Carian
Sajian Untuk Minum Petang – Resepi Sambal Tumis Hijau
August 14, 2019 Lina Rosli

Bagi anda yang mungkin masih tercari-cari idea untuk makan petang bersama keluarga atau rakan-rakan, hari ini Tajria ingin berkongsi resepi mudah untuk menyediakan sambal tumis hijau untuk anda hidangkan.

Resepi ini bukan sahaja mudah untuk dihidangkan, malah ia juga sesuai untuk disajikan pada bila-bila masa atau untuk pelbagai acara makan-makan.

Bahan-bahan A: 

  • 5 batang cili hijau – buang tangkainya
  • 6 biji cili padi merah – untuk hasil yang lebih pedas
  • 10 biji cili padi merah – untuk hasil yang lebih pedas
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu asam jawa
  • ¼ potong gula nisan (gula merah)
  • 1 cubit belacan
  • gula pasir secukupnya
  • garam secukupnya

Bahan B:

  • Ikan bilis goreng secukupnya
  • 1 ulas bawang merah besar (dihiris)

Cara memasak:

1. Kisar cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih sehingga hancur. Campurkan sedikit ikan bilis goreng di dalam bahan yang telah dikisar.

2. Panaskan minyak dan kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar selama sehingga masak atau naik minyak (kira-kira 10-12 minit).

3. Apabila sudah masak, masukkan air asam jawa ke dalam bahan tumisan. Tumis sehingga warna bahan kisar bertukar warna menjadi lebih gelap dan terbit aroma.

5. Kemudian, tambahkan gula nisan ke dalam bahan tumisan. Apabila sudah larut, masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Akhir sekali, campurkan ikan bilis yang telah di goreng bersama bawang merah yang telah dihiris ke dalam sambal tersebut. Kacau rata dan biarkan ia masak sehingga pecah minyak.

7. Angkat dan hidangkan. Sediakan sambal tumis hijau ini bersama-sama dengan ubi atau lempeng. Ia juga sesuai di makan bersama bubur nasi dan macam-macam lagi.


Mudah bukan? Ia tidak mengambil masa yang lama untuk anda hidangkan kepada tetamu atau untuk diri anda sendiri. Di harap, dengan perkongsian resepi di atas, ia dapat membantu anda menyediakan sarapan atau makan malam dengan lebih mudah. Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Jemput membaca dan mencuba.

Komen