Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sewaktu Menggunakan Perkhidmatan Hotel
Terdapat pelbagai jenis tempat penginapan yang boleh anda cari dan tempah pada masa kini untuk percutian anda. Tidak kira berapa bajet untuk perbelanjaan anda, anda tetap boleh mendapatkan tempat tidur yang selesa untuk anda berehat setelah penat mengembara dan melancong. Pada dasarnya, pemilihan tempat penginapan ini agak terhad dan tidak banyak pilihan. Namun, sejak kebelakangan ini anda boleh dapatkan pelbagai jenis tempat penginapan termasuk chalet, hostel, rumah tumpangan, hotel dan apartment.

Tapi, tahukah anda bahawa setiap tempat penginapan yang menawarkan servis ini mempunyai peraturan dan tatatertib yang perlu anda ikuti. Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi kepada anda perkara-perkara yang anda tidak boleh lakukan sewaktu menggunakan perkhidmatan hotel.
Tepati Masa Yang Ditetapkan
Adalah disarankan untuk anda mengikut jadual atau waktu operasi sesebuah hotel atau rumah tumpangan tertentu. Bagi anda yang ingin mendaftar masuk, pastikan anda tidak menggesa pihak hotel untuk menyediakan bilik anda secepatnya. Kebiasaannya, pihak pengurusan hotel atau rumah tumpangan akan membenarkan pelanggan masuk pada waktu 2.00 petang. Manakala, masa untuk daftar keluar adalah pada pukul 12 tengah hari.
Gunakan Barangan Dalam Bilik Dengan Cermat
Sebagai pelanggan atau pengguna sesebuah bilik, anda di nasihatkan untuk menggunakan barangan yang disediakan secara berhemah. Elakkan daripada merosakkan harta benda di dalam bilik tersebut.
Walaupun pihak hotel menawarkan perkhidmatan mengemas bilik (housekeeping), anda tetap perlu menghormati harta benda awam seperti tidak meninggalkan tuala basah di atas lantai, meninggalkan kesan solekan pada cadar atau katil hotel serta tanda kasut pada dinding hotel. Harus diingatkan juga, anda perlu membuang sampah di dalam tong sampah selain meninggalkan bilik di dalam keadaan yang baik sebelum mendaftar keluar pada hari itu.
Tidak Membawa Haiwan Atau Buah-Buahan Yang Berbau Ke Dalam Bilik
Bilik penginapan atau ruangan yang disediakan di hotel adalah milik awam yang mana setiap penghuni mempunyai hak untuk menggunakan kelengkapan yang disediakan. Namun, mungkin terdapat segelintir pengguna yang mempunyai alahan untuk sesetengah perkara. Oleh itu, adalah disarankan kepada anda untuk tidak membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam bilik. Dikhuatiri bulu-bulu atau hama pada haiwan tersebut melekat pada karpet atau perabot di dalam bilik yang anda duduki.
Bukan itu sahaja, anda juga tidak dibenarkan untuk membawa buah-buahan yang berbau seperti durian atau manggis ke dalam bilik. Untuk durian, ia akan meninggalkan kesan bau yang sangat kuat jika berada diruangan yang kecil. Manakala untuk manggis pula, buah ini mempunyai getah yang boleh meninggalkan kesan getah yang mana ia agak sukar untuk dibersihkan.
Tidak Mengambil Atau Membawa Keluar Item Dan Perkakas Di Dalam Bilik
Anda memang bayar untuk mendapatkan bilik dan servis perkhidmatannya. Namun, ia tidak bermakna anda boleh mengambil atau membawa keluar barangan seperti perabot, langsir, lampu atau perkakas elektrik di dalam bilik hotel. Anda boleh mengambil barang-barang seperti syampu, perapi, sabun dan losyen. Walau bagaimanapun, jubah mandi, tuala, pinggan mangkuk, cermin, cawan, cerek kopi dan benda lain adalah hanya disediakan untuk kegunaan semasa penginapan hotel anda.
Jika anda menyukai sesuatu dan mahu pulang ke rumah, hubungi meja depan dan tanya jika mereka ada yang boleh anda beli. Jika anda membawa keluar item, anda boleh meminta pihak pengurusan untuk menyediakan bil transaksi pembelian sebelum anda keluar.
Hormati Penghuni Atau Orang Lain Di Hotel
Apabila anda tinggal di komuniti atau di mana-mana hotel yang mempunyai pelanggan lain-penting untuk anda memikirkan keselesaan dan keamanan penghuni lain. Ya, anda berada di sana untuk berehat dan bertenang, tetapi itu tidak anda boleh melakukan aktiviti lain tanpa memikirkan orang lain. Secara praktikalnya, ini bermakna anda perlu menghormati waktu senyap di hotel lebih-lebih lagi tidak membuat bising pada waktu tengah malam iaitu 10 malam sehingga 6 pagi.
Selain menghormati hak dan etika sewaktu mendapatkan servis perkhidmatan sebuah hotel, anda juga boleh mempraktikkan budi bahasa yang baik semasa berinteraksi dengan kakitangan hotel atau penghuni lain. Ianya adalah mudah seperti memberikan senyuman sewaktu berkata “tolong” dan “terima kasih”. Dengan sikap positif yang dipamerkan, ia bukan sahaja menyenangkan orang lain malah, anda juga layak mendapat penghormatan dan kebaikan anda. Sudah menjadi adat di Malaysia yang mana budi bahasa itu budaya masyarakat kita. Selamat mencuba!