Carian
9 Tips Berjimat Untuk Majlis Pertunangan
August 15, 2019 Aida Kamalia

9 Tips Berjimat Untuk Majlis Pertunangan

Kalau ikutkan hati orang muda sekarang, kalau boleh hendak teruskan majlis perkahwinan sahaja, namun sudah pasti permintaan ini akan ditentang sekeras-kerasnya oleh ibu-bapa kan? Ini kerana kaum Melayu ada adat dan pantang larang yang tersendiri, jadi lebih bagus mengikut adat. Malah setiap negeri juga saya pasti mempunyai adat masing-masing yang berbeza, kan?

Image result for artis bertunang

Bukan sengaja mahu menolak adat merisik, bertunang seterusnya barulah bernikah. Rata-ratanya semua kerana mahu menjimatkan kos! Satu majlis sahaja boleh mencecah RM3-4k. Bagaimana pula untuk majlis pernikahan serta bertandang kan?

Jadi sebagai anak yang baik haruslah anda lakukan majlis pertunangan, tidak mengapa ibu-bapa sudah makan garam terlebih dahulu! Ikut sahaja ya.Sebenarnya boleh sahaja untuk anda berjimat sehingga RM1-2k sahaja. Sekadar majlis kecil-kecilan dan majlis pertunangan bajet. 

Image result for artis bertunang dulang hantaran

Masih adakah pasangan di luar sana yang ragu-ragu untuk membuat majlis pertunangan bajet? Lihat di bawah!

Bincang bersama keluarga dan pasangan 

Pertama sekali, bincang dahulu bersama keluarga anda dan pasangan yang anda cuma mahu membuat majlis pertunangan kecil-kecilan sahaja. Supaya mereka faham keadaan dan situasi anda berdua. Cakap dengan mereka bajet anda hanya RM2000 (sebagai contoh), jadi melalui bajet ini, tulis apa yang hendak dibeli untuk majlis nanti. 

Jemput keluarga terdekat dan rakan baik 

Biasanya majlis pertunangan ni orang tidaklah jemput sampai 200+ orang, cuba hadkan paling banyak 150 orang sahaja. Jemput hanya keluarga rapat serta kawan rapat sahaja. Disini, dapatlah anda jimatkan kos untuk menjamu tetamu makan!

Khemah perlu atau tidak?

Pendapat peribadi saya, khemah scallop berwarna-warni ini tidak perlu. Jika anda duduk di rumah teres dan mempunyai laman di luar rumah, cukup sekadar letak kerusi di luar rumah serta di ruang tamu juga. Atau jika anda terpaksa juga menggunakan khemah, cari khemah yang ringkas dan bukannya khemah yang mempunyai hiasan warna-warni. Lebih jimat! 

Beli barang hantaran di Lazada / Zalora 

Untuk mencari barang hantaran untuk lelaki mahupun wanita, cari sahaja di Zalora atau pun Lazada. Untuk pakaian, saya lebih syorkan Zalora berbanding Lazada atau pun Shopee. Biasanya disini akan ada pelbagai diskaun dan tawaran hebat mengikut waktu yang tertentu. Malah ada produk menawarkan diskaun sehingga 70% keatas, jadi rajin-rajinkan diri untuk survey setiap masa! 

Pelamin hias sendiri

Untuk menjimatkan kos bertunang, usah gunakan khidmat menyewa pelamin untuk sarung cincin. Buat sahaja pelamin DIY dengan menggunakan sofa atau pun kerusi. Kemudian, hias bersama bunga-bunga atau pun lampu sebagai latar belakang. Biasanya, pelamin DIY tidak susah pun untuk buat, hias dengan ringkas sahaja. Atau untuk lebih mudah, buat sahaja sesi sarung cinci di bilik anda sendiri. Kalau dibilik anda sendiri, hias dengan kemas sahaja. Tidak perlu berlebih-lebihan. 

Hantaran dulang 

Bagi mereka yang ingin berbalas hantaran, ambil hantaran paling sikit dimana lelaki 3 berbalas 7 dulang hantaran dari pihak perempuan. Tidak perlu beli dulang hantaran yang baru, cari sahaja di luar sana mereka yang membuat khidmat sewa dulang hantaran. Semestinya lebih murah berbanding anda beli dulang yang baharu. Barang hantaran pula, cari yang simple sahaja dan lebihkan pada makanan. 

Contohnya dari pihak wanita :

  1. Buah-buahan 
  2. Sireh junjung
  3. Cupcake 
  4. Coklat-coklat
  5. Sepasang baju melayu / kain baju
  6. Kek 
  7. Set Al-Quran

Photographer 

Disebabkan zaman sekarang boleh katakan kebanyakan orang memakai smartphone yang mempunyai kualiti kamera yang canggih. Jadi untuk menjimatkan kos, tidak perlu untuk anda hire jurugambar professional. Cukup sekadar menggunakan kamera telefon sendiri serta kamera rakan-rakan anda. Majlis kahwin nanti barulah ada hire jurugambar professional! 

Make-up

Servis make up sekarang boleh tahan juga harganya. Paling murah RM250 untuk majlis tunang. Jika anda tidak keberatan untuk belanja dan kelihatan cantik semasa majlis ini, lebihkan bajet disini. Masih ada lagi MUA yang mengambil servis RM200 kebawah, cari MUA yang baru sahaja memulakan karier mereka. Kebanyakannya akan meletakkan harga yang lebih rendah berbanding MUA ternama. Namun, sangat penting untuk anda lihat portfolio mereka ya! 

Baju tunang

Untuk baju tunang pula, tidak perlu untuk anda menempah di kedai tailor. Ini kerana sekarang banyak sahaja pilihan baju ready made yang murah di luar sana. Jika dibandingkan dengan membeli kain, kemudian upah jahit lagi. Silap-silap jauh lebih mahal berbanding baju ready made! Tidak perlu untuk memakai veil dan crown, cuukup anda pakai baju kurung ringkas. 

Jadi jika anda sudah meletakkan bajet tersendiri, cuba sedaya upaya untuk tidak melebih jumlah tersebut. Tidak mengapa majlis bertunang kecil-kecilan. Untuk majlis nikah dan kahwin nanti barulah buat lebih meriah, dan semestinya memerlukan kos yang lebih tinggi. Lebih baik menyimpan untuk itu kan? Tidak mustahil untuk lakukan majlis tunang secara bajet. Berdoa banyak-banyak supaya dimudahkan urusan. Jika ahli keluarga bermurah hati untuk sponsor barang-barang sewaktu majlis, rezeki anda lah. Namun jangan pula anda berharap dan meminta ibu-bapa untuk sponsor ya! Jangan sesekali menyusahkan pihak lain demi majlis anda sendiri.

Komen