Carian
Punca Keguguran Dan Apa Wanita Perlu Tahu 
August 19, 2019 Aida Kamalia

Punca Keguguran Dan Apa Wanita Perlu Tahu 

Apabila pasangan menerima berita mereka bakal menerima cahaya mata, sudah pasti kedua-dua insan ini akan dipenuhi rasa gembira dan teruja terutamanya jika ini kehamilan yang pertama. Ketika ini lah kesempatan buat si isteri untuk mendapatkan layanan istemewa bak permaisuri kerana pada awal kehamilan ini lah waktu yang sangat penting dan perlu menjaga kandungan sebaik mungkin. Ini kerana pada waktu ini, keguguran mungkin akan berlaku terutamanya  apabila kandungan di bawah 20 minggu.

Ketika ini, para ibu disarankan untuk menjaga pemakanan dengan baik, menghadkan pergerakan dan tidak melakukan aktiviti lasak. Sedikit sebanyak, ini mungkin akan mengganggu kandungan anda.

Woman Wearing White Cap-sleeved Dress Holding Ultrasound Result Photo

Keguguran merupakan perkara biasa yang berlaku di kalangan wanita. Ada mitos mengatakan wanita yang masih di awal kehamilan tidak boleh makan makanan yang ‘tajam’. Sejauh manakah kebenaran itu?   Banyak lagi punca yang menyumbang kepada perkara ini, dan apa yang perlu anda tahu jika anda pernah mengalaminya, ia bukan salah anda.

Jom lihat lagi di bawah.

Punca keguguran

Genes dan kromosom yang tidak normal 

Kebanyakan keguguran biasanya berlaku kerana tumbesaran janin yang tidak normal. Masalah genetik ini tidak dapat dielakkan dan bukan disebabkan perlakuan ibu sendiri.

Penyakit si ibu

Jika ibu mempunyai masalah penyakit yang kronik seperti kencing manis yang melampau, masalah rahim atau pun fibroid, ia juga akan menyebabkan keguguran.

 

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran

 Usia 

Bagi wanita yang berumur, risiko untuk keguguran lebih tinggi berbanding wanita yang lebih muda. Disebabkan ini lah doktor tidak menggalakkan wanita yang berumur akhir 30an.

Keguguran sebelumnya

Jika anda pernah mengalami keguguran pada kehamilan lepas, risiko untuk gugur juga pada kehamilan kini lebih tinggi. 

Merokok

Sudah pun kita ketahui merokok amat bahaya untuk wanita yang mengandung, mahu pun menjadi prokok pasif, risiko untuk gugur lebih tinggi.

Alkohol

Pengambilan alkohol semasa kehamilan akan mengundang bahaya bukan sahaja pada kandungan, namun wanita itu sendiri. 

Demam 

Demam panas yang melampau mampu menyebabkan keguguran. Oleh itu sangat penting bagi suami memantau kesihatan isteri apabila demam biasa sekalipun. Segera bertemu dengan doktor apabila demam terlalu teruk. 

Kafeine

Wanita yang mengandung haruslah menjaga pengambilan kafein yang terdapat pada kopi, teh dan sebagainya kerana pengambilan kafein yang banyak mampu menyebabkan keguguran. Had kafein yang diambil pula seharusnya tidak melebihi 300mg sehari.  

Simptom-simptom 

  • Berlaku pendarahan sedikit, dan seterusnya menjadi lebih banyak. 
  • Rasa sakit di bahagian ari-ari (seperti senggugut)
  • Demam panas
  • Rasa lemah melampau
  • Sakit belakang 
  • Tidak merasa sebarang pergerakan bayi 
  • Tidak merasa denyutan bayi

Namun, pendarahan yang sedikit atau ‘spotting’adalah perkara yang normal semasa awal kehamilan, termasuklah badan yang lemah dan mual kerana first trimester merupakan waktu yang sukar bagi wanita yang mengandung. Tetapi walau bagaimana pun jangan ambil remeh apabila badan terasa pelik dan asing, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Bolehkah mengandung lagi? Bila? 

Wanita yang mengalami keguguran tidak semestinya tidak boleh mengandung lagi pada waktu akan datang. Tidak pula bermaksud anda mempunyai sebarang masalah kesuburan. Sebaliknya, ia merupakan perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Apa yang perlu diberi perhatian disini adalah, jarak masa yang perlu pasangan ambil kira sebelum berusaha untuk hamil lagi. Sebolehnya, beri waktu pada diri wanita sekurang-kurangnya 3 bulan sehinggalah isteri anda sihat fizikal serta mental. Tidak dinafikan apabila wanita mengalami keguguran, mental akan terganggu. 

Konklusinya, jika anda mengalami keguguran, jangan sesekali menyalahkan diri sendiri. Mengikut @MedTweetMy, buah nenas yang dikatakan menjadi punca keguguran adalah mitos yang tidak benar dan jangan sesekali anda percaya. 

Tidak lupa juga sokongan dari suami sangat penting di saat ini kerana isteri akan menjadi lemah. Anda juga digalakkan berpantang seperti biasa supaya badan mendapat rehat yang cukup. Pengambilan makanan yang sihat, seimbang juga amat penting ketika anda berpantang selepas keguguran. Buat para suami, jangan memaksa isteri untuk mengandung semula dengan tergesa-gesa, sebaliknya beri ruang pada isteri untuk pulih sepenuhnya. 

 

 

Rujukan : MyHealth Gov 

WebMD

Komen