Carian
Surat, SMS, WhatsApp Atau Call Untuk Pengakuan Cinta?
August 4, 2019 Penulis Kacak

Surat, SMS, WhatsApp Atau Call Untuk Pengakuan Cinta?

Zaman dahulu sebelum wujudnya telefon, untuk meluahkan perasaan cinta dan juga membuat pengakuan cinta, surat adalah medium yang kita gunakan. Kemudian beralih ke telefon awam dan telefon klasik.

Apaba telefon mudah alih mula wujud, SMS adalah medium kita. Sehinggakan kita tambah nombor insan yang kita suka kedalam senarai Activ5 untuk jimat kredit. Kadangkala kita gunakan kelebihan ini untuk membuat panggilan.

Dunia semakin moden, telefon pintar dicipta. Tidak perlu lagi SMS, telefon awam atau panggilan telefon. Sekarang semuanya WhatsApp, WhatsApp Call, WhatsApp Video Call. Lebih mudah dan lebih efisien.

Jadi, medium mana yang patut kita kembalikan? Jika tanya saya, saya ingin surat cinta menjadi trend kembali. Surat yang ditulis dengan tangan. Malah, semasa saya bercinta dahulu dan apabila bertengkar, saya gunakan surat untuk berkomunikasi. 

Ya, saya sudah diblock. Jadi surat sahaja pilihan bijak. Lain-lain cara seperti menggunakan rakan sudah saya janji untuk tidak gunakan mereka meminta bantuan.

Dengan adanya surat, kita boleh karang ayat-ayat cinta yang kreatif dan romantis. Semuanya asli dari apa yang terpetik dalam hati. WhatsApp kalau kita gunakan ayat-ayat surat cinta sudah tidak indah. Panggilan telefon pula sudah tidak menarik, kadangkala menjengkelkan. Dengan surat, ia lebih unik.

Jadi mari kita kembalikan trend surat cinta. Berikut adalah contoh surat cinta saya;

Pertama kali aku tenung mata kau, pertama kali hati aku berdegup kencang tanpa henti. Kilaun indah mata kau memberi satu percikan bara cinta pada diriku ini.

Aku kaku ibarat ditarik oleh satu daya ingin tahu, sudikah kau terima cinta aku. Perasaan ingin tahu ini membaea aku ke arah tanpa tuju untuk mencari rahsia-rahsia cinta.

Aku tidak terdesak lagi, tetapi keindahan diri kau membuatkan aku ingin buat keputusan yang tidak sepatutnya. Aku tidak ingin cinta ini ditolak dan juga tidak ingin ketahui jika sebalik perasaan cinta ini hanya desakan kerana tidak ingin keseorangan.

Aku juga tidak ingin jiwa ini menyesal, aku takut yang keindahan kau hanya lapisan yang menutup tipu daya atau identiti sebenar. Tangisan jiwa aku tetap ingin bersama dengan kau.

Bara cinta tadi ibarat satu dadah cinta, yang membuatkan aku sanggup terima kau seadanya. Keinginan aku untuk bersama dengan kau membuatkan aku mampu lupakan memori silam yang menikam hati ini.

Aku merayu jika aku luahkan cinta ini, janganlah kau tolak, terima juga aku seadanya dan aku berjanji yang cinta kita akan kekal selamanya.

Komen