Aida Kamalia Diterbitkan 7 August 2019

Jerebu Menyerang Kembali, Apa Perlu Anda Lakukan?

Jerebu Menyerang Kembali, Apa Perlu Anda Lakukan?

Nampaknya  sudah hampir  seminggu keadaan udara di negeri-negeri yang terlibat terutamanya Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Penang, namun keadaan udara kini masih lagi tidak memuaskan dengan adanya jerebu. Ini kerana kita terkena tempias akibat pembakaran hutan di Indonesia, kemudian dibawa pula dengan angin, maka terjadilah kemerosoton bacaan IPU di negeri-negeri tersebut. 

Walaupun nampak remeh, tetapi sangat bahaya tau! Terutamanya bagi mereka yang sudah pun mempunyai masalah pernafasan. 

Jadi apa yang perlu anda lakukan ketika musim jerebu ini kembali lagi? Lihat di bawah! 

Kurangkan aktiviti fizikal 

Pertama sekali, semasa waktu ini anda haruslah kurangkan aktiviti fizikal terutamanya aktiviti di  luar rumah. Ini kerana jika anda melakukan aktiviti di luar rumah, anda akan menghirup udara yang kotor seterusnya akan  meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu. Ditambah pula dengan cuaca yang kering dan panas, anda mungkin akan mendapat kesan buruknya nanti. 

Sentiasa berada di dalam bangunan 

Sekiranya ada bekerja di dalam bangunan, pastikan anda sentiasa di dalam bangunan dan jangan keluar keluar terutamanya pada waktu rehat. Manakala jika anda bekerja di luar yang sememanganya terdedah pada udara, pastikan anda memakai mask muka N95, dan bukannya mask muka biasa. 

Tutup tingkap di rumah 

Jika tiada orang di rumah semasa anda meninggalkan rumah untuk ke pejabat, pastikan anda tutup semua tingkap di dalam bilik serta di ruang tamu. Ini bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau pun bangunan, seterusnya membuatkan udara di dalam tercemar. 

Pilih operasi penghawa dingin

Jika anda menggunakan kereta setiap masa, pastikan anda memilih moperasi pendingin hawa kitaran udara dalaman, dan bukannya udara dari luar. Perkara ini untuk mengelakkan udara yang tercemar di luar masuk ke dalam kereta dan sekaligus anda dapat menghidunya. 

Minum air kosong

Pada musim jerebu ini, cuaca akan menjadi panas dan kering, oleh itu pastikan anda minum banyak air kosong walaupun anda tidak dahaga. Ini adalah untuk mengekalkan tahap hidrasi di dalam badan. 

Pasang air purifier 

Fungsi air purifier atau pun air filter dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Terutamanya jika anda mempunyai bayi atau anak kecil di rumah, dengan adanya air purifier di rumah ia akan membantu memulihkan udara di dalam rumah anda. 

Oleh itu, jagalah kesihatan anda pada musim jerebu ini, terutamanya anak kecil dan warga tua yang sememangnya imunisasi mereka tidak begitu kuat. Jika anda terpaksa membuat aktiviti di luar rumah seperti menyidai kain dan sebagainya, pastikan anda memakai mask N95, bukannya mask biasa. 

Jika anda dapati tahap kesihatan anda merosot ketika ini, segera bertemu ke doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut ya!