Jika sebelum ini anda sering exfoliate kulit muka dan badan bagi menghilangkan sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit lebih lembut dan penyerapan produk lebih baik. Namun tahukah anda rambut juga perlukan exfoliation bagi mendapatkan kulit kepala yang sihat, bebas kelemumur dan tiada masalah rambut yang gugur?

Ya, sangat penting untuk menjaga kulit kepala anda dan tidak disamakan dengan menjaga rambut. Kulit kepala haruslah bersih dan tidak bersisik sepanjang waktu, bagi memastikan kulit kepala yang sihat dan bebas dari semua masalah kulit kepala.

Lebih-lebih lagi jika anda pengguna tegar spray rambut, styling cream, wax dan banyak lagi produk rambut, kulit kepala ada pasti akan mempunya build ups, jika tidak dijaga dengan betul. Tidak kurang bagi yang berhijab, sangat penting memastikan rambut tidak kepam dan busuk ketila pulang dari tempat kerja mahupun selepas melakukan aktiviti luar. 

photo of woman leaning on yellow surface

Siapa patut exfoliate?

Seperti exfoliate muka, exfoliate kulit kepala juga mempunyai 2 bahagian iaitu exfoliate secara fizikal serta secara kimia. Jika anda mempunyai ciri kulit kepala seperti dibwah, anda mungkin patut melakukan scrub pada rambut bagi memulihkan keadaan kulit kepala.

  • Rambut berminyak
  • Kulit kepala gata
  • Rambut terlalu kasar
  • rambut sering gugur
  • Rambut berkelumumur

Kulit kepala yang bersih dapat membantu anda mendapatkan rambut yang tebal, lebih panjang dan kuat. Berbanding rambut wanita luar yang tidak memakai sbrub kepala. namun hendaklah anda ketahui, jika anda mempunyai kulit kepala yang sensitif, gunakan scrub yang halus serta elakkan skrub dnegan skrub yang kecil. Kerana khuatir ia akan memberi rasa yang tidak enak menyenangkan.

Kelebihan scalp kulit kepala.

  • Menyuburkan kulit kepala supaya rambut tumbuh lebih cepat.
  • Menghalang dari mendapat masalah kulit kepala
  • Buangkan build ups di kepala
  • Menghilangkan kulit kepala yang gatal dan tidak selesa
  • Mengalirkan aliran darah ke kapala supaya memudahkan proses tumbuh rambut

Cara untuk scrub

Sama seperti scrub yang lain, anda haruslah membuat dnegan berhati-hati. Pertama sekali, ambil produk secukupnya untuk kulit kepala dan sapu ke keseluruhan kulit kepala, kemudian ururt secara bulatan denga perlahan dan berhati-hati. 

Sephora Peppermint Hair Cleansing Scrub 

Diperkaya dengan ekstrak peppermint, skrub ini akan memberi rasa yang sejuk di atas kepala sekaligus dapat mencepatkan aliran darah di kepala. Mempunyai beads yang kecil, ia tidak memberi kesan buruk pada kulit kepala anda, malah ia akan membersihkan kulit kepala dengan bersih tanpa membuatkan kulit kepala menjadi kering. 

The Body Shop Fuji Green Tea Scrub Shampoo

Scrub shampoo ini pula diperkaya dnegan teh hijau Jepun, mentol yang memberi kesan sejuk pada kepala serta garam kristal yang bagus dalam exfoliation. Ia tidak akan memberi rasa kesat pada rambut setelah anda gunakan scrub ini, kerana dengan adanya bahan madu yang sememangnya bagus untuk melembut rambut anda. Paling penting, kulit kepala anda akan bersih dari segala build ups dengan menggunakan bahan garam kristal pada kulit kepala. 

Briogeo Scalp Revival 

Harga untuk produk scrub rambut ini lebih mahal berbanding dua cadangan di atas, namun saya dapati ramai pengguna memberikan pelbagai respon positif terhadap skrub ini. Anda boleh guakan produk ini sekali seminggu atau pun sekali 2 minggu bagi mereka yang kurang masalah kulit kepala.

Scrub Briogeo menggunakan arang bagi exfoliate kulit kepala anda, serta minyak kelapa yang akan memberikan kelembapan pada kulit kepala, sekaligus menjadikan skrub ini pilihan orang ramai! 

Segala cadangan produk di atas anda boleh dapati di kedai fizikal mereka, atau pun kedas atas talian. Jika anda masih lagi mempunyai masalah kulit kepala terutamanya mereka yang menghadapi rambut gugur, lihat dahulu kulit kepala.

Adakah kulit kepala ada bersih, tidak bersisik dan mempunyai build ups? Jika ya, anda mungkin patut mencuba tips ini dan masukkan langkah baru ini di dalam  haircare rountine. 

Jika kulit kepala anda bersih dan sihat, akar rambut akan lebih kuat dan lebih cepat proses pertumbuhan rambut! Jika anda sudah pun memakai skrub shampoo, produk apa yang anda gunakan?