Punca Bahagian Intim Wanita Menjadi Gelap
Kebanyakan wanita pasti mengalami masalah bahagian intim menjadi gelap atau pun lebih mesra dipanggil Miss V. Sedikit sebanyak masalah ini akan mengganggu serta membuatkan keyakinan diri merudum terutama bagi mereka yang sudah berkahwin atau pun bakal melangsungkan perkahwinan. Disebabkan masalah ini merupakan perkara biasa terjadi dikalangan wanita, ramai penjual serta usahawan tempatan mengeluarkan produk pencuci wanita yang mampu memutihkan kawasan Miss V tadi.
Tidak kurang juga dengan momokan-momokan yang biasa dituju kepada wanita, jika miss v anda gelap, dikhuatiri suami akan meninggalkan anda dan mencari wanita lain atau ‘makan luar’?
Jom kita lihat pakah punca bahagian intim wanita menjadi gelap sebenarnya?
Seluar dalam ketat
Memakai pakaian dalam yang ketat setiap masa mampu membuatkan miss v anda menjadi hitam kerana ketiadaan udara. Disebabkan ini, anda digalakkan memakai seluar dalam yang selesa dan tidak ketat bagi mengelakkan masalah ini berlaku. Sebolehnya ketika anda di rumah, elakkan memakai seluar dalam sepanjang masa untuk memberikan miss v bernafas atau pun anda boleh lakukannya ketika tidur di malam hari.
Peluh
Jika anda seorang yang sering bersukan yang menyebabkan badan sering berpeluh, amat penting untuk menjaga kebersihan diri selepas bersukan. Ini kerana peluh yang dikeluarkan dari badan kotor dan melekat pada badan sehingga anda mandi. Disebabkan peluh tadi, ia bukan sahaja memberi rasa kegatalan pada miss v, malah bahagian intim anda boleh dijangkiti masalah kulat. Jadi sebaik sahaja anda bersukan, jangan melewat-lewatkan untuk membersihkan diri.
Geselan
Selain itu, geseran juga menyebabkan kawasan miss v menjadi gelap serta kawasan di celah peha. Masalah ini biasa terjadi pada wanita yang berisi serta peha yang besar membolehkan ia bergesel saat anda berjalan. Terutamanya jika anda memakai skirt atau pun baju kurung, peluang untuk peha bergesel lebih tinggi. Untuk mengelakkan geselan berlaku, anda boleh memakai stokin khas anti geselan atau pun memakai seluar dalam nipis hingga ke peha.
Beli : Shopee
Beli : Shopee
Hormon & keturunan
Apabila umur meningkat, rupa bentuk faraj, warna turut berubah mengikut umur dan ini adalah sangat normal. Terutamanya jika anda meningkat remaja, lama kelamaan miss v akan menjadi gelap disebabkan hormon badan sendiri. Sama seperti ketika anda mengandung, hormon akan berubah dengan sangat tinggi, pelbagai perubahan pada diri akan berlaku. Antaranya adalah miss v akan menjadi lebih gelap dari biasa. Tambahan lagi, faktor keturunan juga punca terjadinya miss v menjadi gelap dan tiada apa yang perlu anda lakukan.
Mencukur
Mengapa ramai orang berkata apabila anda mencukur miss v, miss v anda akan berubah menjadi gelap. Disebabkan itu, anda tidak digalakka untuk mencukur. Betul ke? Ini kerana, apabila anda mencukur bahagian intim wanita, ia akan meninggalkan rasa gatal serta tidak selesa walaupun anda sudah cukur sebersih-bersihnya. Apabila miss v anda gatal, sudah pasti anda akan lebih cenderung untuk menggaru miss v, menyebabkan miss v menjadi gelap. Ya, menggaru akan menyebabkan miss v menjadi gelap. Oleh itu, anda boleh gantikan mencukur bulu kepada waxing, yang juga dikenali sebagai brazillian waxing.
Akhir kata, usah terlalu risau miss v yang berubah warna apabila umur semakin meningkat kerana ia adalah perubahan yang normal. Apa yang anda boleh lakukan adalah, terima dan sayangi miss v serta tubuh badan anda. Setiap wanita mempunyai rupa, bentuk serta warna miss v yang berbeza dan tidak ada salahnya jika terdapat perbezaan. Miss v yang gelap adalah normal, labia faraj berbeza adalah normal, bau miss v juga adalah normal! Jangan disebabkan iklan yang anda lihat diluar sana mempengaruhi anda sekaligus meruntuhkan keyakinan diri anda.Namun, dengan teknologi yang semakin meningkat kini, anda boleh menggunakan rawatan laser yang mampu mencerahkan bahagian inti serta celah peha yang gelap. Namun bukanlah dengan sekali rawatan ia akan terus berubah, sekurang-kurangnya 2 kali sebulan tempoh rawatan, kos rawatan ini juga sangat tinggi.