Memilih kaca mata atau sunglasses mungkin agak sukar untuk perempuan. Tambah lagi, buat wanita yang bertudung yang tidak mahu menjejaskan posisi tudung mereka. Seperti yang anda sedia tahu, pemilihan sunglasses kebiasaannya adalah berdasarkan bentuk muka. Namun, ia agak sukar untuk kita menentukan pilihan berdasarkan tips tersebut.

Tentukan bentuk wajah anda.

Bentuk Wajah Bujur

Bentuk muka bujur dianggap ideal kerana perkadaran yang seimbang. Untuk mengekalkan keseimbangan semulajadi bentuk muka bujur, anda boleh mencari saiz bingkai dengan diameter yang lebar atau luas. Atau cari bingkai kaca mata yang selebar (atau lebih luas) bahagian muka yang paling luas. Bingkai berbentuk walnut yang tidak terlalu mendalam atau sempit adalah pilihan yang sangat baik.

Bentuk Wajah Bulat

Bagi yang memiliki bentuk muka bulat, bingkai kaca mata bersegi sesuai untuk untuk anda. Elakkan dari memakai bingkai yang berbentuk bulat kerana ia akan membuatkan muka kelihatan bulat seperti belon.

Betul Wajah Bersegi

Untuk anda yang mempunyai raut wajah yang bersegi, bingkai kaca mata berbentuk bulat lebih sepadan buat anda.

Saiz dan ketebalan bingkai.

Bingkai penuh

Jika anda mencari cermin mata yang lebih tahan lama dan lasak, cermin mata bingkai penuh, menjanjikan ketahanan terhadap cermin mata anda. Dengan kehadiran bingkai yang menyeluruh, ia mampu mengelakkan risiko pecah pada cermin. 

Bingkai separuh

Kebiasaannya, bingkai separuh ini seringkali menjadi pilihan golongan lebih berumur. Namun, masih ada segelintir golongan muda yang lebih gemar dengan rekaan bingkai separuh ini. Cermin mata berbingkai separuh ini mempunyai kanta multifokal yang memudahkan pemakai untuk membaca. Namun, terdapat sedikit risiko untuk kanta untuk pecah atau sumbing.

Rimless (Tanpa bingkai)

Bingkai rimless atau cermin mata tanpa bingkai ini agak susah untuk dijaga. Ketiadaan bingkai menyebabkan kanta berada pada risiko paling tinggi untuk pecah. Sememangnya bingkai ini ringan dan nampak eksklusif. Namun, buat mereka yang mementingkan kelasakan, cermin mata rimless ini tidak sesuai untuk dipilih, tetapi jika perlu, anda boleh menambah indeks kanta kepada 1.67 atau 1.74. Dengan indeks ini; cermin anda lebih tahan daripada jatuh dan pecah.

Jadi, bingkai cermin mata anda harus bersesuaian dengan bentuk muka. Selain itu, anda juga perlu dapat melihat kesesuaian visual apabila lebar bingkai adalah sama dengan lebar muka anda dari telinga ke telinga, dan tidak ada jurang, atau hanya jurang yang sangat sedikit, antara bahagian atas hidung dan bridge bingkai. Di bawah adalah grafik yang menerangkan informasi lebih lanjut mengenai pemilihan cermin mata yang bersesuaian dengan muka anda.

Info graphic
Sumber: Marvel Optic
Lihat profil
Lina Rosli

415 artikel di Tajria.