Petai amat sinonim dengan bau yang kurang menyenangkan. Namun, mungkin ramai di kalangan anda yang tidak tahu bahawa petai mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Ia mengandungi kandungan fruktosa, glukosa dan sukrosa yang menghasilkan zat yang baik untuk meningkatkan kemampuan kognitif.

Menurut kajian saintifik, petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding sayuran atau tumbuhan yang lain. Petai juga mengandungi zat asid amino dan karbohidrat kompleks yang menyebabkan kencing berbau busuk. Namun, ia bergantung kepada pengambilan petai. Berdasarkan kajian yang dibuat dimakmal secara saintifik mendapati, petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan pelbagai asid lain. 

Tahukah anda bahawa petai mempunyai beberapa kelebihan yang mungkin ramai tidak tahu. Jadi, mari kita lihat beberapa kelebihan petai yang baik untuk tubuh badan anda.

Meningkatkan Daya Ingatan

Kelebihan petai adalah buah ini mampu meningkatkan daya kognitif minda. Mengikut laporan oleh satu institusi di USA, petai dikatakan mempunyai khasiat potasium yang sangat besar yang mana ia boleh meningkatkan daya pengingatan dan membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih peka. 

Mengatasi Masalah Sembelit

Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit kerana ia mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air besar. 

Merawat Anemia

Anemia adalah sejenis penyakit yang boleh dikategorikan sebagai kurang darah di dalam sistem badan.  Kebiasaannya, orang yang mengidapi anemia sentiasa dalam keadaan yang kurang stabil. Ini kerana metabolismenya tidak sampai ke tahap yang normal disebabkan aliran darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan. Petai mengandung zat besi yang tinggi, yang mana ia boleh membantu sistem dalam badan untuk menghasilkan sel darah merah.

Mengurangkan Stress 

Ini berlaku kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang ditukar kepada serotonin. Inilah yang akan membuatkan anda lebih tenang selain dapat memperbaiki mood anda dan secara amnya membuat seseorang lebih bahagia.

Menurunkan tekanan darah tinggi

Petai juga mengandungi kalium yang baik untuk menguatkan tulang dan gigi. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kandungan garam yang rendah bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Menurut US Food and Drug Administration, mereka telah menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

Mengekalkan Awet Muda

Selain itu, kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh. Bukan itu sahaja, petai juga mempunyai vitamin A yang membantu mencantikkan kulit selain baik untuk penglihatan.

Sebenarnya, terdapat beberapa kelebihan petai lain yang  masih tetap ada banyak manfaat buah petai yang lain yang belum diterangkan. Penjelasan di atas sekurang-kurangnya berikan input untuk kita bahawa sekalipun dibenci beberapa orang, buah petai nyatanya mempunyai manfaat luar biasa dan sangat berguna untuk kesihatan.

Sumber: Doktor Sehat

Lihat profil
Lina Rosli

784 artikel di Tajria.