Awas! Ini Risiko Jika Anda Tidur Dengan Make Up
Sayangnya nak basuh make up ni..cantik sangat
Penatnya malam ni, tak larat nak cuci make up..

Pasti akan ada satu masa anda mengalami seperti keadaan di atas kan? Ketika anda meletakkan effort yang lebih untuk bersiap hari itu, memakai full face make up, sudah pasti terasa sayang akan make up yang dipakai kan? Sama seperti ketika anda mempunyai hari yang memenatkan, letih, namun pada malam hari harus gigihkan diri untuk mencuci sisa make up. Walaupun anda hanya memakai bedak kompak, mascara serta pemerah pipi, ia juga dikira make up tau dan anda wajib mencuci make up anda!
Tidak kira walau anda berasa sangat penat hari itu, anda wajib mencuci make up sebelum tidur. Jika anda masih berdegil dan ambil remeh hal ini, bersedialah untuk menghadapi pelbagai masalah kulit. Mengapa sangat penting kita menjaga kulit muka? Ini kerana kulit anda bekerja setiap masa! Jika pada waktu siang kulit akan menghalang dari sinar UV, pada malam hari juga ia akan membaiki kulit kita. Namun bagaimana pula jika munculnya ‘benda asing’ di atas kulit, bagaimana untuk kulit ini bekerja?
Lihat dibawah apa risiko anda akan hadapi jika masih memakai make up
Pori tersumbat
Apabila anda meletakkan foundation, loose powder dan sebagainya, anda sudah pun meletakkan sesuatu di atas pori-pori muka. Ia tidak memberi kesan buruk pada kulit muka anda kecuali jika anda melebihi masa ‘make up’. Buat mereka yang tidak tahu, seseorang yang mempunyai jenis kulit berjerawat, anda tidak digalakkan memakai make up lebih daripada 6 jam, atau pori-pori kulit akan tersumbat! Jadi bagaimana jika anda memakai make up sepanjang malam? Melebihi 10 jam? Pori yang tersumbat ini lah antara punca terjadinya jerawat!
Kulit muka semakin kering
Bangun sahaja dari tidur, pasti anda akan mendapati muka seperti orang minyak, kan? Mungkin minyak yang ada di muka anda juga boleh dibuat goreng ayam! Apabila anda memakai make up sepanjang malam, pori akan mengeluarkan lebihan sebum kerana tidak dapat berfungsi dengan baik. Namun tahukah anda, apabila anda mencuci make up keesokan pagi, kulit anda akan menjadi lebih kering. Ini kerana anada telah pun mengganggu moisture barrier kulit muka, dan apabila moisture barrier terganggu, kulit akan jadi lebih kering dan mengeluarkan lebih banyak sebum membuatkan kulit anda akan berminyak.
Maskara
Tidur dengan maskara akan menyebabkan bulu mata anda mudah gugur, rapuh dan mudah rosak. Ya, jangan ambil mudah walaupun maskara tidak diletakkan di atas kulit muka. Namun harus anda ketahui kulit di kawasan mata lah sangat sensitif dan perlu penjagaan yang lebih rapi. Pernahkan anda terasa mata pedih seperti ada sesuatu di dalam mata? Apabila anda belek mata, terdapat biji biji jernih yang menyebabkan mata tidak selesa. Ini terjadi kerana anda tidak mencuci maskara dengan bersih, menyebabkan terjadinya biji-biji dibawah kelopak mata. Apabila mata tidak selesa, gatal, ini mungkin akan menyebabkan jangkitan pada mata akibat sisa maskara. Takut kan!
Bibir menjadi kering dan merekah
Mungkin ramai yang ambil remeh tentang pemakaian gincu sepanjang malam, juga bawa kesan buruk bibir. Walaupun gincu tidak diletakkan pada kulit, jika anda tidur bersama gincu, bibir akan cenderung menjadi kering, seterusnya merekah. Apabila bibir anda merekah, kemungkinan bibir akan berdarah, kemudian beri rasa tidak selesa.
Jadika tabiat untuk cuci muka sebaik sahaja anda sampai ke rumah. Lebih-lebih lagi apabila pulang sahaja dari tempat kerja, sebolehnya mandi dan bersiap untuk tidur. Memang penat, namun jika anda pulang dengan sangat penat, terus baring di atas katil, tidak mustahil untuk anda terus terlelap! Seterusnya tidak dapat mencuci muka. Semakin lama anda buat sebegini, and mungkin akan jadikan tabiat. Kemudian, kulit muka anda akan jadi lebih teruk dengan pelbagai masalah. Elakkan ya!