Inspirasi Ruang Tamu Dan Bilik Tidur Berkonsepkan Minimalis
Konsep dekorasi dalaman rumah sedikit sebanyak melambangkan seseorang. Begitu juga dengan kelas golongan, sama ada golongan pertengahan atau pun golongan atasan. Bagi kelas atasan, rata-ratanya konsep dekorasi dalaman rumah mereka sangat mewah diserikan dengan warna emas dan perabot coklat, tidak lupa juga dengan sokongan lampu chandelier besar di ruang tamu utama. Sudah pasti konsep sebegini memakan puluhan ribu ringgit!
Namun bagaimana pula untuk mereka yang baru sahaja ingin memulakn kehidupan berpasangan, memiliki ruang yang terhad, namun masih lagi tetap ingin menampakkan ruang itu kemas, elegen dan paling penting sedap mata memandang! Disebabkan ini lah ramai yang memilih untuk menghias ruang tamu, bilik tidur serta dapur dengan konsep minimalis.
Konsep minimalis ini akan menampakkan ruang lebih kemas, tidak bermain dengan warna melampau, tidak meletakkan terlampau banyak perabot. Kemudian seri dapat dinaikkan dengan pilihan pokok hijau palsu atau pun perabot ber warna beige.
Mari lihat dibawah inspirasi yang anda boleh gunakan untuk menghias rumah anda nanti! Disini, saya juga akan letakkan link di mana anda boleh beli barang-barang deko!
Pilihan warna
Dalam pilihan warna untuk menghias rumah anda berkonsepkan minimalis, jangan bermain dengan warna yang terang melampau serta warna-warna yang terang. Hanya bermain dalam warna yang senada sahaja. Seperti gambar di atas, hanya mempunyai warna kelabu cair, beige, dan juga putih. Cuba terhadkan dalam warna sebegini sahaja.
Beli meja : Shopee
Gantung frame
Disebabkan warna dinding pucat dan kosong, cuba hias dinding dengan meletakkan frame gambar. Saya lebih syorkan anda meletakkan frame kata-kata inspirasi atau pun gambar yang lembut, senada dengan warna bilik. Pilih warna lembut seperti kelabu, putih, coklat, atau untuk menonjolkan warna feminin, boleh pilih warna merah jambu lembut.
Beli frame : Shopee
Hiaskan dengan pokok
Bagi tidak ingin menampakkan suasana suram kerana warna lembut, sangat penting untuk kita menimbulkan warna yang kontra supaya menaikkan seri ruang anda. Anda boleh meletakkan pokok palsu berwarna hijau seperti di dalam gambar, kemudian letakkan di dalam pasu anyaman. Cara sebegini sekaligus menampakkan ruang lebih ‘pop out’ dan menarik!
Beli pokok : Shopee
Beli pasu anyaman : Shopee
Letak meja kecil tepi katil
Meletakkan meja kecil di tepi katil anda juga akan merupakan satu dekorasi yang akan membuatkan ruang tidur anda lebih menarik. Jika tidak meletakkan apa-apa perabot, ruang anda akan kelihatan kosong dan suram. Di atas meja kecil, anda boleh letakkan pasu pokok kecil atau pun lilin yang akan memberi cahaya yang malap di malam hari.
Beli meja : Shopee
Kebiasannya, mereka yang mempunyai konsep minimalis ini lebih kepada golongan muda, yang mana tidak gemar dengan suasana yang semak dan serabut. Jika anda dapat mencari barang preloved seperti di Carousel atau pun Group di Facebook, kos anda akan jauh lebih murah berbanding jika anda membeli barang yang baru. Tidak mengapa, jika anda kekurangan bajet, jangan pula anda beli semua barang hias sekaligus. Bulan ini beli barang lain, bulan hadapan yang lain pula. Lama-kelamaan akan menjadi juga! Selamat menghias!