Selain daripada meletakkan target atau kejayaan yang patut anda dapat, anda juga memerlukan semangat motivasi yang tinggi dalam menetapkan hala tuju dan langkah seterusnya sebagai matlamat hidup. Itu sebabnya menggalas tanggungjawab yang berat pasti amat sukar apabila anda tidak ada dorongan atau semangat yang membantu anda menyelesaikannya sesuatu perkara. Oleh itu, anda perlu kenali diri bagi mendapatkan jawapan atau keputusan yang lebih bermakna. Dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja menetapkan matlamat yang anda inginkan dalah hidup, malah anda juga membuka jalan yang lebih luas untuk anda mengenali diri anda dengan lebih mendalam. 

Kitar semula azam lama.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pasti ramai individu yang mempunyai senarai azam yang masih belum dicapai dari tahun yang lepas. Dan ada juga sebahagian besar dari azam yang tidak dicapai akan di bawa pula ke tahun seterusnya. Mungkin ramai yang berpendapat tiada salahnya dalam menjadikan ia sebagai azam tahun baru, namun jika kita lihat dari perspektif yang lain, idea ini seperti meletakkan diri seseorang individu itu di takuk yang sama. Menurut Betsy Sobiech yang merupakan COO kepada Tiara International LLC, beliau berkata, azam yang tidak dicapai sebelum ini ke tahun yang baru atau lebih mudah lagi kitar semula azam adalah seperti menetapkan diri anda untuk kegagalan lagi.

Walau bagaimana pun, nilai azam seseorang ini sebenarnya terletak pada diri masing-masing. Mungkin kekangan atau halangan pada tahun sebelum ini menyebabkan azam tertentu tidak dapat dicapai. Jadi untuk tahun berikutnya, jika diberi kesihatan dan kudrat yang baik, sudah tentu azam itu akan dapat dilaksanakan.

Cita-cita yang tidak jelas, “Be better”.

Menjadi "lebih baik" adalah satu resolusi yang bagus dari segi teorinya tetapi ia juga dapat membuat anda gagal. Kata-kata seperti "Be better”, “work harder” ini adalah adalah terlalu umum, selain kedengaran tidak jelas serta fahaman dalam konteks lain nampak samar dan terlalu meluas. Untuk menjadi kayu ukur sama ada azam anda telah tercapai atau tidak juga menjadi agak sukar. Matlamat yang jelas tentang sesuatu perkara atau bidang amat penting bagi memudahkan anda untuk melaksanakannya.

Menginginkan kehidupan yang teratur.

Keinginan untuk mendapatkan hidup yang teratur adalah satu idea yang baik pada dasarnya. Tetapi, untuk menjadikan ia sebagai satu azam adalah satu cabaran yang besar. Untuk mengubah kehidupan anda 360 darjah memerlukan masa yang lama, tambahan jika hari ini anda masih lagi dengan cara lama. Untuk menjadikan ia lebih teratur, lakukan pengemasan kehidupan satu demi satu. Mungkin pada tahun ini, anda boleh berazam untuk memastikan wardrobe atau almari anda sentiasa tersusun pada masa akan datang. Atau, anda boleh berazam untuk tidak membiarkan pinggan dan cawan di sinki sentiasa bersih setiap kali habis makan. Dengan cara ini, azam anda lagi mudah dicapai.

Do Something Great neon sign

Target tanpa tujuan

Dalam kehidupan sehari-hari, penting bagi anda untuk menetapkan sasaran dan tujuan hidup. Tanpa sasaran dan tujuan maka anda dan saya akan hilang dan tersesat. Sasaran dan tujuan yang jelas akan membawa anda pada matlamat dan cita-cita yang anda harapkan. Sasaran dan tujuan hidup juga dapat membantu anda dalam mengukur kemampuan diri sendiri bagi mengetahui tahap dan kekuatan anda. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu yang mana untuk mencapai target yang diidamkan memerlukan proses pembelajaran yang efektif dengan berbagai cara dan langkah.

Kesimpulan

Untuk meningkatkan motivasi diri kita, kita mesti merasakan bahawa kita berada dalam keadaan yang baik. Dengan ini, diri anda akan menjadi lebih yakin diri, selain anda akan bekerja lebih keras dan merasa lebih bersemangat untuk mengatasi kekurangan.

Lihat profil
Lina Rosli

153 artikel di Tajria.