Carian
Makan Organ Dalaman Haiwan – Bahaya Atau Tidak? 
August 14, 2019 Aida Kamalia

Makan Organ Dalaman Haiwan – Bahaya Atau Tidak? 

Berakhirnya Hari Raya Aidil-Adha, sudah pasti anda menerima beberapa bahagian daging korban sumbangan dari surau, jiran terdekat, keluarga  atau bahagian daging anda sendiri sempena korban tempoh hari. Sudah pasti di fikiran anda mencari-cari resepi yang sesuai untuk anda masak kesemua daging yang diterima. Rendang daging, masak kicap, sup tulang, daging dendeng, dan banyak lagi resepi yang anda boleh masak! 

Selain daging biasa, tidak kurang juga bahagian organ dalaman seperti hati, paru, limpa, lidah dan sebagainya. Jika diikutkan mitos orang dahulu, apabila anda memakan organ dalaman haiwan, ini lah punca terjadinya penyakit mudah lupa, bebal dan sebagainya. Namun ada juga yang berpendapat organ dalaman kaya dengan zat penting serta nutrient yang bagus untuk kesihatan. Antaranya termasuklah vitamin B, zat besi, fosforus, tembaga, magnesium, vitamin A, D, E dan K. Jadi sebenarnya bagus atau tidak makan organ dalaman haiwan ini? 

Jenis organ dalaman terdiri daripada : 

  • Paru 
  • Limpa
  • Hati
  • Buah pinggang 
  • Lidah
  • Otak

Kebaikan hati 

Bukan sahaja hati lembu, tetapi hati ayam juga merupakan kegemaran orang ramai. Buat yang masih tidak tahu, hati merupakan organ yang paling banyak nutrient, yang mana ia sangat kaya sengan Vitamin A. Vitamin A baik untuk kesihatan mata, mengurangkan penyakit disebabkan keradangan, mencegah risiko mendapapt penyakit Alzheimer dan banyak lagi. Hati juga mengandungi zink, iron yang mana bagus untuk meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah. 

Kebaikan lidah 

Lidah pula mengandungi protein, aid lemak Omega 3, Vitamin B12, asid folik serta kolin yang mana bagus untuk mereka yang kekurangan darah kerana ia membantu meningkatkan pembentukan darah. Oleh kerana ia mempunyai asid folik, ia turut bermanfaat untuk wanita hamil dimana asid folik sangat penting terutamanya pada awal kehamilan. 

Kebaikan otak 

Walaupun kedengaran agak pelik, namun ramai juga yang meminati memakan otak lembu. Otak juga mempunyai kebaikan tau! Ia kaya dengan omega 3, serta asid lemak yang bagus untuk kesihatan, serta otak juga baik dalam memastikan sistem saraf dalam keadaan bagus. Selain itu, ia turut bersifat anti-oksida yang mana membantu melindungi otak manusia serta saraf tunjang. 

Keburukan memakan organ dalaman 

Walaupun organ dalaman haiwan kaya dengan nutirent serta vitamin bagus untuk tubuh manusia, ia juga mempunyai keburukannya. 

Tinggi kolesterol

Organ dalaman haiwan mempunyai kolesterol yang tinggi serta lemak tepu yang banyak berbanding daging biasa. Di dalam 100g hati lembu, ia mempunyai 396mg kolesterol yang mana sangat tinggi daripada kolesterol yang harus dimakan seseorang dalam sehari. Bagi mereka yang dalam fasa menjaga kadar pengambilan kolestrol, sangat tidak digalakkan mengambil organ dalaman haiwan kerana kolesterol yang sangat tinggi. 

Banyak toksik

Selain itu juga, jika organ tidak dibersihkan dengan betul atau pun dimasak dengan betul, ada kemungkinan organ tersebut mempunyai toksik yang berbahaya untuk tubuh badan manusia. Ini kerana organ dalaman yang kotor seperti perut lembu, ia mungkin akan menjadi punca penyakit seseorang. 

Kesimpulannya, tiada larangan untuk anda semua memakan organ dalaman haiwan terutamanya organ dalaman lembu. Namun harus diingatkan pada semua, haruslah berpada-pada kadar pengambilannya. Terutama bagi mereka yang berpenyakit bahaya seperti sakit jantung, kolestrol tinggi dan tidak lupa juga bagi mereka yang mempunyai penyakit gout. 

Cukup sekadar merasa sahaja makan organ dalaman ini. Walaupun ia mempunyai banyak kebaikan, ia juga turut akan membawa ke lebih banyak penyakit jika anda memakan dengan kuantiti yang banyak. Namun begitu, tidak digalakkan kanak-kanak untuk memakan organ dalaman supaya tidak mengganggu proses tumbesaran mereka.

Komen