Dalam era moden ini, mungkin ramai wanita di luar yang tidak lagi mempraktikkan penggunaan bengkung dalam pemakaian seharian. Kebanyakkan dari wanita yang lebih selesa menggunakan set bengkung moden yang lebih mudah untuk dipakai dalam apa jua keadaan. Kain bengkung juga merupakan sabuk panjang atau kain untuk pembebat perut, pinggang, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bengkung ini turut dipercayai mampu menjaga dan membentuk bentuk perut usai melahirkan bayi.

Material atau jenis kain yang selesa

Amatlah penting bagi anda untuk mencari jenis kain yang sesuai dengan kulit dan tubuh anda. Hal ini kerana, jika anda tidak mengambil serius akan cara ini, ia akan memudaratkan si pemakai. Pastikan anda memilih material atau jenis kain yang mempunyai daya serap peluh yang baik serta tidak membuatkan kulit anda alahan atau melecet apabila memakai selama beberapa jam. Antara jenis kain yang sesuai untuk bengkung adalah:

  1. Kain cotton
  2. Kain viscose
  3. Kain velcro
  4. Kain yang tidak mudah berbulu

Ukuran saiz dan panjang yang sesuai

Terdapat beberapa ukuran mengikut jenis pemakaian bengkung. 

1. Untuk bengkung lilit, ia hadir dengan dua saiz iaitu:

  • Panjang : 12 meter. Lebar : 30 meter
  • Panjang : 15 meter. Lebar : 30 meter

2. Bengkung Zig Zag atau Beroda

3. Bengkung Bertali atau Barut

Jenis pemakaian

Sesetengah orang memilih untuk memakai bengkung pada waktu harian biasa. Hal ini disebabkan mungkin mereka ingin menjaga bentuk badan yang ideal atau mengekalkan struktur tubuh yang baik. Namun, ada yang berpendapat bahawa adalah lebih elok jika semasa dalam pantang, si ibu mempraktikkan pemakaian bengkung. Ia bukan sahaja dapat membentuk dan mengembalikan berat badan asal sebelum mengandung. Malah, ia turut bagus untuk menyokong perut yang lemah akibat pengembangan ketika mengandung.

Wedding, Dress, Woman, Ribbon, Corset

Kesesuaian untuk aktiviti

Bagi ibu yang dalam pantang, anda tidak disarankan untuk memakai bengkung yang terlalu ketat atau vice versa. Selain ketat, pemakai jugak perlu memastikan bengkung yang dipakai tidak terlurut ke atas atau tidak bergerak ke bawah. Ini adalah disebabkan, jika anda memilih bengkung yang tidak sesuai, besar kemungkinan ia akan membuatkan si pengguna tidak selesa jika memakainya.

_________________________________________________________________________________________

Bengkung moden adalah lebih mudah untuk digunakan. Berbanding bengkung tradisional, bengkung moden boleh dipakai sendiri tanpa memerlukan bantuan daripada pihak ketiga. Di barat, wanita-wanita di sana memakai korset bagi mengekalkan bentuk badan. Pemakaian korset ini adalah lebih agresif berbanding bengkung, yang mana korset mempunyai besi-besi dan cangkuk pada bahagian kain. Hal ini akan menyebabkan si pemakai tidak selesa, tambah lagi apabila memakainya pada jangka masa yang agak lama. Di harap dengan perkongsian ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu atau sesiapa yang berminat sewaktu memilih bengkung. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

171 artikel di Tajria.