah. Pelik kan?