Sempena Hari Raya Aidil-Adha  ini sudah pasti anda dapat banyak daging korban hasil sumbangan dari orang ramai atau pun keluarga anda. Haruslah diingatkan disini, setelah anda dapat sahaja daging-daging korban, sangat penting untuk mencuci daging dan repackkan ke bekas yang lebih kecil. Sebolehnya satu bekas untuk satu hidangan makan sekeluarga anda. 

Suhu yang tepat juga amat penting, ini semua bagi memastikan daging korban anda sentiasa segar dan tidak mudah rosak. 

Raw Meat on Brown Wooden Surface

Lebih-lebih lagi apabila daging anda sering keluar masuk peti ais, lambat laun daging tersebut tidak lagi segar dan kurang sedapnya. 

Jadi setelah anda simpan daging-daging korban anda, resepi apa yang boleh anda cuba untuk memasak daging-daging ini? Jom lihat di bawah pilihan Tajria! 

Daging Masak Blackpepper 

Bahan-bahan 

  • 300gram daging 
  • 4 ulas bawang putih
  • Bawang holland (dihiris)
  • 6 sudu sos blackpepper
  • 2 sudu sos tomato
  • 5 sudu kicap pekat 
  • Lada hitam biji (ditumbuk)

Cara-cara 

  1. Terlebih dahulu rebus daging sehingga empuk, masukkan sedikit cuka makanan bagi membuatkan daging lebih lembut.
  2. Di dalam kuali yang berlainan, tumis bawang putih sehingga garing, kemudian masukkan sos blackpepper dan sos tomato. 
  3. Kemudian, apabila daging sudah lembut, potong dan masukkan ke dalam kuali tadi. Curahkan dengan  lada hitam yang telah ditumbuk tadi dan letakkan bawang holland.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula, jika kuah ada tidak cukup pekat, boleh juga masukkan sedikit  tepung jagung! 

Tonton resepi : Resepi Daging Blackpepper

Resepi Sup Ekor Sedap

Bahan-bahan

  • 400gram ekor
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang 
  • 2 buah pelaga
  • 1  bunga cengkih
  • 4 ulas bawang merah 
  • Air rebusan ekor 2 cawan
  • 1 batang serai
  • 1 batang saderi
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • Sup bunjut untuk sup tulang
  • Hirisan bawang holland 
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji carrot *
  • 1 biji tomato *
  • Bawang goreng untuk hiasan 
  • Daun sup untuk hiasan
  • Limau nipis (perah)

Cara-cara 

  1. Rebus dahulu ekor lembu dalam 60 minit sehingga empuk.
  2. Di dalam periuk yang berlainan,  tumiskan bawang merah berserta kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan yang lain kecuali bahan bertanda * 
  4. Setelah ekor lembut, masukkan ekor lembu bersama air rebusan ekor lembu tadi. 
  5. Apabila mendidih, masukkan bahan bertanda *, perahkan limau nipis serta perasakan dengan garam gula. Tutup api dan sedia untuk dimakan! 

Tonton video : Resepi Sup Ekor

 

Daging Tetel Masak Asam Pedas

Bahan-bahan

  • 400 gram daging tetel 
  • 1 batang serai
  • 1 cawan cili kering kisar 
  • 1 biji buah tomato
  • 4 sudu kecil pes asam jawa
  • Daun limau purut/daun kesum
  • Garam
  • 8 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*

Cara-cara 

  1. Rebus tetel sehingga lembut, ketepikan terlebih dahulu. Air rebusan akan digunakan untuk masak nanti.
  2. Di dalam periuk yang berlainan, tumis serai bersama bahan yang bertanda * sehingga garing, kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar.
  3. Tumis lagi sehingga cili masak, kemudian masukkan pes asam jawa.
  4. Kemudian, masukkan daging tetel tadi bersama air rebusan daging sebanyak 2 cawan.
  5. Apabila mendidih, masukkan tomato yang dipotong 4, daun kesum atau pun daun limau purut, serta perasakan dengan garam gula. Asam pedas Melaka biasanya letak daun limau purut, manakala Asam pedas Johor pula letak daun kesum. Ikut anda sendiri ya! 

 

Tonton resepi : Resepi Asam Pedas Tetel 

 

Resepi Perut Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan 

  1. ½ kg Perut lembu 
  2. 1 asam keping
  3. Santan secukupnya
  4. 10 - 15 cili padi (ikut pedas disukai)
  5. 2 batang serai
  6. 1/2 inci halia
  7. Sedikit lengkuas 
  8. 1/2 inci kunyit hidup
  9. 5 bawang merah (kisar)
  10. 3 bawang putih (Kisar)

Cara-cara

  1. Cuci dengan bersih perut lembu, kemudian rebus perut sehingga lembut. 
  2. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan kesemua bahan diatas.
  3. Sentiasa kacau supaya santan anda tidak pecah dan buruk.
  4. Kemudian, potong perut lembu dan masukkan ke dalam periuk. Perasakan dengan garam dan gula. 
  5. Kacau hingga kuah pekat, siap untuk dihidang! 

Tonton video : Resepi Perut Lembu Masak Lemak Cili Api

 

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan-bahan

  1. 400gram daging 
  2. 4 ulas bawang putih (hiris)
  3. Setengah biji bawang holland (hiris)
  4. 1 batang serai
  5. 2 sudu cili kering
  6. 2 sudu sos cili
  7. 2 sudu sos tomato
  8. Sedikit kicap
  9. 1 batang carrot (potong nipis) 
  10. 2 lada besar (hiris)

 

Cara-cara

  1. Rebus daging terlebih dahulu bersama sedikit pewarna merah. Jika tidak mahu letak pun tidak mengapa, ia bertujuan untuk memberi warna merah pada daging sahaja. 
  2. Di dalam kuali berlainan, tumis bawang putih bersama serai, kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar.
  3. Tumis sehingga cili tadi masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan sos cili, tomato, serta kicap.
  4. Masukkan daging yang telah dihiris nipis bersama bawang holland yang telah dihiris.
  5. Tunggu sehingga mendidih, masukkan carrot, lada besar, serta perasakan dengan garam dan gula.
  6. Siap untuk dihidang! 

Tonton video : Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Kesemua resepi di atas, masa untuk membuatnya juga pendek dan tidak susah. Sangat sesuai untuk anda yang tidak mempunyai banyak masa, terutamanya wanita yang bekerja. Satu tips disini Tajria boleh kongsikan, untuk menjimatkan masa masakan, anda juga boleh rebus terlebih dahulu dgaing-daging untuk dimasak. Tetapi, jangan pula anda buang air rebusan, simpan sahaja di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais. Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi rebus daging dan menunggu masa yang lama sebelum anda masak. Tinggal potong sahaja, dan boleh terus masak! Antara resepi-resepi di atas, mana satu pilihan hati anda?

Lihat profil
Aida Kamalia

139 artikel di Tajria.