Carian
Rindu. Adakah Itu Perasaan Yang Nyata? 
August 1, 2019 Penulis Kacak

Rindu. Adakah Itu Perasaan Yang Nyata? 

Perpisahan atau pengakhiran bukanlah sesuatu yang digemari ramai. Setiap perpisahan dan pengakhiran, jika ianya ikhlas dari hati, suatu hari perasaan rindu akan tiba. Tetapi yang menjadi persoalan adalah, adakah benar rindu itu sesuatu yang nyata? Kenapa kita boleh merasai rindu? 

Kenapa Rindu? 

Fikir kembali kenapa kita boleh rasa rindu. Adakah kerana suka? Adakah sebab cinta? Atau kerana tergila-gila? Untuk ketahui kenapa rindu itu muncul, haruslah pasti dan jelas dahulu hati naluri kita ini.

Adakah kerana kita insecure?

Kadangkala ada orang yang langsung tidak boleh berseorangan. Disebabkan sudah selesa dengan pasangan dan kemudian berpisah, perasaan tidak tenang dan tidak boleh menerima diri berseorangan itu pasti. Perpisahan sebelum ini mungkin bukan kerana mencintai pasangan itu, tetapi hanya ingin tidak berseorangan atau cemburu melihat yang lain mempunyai pasangan.

Mungkin juga hormat?

Ada kemungkinan yang sangat besar yang diri kita ini suka dengan ciri-ciri dan kualiti peribadi pasangan sebelum ini. Jadi dengan ketidakhadiran mereka dalam hidup kita mula rasa iri hati dan merindui mereka.

Mereka mengukir senyuman kita?

Senyuman amat mudah untuk diukir. Begitu juga dengan ketawa, dengan beberapa patah kata sahaja kita mungkin sudah boleh tertawa. Tetapi sukar untuk kita lihat satu senyuman yang hanya boleh diukir oleh Si Dia. Ya, kita senyum setiap hari. Tetapi apabila teringat akan senyuman yang disebabkan olehnya dan hanya mereka yang boleh ukir senyuman ini membuatkan kita rasa rindu.

Percikan bara cinta juga sebab, mungkin?

Disebabkan hubungan kita dengan mereka adalah sangat erat dan selesa, kemudian perlu hadapi perpisahan dan pengakhiran, itulah sebab rindu itu tiba. Hanya mereka yang memahami diri kita, jadi apabila mereka tidak hadir untuk hati kita, hati menjadi kosong.

Rindu Itu Benar Nyata

Rindu itu memang benar lagi nyata. Apabila kita kehilangan seseorang yang kita sayangi dan cintai dan mereka tidak lagi berhubung kait dengan kita, ibarat kita inu sesat di jalan yang tiada arah. Kita rasa hidup ini tidak lengkap.

Merindui juga bermakna kita boleh teruskan hidup bebas dari mereka. Rindu ini ibarat hubungan antara satu sama lain itu masih wujud. Cuma adakah ia hubungan yang mencintai atau yang dibenci. Kita mungkin cinta, dia mungkin benci. Boleh juga kita cinta mereka, tetapi benci atas punca perpisahan. Jauh dalam hati, perasaan cinta dan gembira itu pasti ada. Cuma kita perlu teruskan hidup.

Untuk ketahui sama ada Si Dia masih cinta kita atau adakah mereka benci kita, itu terpulang kepada diri mereka. Lepaskan mereka dan teruskan sahaja kehidupan. Mungkin kita fikir suatu hari kita tidak akan jumpa insan sepertinya, tetapi percayalah – ada sahaja di luar sana menantikan kita.

 

Komen