Panduan Memilih Facial Oil Mengikut Jenis Kulit Muka
Sebut sahaja tentang minyak, mungkin masih ada lagi orang yang ragu-ragu untuk diletakkan di atas permukaan muka. Yelah, muka sendiri pun sudah berminyak, campur lagi minyak, pastilah bertambah minyak!

Tidak! Tahukah anda sebenarnya, apabila anda menggunakan minyak yang betul mengikut jenis kulit muka anda, ia sebenarnya membantu struktur kulit dan menstabilkan pengeluaran sebum wajah anda. Jadi jika anda mempunyai muka yang berminyak, dengan penggunaan jenis minyak yang betul, pengeluaran sebum akan lebih terkawal dan seterusnya menjadikan muka anda tidak lagi berminyak.
Tambahan lagi, kulit muka yang matang dan kulit kering sangat disarankan untuk menggunakan facial oil dalam rutin penjagaan kulit anda. Ini kerana kulit yang kering dan matang lebih memerlukan kelembapan untuk melambatkan proses penuaan seperti garis halus, kedutan dan banyak lagi.

Masih lagi tidak tahu jenis minyak apa yang sesuai untuk jenis kulit muka anda? Lihat di bawah ya!
Kategori minyak terbahagi kepada dua jenis :
Oleic acid & Linoleic acid
Oleic Acid
Oleic acid atau pun nama lainnya Omega-9, ia sangat bagus untuk kulit yang matang serta kulit kering kerana keupayaan minyak ini untuk menyerap pada kulit lebih cepat serta dapat memberi kelembapan yang tinggi kepada kulit.
Sangat kaya dengan anti-oksidan, yang mampu melawan radikal bebas disebabkan alam sekitar yang kotor, serta menghalang sinaran UV, iaitu punca utama terjadinya penuaan. Tambahan lagi, ia berupaya untuk membaiki struktur kulit yang rosak, serta dapat mengawal penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis dan banyak lagi.
Untuk kulit : kulit kering / matang / normal
Jika anda mempunyai jenis kulit di atas, cari facial oil yang mempunyai jenis minyak kandungan oleic acid lebih tinggi berbanding linoleic acid.
Contoh minyak tinggi dengan Oleic Acid :
- Argan oil
- Tamanu oil
- Olive oil
- Avocado oil
Linoleic Acid
Linoleic acid atau nama lainnya Omega-6 juga adalah asid lemak yang bagus untuk kulit terutamanya kulit berminyak dan berjerawat. Kulit muka yang berjerawat dan kulit muka berminyak dipercayai kurangnya kandungan linoleic acid, dan apabila diletekkan minyak yang mempunyai kandungan linoleic acid lebih tinggi pada muka, masalah jerawat dan berminyak dapat berkurang. Ia juga menjadikan kulit lebih kukuh dan dapat mengurangkan risiko skin barrier menjadi rosak kerana ia memberi kelembapan yang cukup pada kullit. Turut mempunyai sifat anti-radang, yang mana antara punca terjadinya jerawat.
Untuk kulit : Kulit berminyak / berjerawat
Jika anda mempunyai jenis kulit di atas, cari facial oil yang mempunyai jenis minyak kandungan linoleic acid lebih tinggi berbanding oleic acid.
Contoh minyak tinggi dengan Linoleic acid :
- Grapeseed oil
- Safflower oil
- Hemp oil
- Rosehip oil
Kebiasaannya, facial oil sudah pun dicampurkan dengan bahan lain dan ianya boleh terus dipakai pada kulit muka. Namun jika anda seorang yang sukakan DIY dengan membuat facial oil sendiri, anda haruslah mengikut ratio yang betul mengikut keperluan kulit muka anda. Namun harus dingatkan disini, kita mempunyai kulit yang berbeza, jadi tidak semua minyak ini sesuai untuk anda walaupun dikategorikan khas untuk jenis kulit muka. Setiap minyak mempunyai comedogenic rate yang berbeza, namun tidak semestinya jika minyak itu mempunyai comedogenic rate yang tinggi, minyak itu tidak bagus, ada juga yang boleh tolerate dengan kadar tersebut.
Adakah anda juga seorang pengguna facial oil? Beri pendapat anda tentang bagaimana facial oil works untuk kulit muka anda!
Rujukan : Glowsly