Sallehuddin Diterbitkan 23 August 2019

Kamen Rider Zi-O : RideWatch 101

Kamen Rider Zi-O : RideWatch 101

 

Kamen Rider Zio adalah sebuah lagi siri drama tokusatsu dalam siri kamen rider oleh Toei. Ia adalah siri kamen rider yang ke-20 dan yang terakhir dalam Era Heisei (Heisei Generation) dan merupakan yang pertama dihasilkan dalam tempoh Era Reiwa, melengkap 29 siri secara keseluruhannya. Apabila bercakap tentang kamen rider, sudah tentunya tali pinggang kamen rider menjadi tarikan utama sejak siri pertama lagi.

Syarikat pengeluar terkenal permainan, Bandai yang tidak namanya tidak lagi asing dalam pasaran permainan adalah salah satu pengeluar yang bertanggungjawab menghasilkan barang-barang permainan premium untuk siri kamen rider ini. Namun, ia boleh dikategorikan mengikut berberapa kategori Quality iaitu DX, Candy/SG dan Gasha.

Ziku Driver

Sebagai permulaan untuk tali pinggang kamen rider Zi-O, buat masa ini hanya hadir dalam versi Deluxe ataupun dikenali sebagai DX. Tali pinggan kamen rider Zi-O ini dikenali sebagai Ziku Driver. Terdapat dua slot untuk meletekkan Jam Kamen rider zio yang dikenali sebagai RideWatch. Pada sebelah kiri adalah tempat meletakkan jam asas kamen rider zio.  Terdapat empat jam asas kamen rider iaitu Zio, Geiz, Woz dan yang terbaru adalah Kamen Rider Tsukoyomi, salah seorang kamen rider wanita yang jarang-2 dipertontonkan dalam siri kamen rider.

Untuk ridewatch pula ia dibahagikan dalam 2 kategori:

DX

RideWatch Grand Zi-O

Kategori Deluxe atau dikenali sebagai DX adalah kategori yang paling premium dan berkualiti tinggi. Ia selalunya dijual di dalam kotak dan harga permulaan dianggarkan sekitar 1300yen / RM50+. Namun untuk rekaan yang lebih kompleks dan exclusive seperti Ridewatch Grand Zio dan Revive Geiz, harganya boleh mencecah 2880 yen / RM108 (tanpa cukai) di jepun. 

RideWatch Dengan Dial Boleh-Pusing

Kelebihan siri DX ini adalah untuk rekaan biasa, terdapat led dan butang di atas boleh digunakan untuk mengaktifkan bunyi. Selain itu, pada posisi utama dial dan apabila dipusing, ia menghasilakn dialog yang berbeza. Untuk penggemar tegar kamen rider yang mementingkan kualiti dan mungkin berhasrat untuk menjualnya semula. Jika anda salah satu daripada golongan #HobiKamiMahal , ini adalah untuk anda.

SG/Gasha

SG (atauapun Shokugan) dan Gasha (atau Gashapon) adalah versi mainan yang lebih mesra poket untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi permainan ini mahupun mereka yang tidak mempunyai banyak bajet untuk hobi yang kadangkala entah membawa faedah atau tidak ini. Untuk versi gasha, ia boleh didapati dari mesin gashapon dengan duit syiling 500 yen dengan sekali percubaan, namun tiada jaminan tentang RideWatch mana yang anda akan dapat manakala untuk SG pula anda boleh beli rekaan yang anda inginkan namun ia selalunya lebih mahal sedikit dari versi Gasha. Perbezaan ketara permainan SG/Gasha berbanding DX adalah butang dial RideWatch tersebut tidak boleh dipusing dan tombol bahagian atas tidak boleh ditekan. Sebaliknya, terdapat butang nipis dibelakang untuk mengaktifkan dialog pada RideWatch tersebut. Akan tetapi dialog tersebut adalah secara rawak, tidak seperti mana yang terdapat pada siri DX. Namun SG/Gasha RideWatch adalah separuh (atau lebih) lagi murah jika dibandingkan dengan siri DX. 

Sebagai pengumpul, saya hanya beli Rekaan RideWatch yang saya betul-betul inginkan dari siri DX dan selebihnya dari siri SG/Gasha sebagai pelengkap koleksi. Dengan cara ini, saya masih ada harapan untuk berkahwin dengan duit lebihan saya daripada hobi yang mahal ini. 

Ekstra: 
Semalam, terdapat ura-ura tentang tali pinggal DX terbaru kamen rider zi-o bakal dilancarkan pada January 2020, iaitu Ohma Zio. Tali pinggang ini diinspirasikan dari Filem Kamen RIder Zi-O : Over Quartzer dan dikatakan berharga 8259yen. Menurut ura-ura, ia mungkin disertakan dengan dialog baru Kamen Rider Ohma Zi-O.

Ohma Zi-O Belt

Sebagai kesimpulan, tepuk poket tanya wallet. Jika anda gemarkan kualiti premium, fungsi seakan RideWatch yang sebenar dan mungkin anda sudah berputus asa mencari teman hidup, DX RideWatch adalah pilihan yang tepat. Siapa lagi yang mampu menggembirakan hidup anda kalau bukan anda sendiri, betul? Namun jika anda hanya mahukan permainan sebagai koleksi atau mempunyai bajet yang terhad, RideWatch SG/Gasha sudah memadai. 

p/s: Harga di atas adalah harga di Jepun, jadi harganya mungkin lebih mahal di Malaysia disebakan cukai dan kos penghantaran.