Bagaimana Ingin Menggunakan Kad Ganjaran Starbucks?
Nama Starbucks sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Tambah lagi bagi anda yang menggemari kopi atau mungkin individu yang gemar melakukan kerja di kafe-kafe sudah pasti anda tahu akan kewujudan kedai kopi Starbucks ini. Ia merupakan salah satu kedai kopi premium yang menjadi pilihan rakyat di Malaysia. Maka, tidak hairanlah Starbucks mempunyai hampir 282 cawangan termasuk Semenangjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Namun, tahukah anda terdapat beberapa cara atau langkah yang boleh anda gunakan bagi menikmati ganjaran menarik untuk setiap kali anda mengunjungi kedai kopi tersebut. Antaranya, anda boleh mendaftar kad Starbucks untuk mendapatkan pelbagai diskaun untuk setiap cawan atau anda juga boleh membuat transaksi pembayaran melalui aplikasi atas talian Starbucks dan mengumpul mata ganjaran untuk menebus minuman percuma.
Bagaimana Ganjaran Starbucks berfungsi?
Dengan serendah RM20, anda boleh mengaktifkan Kad Starbucks di mana-mana kedai Starbucks di Malaysia. Jumlah tersebut akan dimasukkan ke dalam Kad Starbucks anda. Jangan risau, Starbucks tidak mengenakan sebarang caj atau yuran tambahan untuk pengaktifan kad.
- Mendaftar untuk akaun dalam talian, melalui aplikasi atau dengan kod bintang (Star Code).
- Sebaik sahaja akaun dibuat, pengguna dikehendaki menambahkan kad ganjaran Starbucks ke profil mereka.
- Dapatkan ganjaran dengan setiap pembelian.
Dengan kad Starbucks ini, pengguna boleh membeli pelbagai jenis minuman dan makanan dengan hanya menambah nilai yang diperlukan ke dalam kad. Antara kelebihan yang anda boleh dapatkan melalui kad ganjaran Starbucks adalah:
- Anda boleh memiliki satu jenis minuman percuma bersaiz Grande dengan setiap 10 pembelian Handcrafted Beverages.
- Anda boleh memiliki satu paket biji kopi percuma bersaiz 250g dengan setiap 10 paket kopi 250g.
- Anda boleh mendapatkan Classic Donut atau Muffin percuma apabila anda membeli 10 produk makanan (kecuali makanan dan gula-gula yang dibungkus).
- 1 potong kek percuma dengan pembelian mana-mana Handcrafted Beverages pada hari lahir anda.
Walau bagaimanapun, kesemua item percuma adalah sah selama 60 hari dari tarikh pengeluaran kecuali keistimewaan hari jadi yang akan menjadi ditebus dalam bulan ulang tahun. Selain itu, tarikh tamat tempoh kad adalah selama 3 tahun dari transaksi terakhir pada kad anda. Oleh itu, selagi anda terus menggunakan kad anda, tarikh tamat tempoh terus bertambah.
Cara Untuk Mendapatkan Ganjaran Menarik Dari Starbucks
Sebaik sahaja anda menyertai program ganjaran Starbucks, ambil kesempatan daripada cara-cara ini sewaktu melakukan transaksi atau pembelian:
BYOC – Bawa Tumbler Anda Sendiri
Pelanggan boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM2 pada setiap pesanan minuman apabila membawa cawan peribadi mereka sendiri.
Gunakan Aplikasi Starbucks
Ganjaran, tawaran dan simpanan tambahan boleh didapati dengan menggunakan aplikasi Starbucks. Semak hari-hari berbilang bintang di mana anda boleh mendapatkan 4 bintang setiap dolar yang dibelanjakan atau tawaran bintang bonus yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang membuat lawatan harian Starbucks.
Pembayaran Melalui WeChat Pay
Starbucks telah melancarkan sistem pembayaran secara nirtunai melalui aplikasi WeChat Pay. Terdapat pelbagai tawaran dan promosi yang anda boleh nikmati termasuk diskaun untuk minuman Handcrafted Beverages dan bermacam-macam lagi. Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh layari laman facebook rasmi Starbucks atau WeChat Pay untuk mengetahui diskaun-diskaun menarik.
Dapatkan Tawaran Hebat Melalui Kad Debit Anda
Sesetengah bank dan syarikat kad kredit menawarkan ganjaran mereka sendiri untuk membeli-belah di Starbucks. Sebelum ini, Maybank turut menawarkan tawaran hebat yang mana pengguna boleh mendapatkan kad Starbucks percuma dengan nilai RM40 untuk pembelanjaan di kedai-kedai terpilih dengan menggunakan kad Maybank American Express. Selain itu, Maybank dengan kolaborasi WeChat Pay turut menawarkan diskaun sebanyak RM5.
Ganjaran Bersempena Hari Lahir Anda
Starbucks turut memberikan minuman atau makanan percuma pada hari lahir anda. Tawaran untuk ganjaran hari lahir ini luput selepas satu hari selepas hari lahir anda. Anda hanya perlu menunjukkan Kad Starbucks anda yang berdaftar kepada barista untuk menebus ganjaran anda dan menerima item hari jadi percuma anda.
Jadi, untuk anda yang tidak mahu terlepas peluang untuk menikmati promosi dari Starbucks Malaysia, anda boleh layari laman Facebook dan Instagram rasmi mereka untuk mengetahui informasi lanjut mengenai sesuatu promosi pada tempoh masa tertentu. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Starbucks untuk menerima ganjaran yang menarik.