Resepi Tortilla Chicken Wrap- Cadangan Untuk Sarapan Pagi Anda
Apabila anda bosan dengan sandwic biasa yang sama, anda mungkin boleh beralih sesuatu yang lebih sihat dan lazat. Tidak seperti shawarma, tortilla wrap adalah lebih mudah untuk disediakan. Ia tidak memerlukan masa yang lama bahkan ia hanya mengambil masa 10 minit untuk menyediakan kesemua bahan yang diperlukan. Dan jika anda sedang mencari pilihan rendah karbohidrat, anda juga boleh menggantikan tortilla kepada roti wholemeal sebagai pengganti wrap anda. Jadi, apa tunggu lagi, mari kita lihat resepi penyediaannya di bawah.
Bahan-bahan:
- Tortilla berperisa pilihan anda (8 inci), suhu bilik
- 4 daun salad besar
- 1 biji bawang besar (dicincang halus)
- 3 biji bawang putih (dicincang halus)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 2 keping dada ayam (dihiris)
- Mayonis
- Sos lada hitam
- Keju Cheddar
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan ayam ke dalam bahan tumisan dan gaul sehingga warna ayam bertukar menjadi putih. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Angkat kesemua bahan selepas 1 minit.
3. Gaulkan bahan tumis bersama tomato dan keju supaya rasanya menjadi lebih sebati.
4. Ambil tortilla dan letakkan kuantiti ayam dan salad mengikut citarasa anda. Selepas itu, letakkan sedikit mayonis dan sos lada hitam sebagai dressing untuk tortilla anda.
5. Gulungkan tortilla dan letak di atas pemanggang untuk memanggang supaya wrap anda menjadi lebih rangup. Selamat mencuba!