Carian
Mengapa Tidur Yang Berkualiti Itu Penting?
August 14, 2019 Lina Rosli

Mengapa Tidur Yang Berkualiti Itu Penting?

Tidur memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik. Apabila anda mendapatkan tidur yang berkualiti, ia dapat membantu melindungi kesihatan mental, fizikal, kualiti hidup dan keselamatan diri.

Tidur bukan sahaja membantu merehatkan badan anda setelah berfungsi seharian pada waktu siang yang mana membantu menyokong fungsi otak dan mengekalkan kesihatan fizikal anda. Untuk kanak-kanak dan remaja, tidur juga membantu menyokong pertumbuhan dan pembangunan.

Tidur yang berkualiti bermula dari keselesaan dan tempoh 7-9 jam malam adalah sangat penting. Jika anda masih mengekalkan corak tidur, kemungkinan masalah kesihatan akan menjadi rendah. Berikut adalah beberapa sebab mengapa tidur berkualiti adalah penting. 

woman in bed

Tabiat Tidur Yang Buruk Boleh Menyebabkan Obesiti

Tabiat tidur yang teruk boleh menyebabkan gangguan pada emosi dan fizikal anda. Kesan daripada keadaan ini adalah peningkatan selera makan. Hal ini kerana, apabila masa tidur anda diganggu hormon ghrelin dalam tubuh badan akan menghantar isyarat kepada otak untuk meningkatkan selera makan, apabila tubuh lapar dan memerlukan makanan. Tahap hormon akan menurun secara berkala selepas tubuh mula menyerap nutrien daripada makanan. Di samping itu, kekurangan tenaga juga mencetuskan anda untuk makan terlalu banyak dan akhirnya mencetuskan obesiti.

Bagi mengelakkan tabiat tidur yang teruk sebelum tidur, elakkan daripada mengambil minuman yang mempunyai kafein seperti kopi kerana ia akan menjejaskan kualiti tidur ada pada waktu malam. 

Meningkatkan Hormon Leptin

Apabila anda dapat tidur berkualiti, tahap hormon leptin akan meningkat sekaligus dapat menyekat hormon ghrelin. Hormon ghrelin adalah hormon yang digunakan untuk meningkatkan selera makan seseorang. Sementara itu, leptin digunakan untuk mengurangkan selera makan berlebihan.

Menerusi penurunan tahap leptin dalam badan, terdapat kemungkinan besar bahawa tidak akan ada masalah di dalam badan. Anda boleh mendapatkan pengambilan makan yang ideal selain mengurangkan kemungkinan lebihan kalori dalam badan.

Meningkatkan Prestasi Dan Produktiviti

Dari beberapa kajian yang dijalankan, tidur nyenyak dan berkualiti dapat meningkatkan keupayaan senaman seseorang. Apabila seseorang individu tidak mendapat jumlah jam tidur yang mencukupi, ia akan menganggu aktiviti harian. Malah, ia juga mengurangkan produktiviti dan tumpuan anda terhadap kerja, ketepatan dalam menganalisa sesuatu aktiviti serta kekuatan otot ketika bergerak.

Mengurangkan Risiko Strok Dan Masalah Jantung

Salah satu penyakit yang berbahaya akibat kurang tidur adalah individu akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit strok. Jika anda tidur dalam jangka masa yang singkat, badan anda tidak dapat mendapatkan rehat yang cukup yang boleh mengakibatkan serangan pada otak. Hal ini berlaku  disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Ini menyebabkan bekalan darah ke otak terganggu.

Selain itu, individu yang menderita kurang tidur ini memiliki risiko lebih tinggi terkena penyakit kardiovaskular (jantung dan pembuluh darah), seperti serangan jantung dan darah tinggi.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya untuk gaya hidup yang sihat. Bagi anda yang mempunyai masalah untuk tidur, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor atau pakar yang berkenaan. Hal ini kerana, masalah kurang tidur ini memberikan lebih banyak kesan buruk berbanding kesan baik kepada badan. Oleh itu, dapatkan tidur yang cukup agar kesihatan diri anda lebih terjamin.

Komen