Resepi Pasta Carbonara Keju- Siap Dalam Masa 15 Minit
Bahan-bahan:
- 1 bungkus spaghetti atau pasta
- 2 keping ayam dipotong dadu
- 1/2 tin cendawan butang dihiris
- 4 ulas bawang putih dicincang
- 3 biji bawang merah besar dicincang
- 1 tin Prego Keju Dan Herbal
- 1 cawan susu segar
- Garam secukup rasa
- 4 sudu minyak zaitun
Cara Memasak:
1. Rebus pasta sehingga al dente. (mengambil masa kira-kira 9 minit).
2. Sementara menunggu pasta masak, di kuali yang lain, masukkan minyak zaitun dan panaskan kuali. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang sehingga naik bau.
3. Selepas bawang tersebut berwarna keemasan, masukkan ayam yang telah dipotong dadu dan gaul sekali bersama bawang-bawang di atas api sederhana.
4. Apabila ayam sudah masak, tumis sos prego keju dan herbal sehingga masak. Selepas seminit, masukkan susu segar dan biarkan ia mendidih selama 3 minit dan masukkan cendawan butang ke dalam sos masakan.
5. Apabila pasta sudah lembut dan el dente, masukkan ia ke dalam kuali dengan campuran ayam, bawang merah dan bawang putih. Perlahan-lahan gaulkan pasta sehingga pasta disalut. Tambah lebih banyak air pasta jika diperlukan.
Letakkan garam dan chilli flakes secukup rasa. Untuk anda yang gemarkan rasa herba yang kuat, anda boleh menambah serbuk parsley, basil dan oregano.
Hidangkan segera pasta anda di atas pinggan dan anda juga boleh letakkan keju tambahan jika mahu. Mudah bukan? Ia tidak mengambil masa yang lama untuk anda hidangkan kepada tetamu atau untuk diri anda sendiri. Di harap, dengan perkongsian resepi di atas, ia dapat membantu anda menyediakan sarapan atau makan malam dengan lebih mudah. Selamat mencuba!