Carian
Tanda-Tanda Anda Depresi – Lihat Dibawah! 
August 9, 2019 Aida Kamalia

Tanda-Tanda Anda Depresi – Lihat Dibawah! 

Pada waktu kini, saya pasti tanggapan orang ramai terhadap depresi atau pun kemurungan sudah tidak asing lagi. Hari demi hari semakin ramai orang memberi kesedaran terhadap betapa pentingnya mendapatkan rawatan jika anda mengalami kemurungan, serta membantu mereka yang masih keliru adakah dirinya mengalami depresi. Disebabkan ini, ramai pesakit-pesakit mula memberanikan diri berjumpa dengan doktor psikologi dan juga pakar pskiatri bagi membantu mereka menghadapi masalah ini. 

Apabila kesihatan mental seseorang tidak dijaga dengan baik, dipendam dan tidak membuat sebarang inisiatif untuk membantu diri, stress yang kecil juga mampu membawa ke masalah kemurungan. Depresi tidak mengira umur sama ada anda muda atau pun sudah meningkat usia, anda mungkin akan mengalami depresi. Ada juga yang bertanggapan penyakit ini tidak akan sembuh, ianya sama sekali tidak benar. Dengan bantuan yang betul dan sokongan dari keluarga serta  kenalan rapat, anda akan sembuh. 

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali dengan lebih dalam apa itu depresi atau pun dipanggil sebagai kemurungan. 

Apa itu depresi 

Depresi adalah tekanan perasaan yang menganggu diri membuatkan seseorang berasa sedih, keletihan dan tidak bertenaga, cepat marah atau pun lesu serta hilang minat dalam melakukan aktiviti harian. Harus anda ketahui disini,  seseorang haruslah mengalami rasa seperti selama 2 minggu atau lebih, barulah seseorang akan didiagnos sebagai kemurungan. Jika tidak dirawat, kemungkinan ia akan berlarutan sehingga bertahun. 

woman crying

Apa penyebab depresi 

Keturunan 

– Jika anda mempunyai keluarga yang punya sejarah dalam kemurungan, kemungkinan ia akan berlaku kepada anda.

Peristiwa yang menyebabkan seseorang trauma

– Trauma yang keterlaluan disebabkan peristiwa sedih seperti kehilangan seseorang, kematian, penceraian ibu bapa juga mampu membawa pada depresi.

Penyakit kronik

– Jika seseorang menghidap penyakit kronik seperti sawan, kanser atau pun menghidap gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm, ia juga akan membawa ke depresi yang teruk.

Ubat-ubatan 

– Pengambilan ubat-ubat tertentu mungkin akan menyebabkan episod kemurungan pada seseorang, namun ia akan beransur pulih selepas berhenti mengambil ubat tersebut.

Stress

– Stress yang melampau juga boleh membawa ke depresi seperti stress di tempat kerja, mendapat tekanan yang teruk sewaktu masa peperiksaan, dan sebagainya. 

Corak pemikiran diri 

– Terdapat corak pemikiran tertentu pada seseorang, seperti persepsi terhadap diri sendiri yang sentiasa buruk, persepsi terhadap persekitan dan orang keliling.

woman left hand on hair under sunset

Apakah tanda-tanda anda depresi? 

  • Sentiasa sedih dan menangis
  • Terasa diri tidak berguna
  • Sentiasa rasa bersalah pada diri
  • Tidak bermaya dan tidak bertenaga
  • Sering termenung
  • Sentiasa bersendirian 
  • Hilang minat terhadap hobi yang diminati atau aktiviti yang sepatutnya menyeronokkan 
  • Tidak cukup tidur atau pun terlebih tidur
  • Mempunyai fikiran yang rasa mati itu lebih baik dan dapat selesaikan masalah 
  • Kurang daya tumpuan dan mudah lupa
  • Perasaan yang tidak tenteram dan sering ingin marah
  • Mudah cemas dan resah
  • Membuat percubaan untuk bunuh diri 
  • Menyakiti diri sendiri seperti  mengelar tangan serta pada anggota badan lain

Apa perlu lakukan?

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas dan sudah pun melebihi dua minggu, segera dapatkan pertolongan! Anda mungkin berasa anda kuat untuk menghadapi perkara ini namun sangat penting untuk mempunyai teman yang memberi sokongan. 

Segera ke hospital dan berjumpa bersama doktor psikologi atau pun pakar psikiatri  untuk mendapatkan consultation dan bantuan mereka. 

Jika anda tidak mahu bercakap dengan sesiapa atau pun bersifat terbuka dalam perkara ini, cuba bercerita pula dengan strangers, iaitu orang yang tidak anda kenali di Befrienders. Befrienders adalah satu pertubuhan yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu yang memberikan sokongan moral dan bimbingan pada mereka yang mengalami kemurungan atau pun mempunyai rasa untuk membunuh diri. Malah baru-baru ini, segala panggilan yang dibuat ke Befrienders adalah percuma tanpa sebarang caj dikenakan dari syarikat telco. 

Jangan ambil mudah jika anda berasa seperti simptom diatas, kerana jika tidak dirawat dengan baik, masalah ini pasti aka berlarutan dan akan memberi kesan pada kehidupan anda serta kerja anda sendiri. Ketahuilah ramai yang akan membantu anda, jadi jangan takut untuk mendapatkan pertolongan.

 

 

Rujukan : Myhealth.Gov   

Moh.Gov

Komen