Eyeshadow Palette Terbaik Bawah RM100
Setiap wanita pasti akan mempunyai satu eyeshadow palette di rumah kan? Kalau anda orang yang sukakan makeup, tidak mustahil jika anda mempunyai lebih daripada 10 eyeshadow palette! Setiap palette hadir dalam bentuk warna tema yang berbeza, konsistensi yang berbeza, selain turut mempunyai jenisnya iaitu matte atau pun glitter. Makeup junkie di luar sana pasti tidak akan lepaskan peluang untuk memakai warna yang terang dan menonjol seperti warna kuning, biru, merah jambu, ungu dan sebagainya. Berbeza pula dengan warna yang neutral dan earth colors seperti warna coklat, nude, warna ini lebih sesuai untuk pakai hari-hari pada setiap acara.
Hari ini, Tajria akan kongsikan pelbagai eyeshadow palettes bawah RM100 sahaja. Yang pasti, kesemua eyeshadow palette ini berkualiti tinggi, sangat pigmented dan ramai mengesyorkan jenama-jenama ini.
Revolution Reloaded Palette – Newtrals 2
Antara Best Seller di Makeup Revolution, Revolution Reloaded Palette – Newtrals 2. Digemari ramai kerana pilihan warna yang boleh dipakai setiap hari! Warna oren dan coklat ini wajib di dalam simpanan makeup anda kerana bukan sahaja harganya sangat berpatutan, kualiti juga terbaik. Aplikasi mattes yang sangat buttery dan licin, pigmentasi yang bagus, ditambah pula shimmer yang cantik, tidak musttahil palettes ini antara best seller Makeup Revolution!
Harga : £4.00 = RM 28 – RM35 (mengikut penjual dia Malaysia)
Revolution Reloaded Red Alert
Pencinta warna coral, pink dan peach? Jangan lepaskan palette Revolution Re-loaded Red Alert! Pilihan warna yang terang ini pasti akan membuatkan anda kelihatan muda dan ranggi, sesuai untuk ada yang sukakan warna yang menyerlah! Tidak lupa juga shades yang kelihatan funky iaitu warna ungu. Palette ini juga menjanjikan aplikasi yang sangat mudah dan buttery untuk anda.
Harga : £4.00 = RM28 – RM35 (mengikut penjual di Malaysia)
I Heart Revolution Strawberry Cheesecake Chocolate
Nampak sahaja palette ini, terus terasa sangat teruja melihat pembungkusan palette ini dengan warna merah jambu! Bertemakan Strawberry Cheesecake, pilihan warna di dalam palette ini memfokuskan pada warna merah jambu, ungu serta warna peach! Bagi anda yang suka membuat make up look bertemakan doll, barbie doll atau berkonsepkan manis-manis, gunakan palette warna seperti ini. Pilihan glitter dan shimmer pasti akan menambat hati anda pada aplikasi pertama di kelopak mata anda. Harga : £9.00 = RM 50 – RM60 (mengikut penjual di Malaysia) Klik : Makeup Revolution Colorpop Yes, Please!Siapa tidak kenal jenama Colorpop yang unggul di mata para pencinta makeup seluruh dunia! Colorpop banyak mengeluarkan pilihan warna yang terang, dapat diungkapkan konsep ini di dalam eyeshadow palette Yes, Please! Bertemakan warna oren, emas shimmer, bronze, dan tidak lupa juga Highlight di dalam palette ini, warna kuning! Jika anda seorang yang ranggi, jangan takut untuk gayaka warna kuning ini! Harga : $16.00 = RM 70 – RM75 (mengikut penjual di Malaysia)
Ooh La La!Terpana melihat susunan warna di dalam eyeshadow palette Ooh La La! Pelbagai shades berwarna merah jambu dari nude pink hingga bold pink serta warna ungu. Anda seorang yang berani dan bold? Gandingkan warna ungu dan maroon bersama glitter silver untuk menaikkan warna ungu di atas kelopak mata anda. Sekaligus ia akan menaikkan keyakinan anda sepanjang hari! Harga : $12 : RM55 – RM65 (mengikut penjual di Malaysia)
Mar |
Ingin kelihatan lain dari yang lain dan berani untuk mencuba sesuatu yang bold? Gunakan eyeshadow palette Mar ini! Hadir dengan variasi warna biru serta warna emas bronze untuk anda gandingkan bersama. Kombinasi kedua-dua warna ini pasti akan ‘pop’ mata ada, terutamanya jika anda sedang bercuti di pantai. Padankan bersama lipstick nude untuk stabilkan warna pada muka anda!
Harga : $12 = RM55 – RM65 (mengikut penjual di Malaysia)
Klik : Colorpop
Kedua-dua jenama ini tidak ditawarkan di mana-mana kedai fizikal di Malaysia. Namun jangan gusar! Kini sudah banyak kedai atas talian yang membuat pra-tempahan untuk produk-produk di atas. Jika dibandingkan dengan eyeshadow palette yang ditawarkan di Sephora, produk di atas jauh lebih murah. Namun tetap berkualiti tinggi, aplikasi yang mudah dan paling penting jenama di atas sangat dikenali dikalangan para pencinta makeup. Serta, sahut cabaran kami di Tajria untuk gayakan warna eyeshadow yang terang dan ranggi!