Masalah pepijat di katil atau pun kutu katil pasti menjadi hal yang sangat merungsingkan kita. Sudahlah tidur tak lena, kemudian digigit pepijat pula! Habis satu badan gatal dan tidak boleh tidur semula selepas digigit pepijat.
Biasanya pepijat akan ada di tilam yang sudah lama, kotor dan lama tidak dibersihkan. Kesannya nanti jika anda tidak mempunyai tidur yang lena, pasti ia akan mengganggu mood anda sepanjang hari.
Malah, apabila anda menggaru dengan kuat, kemungkinan kulit akan luka dan menjadi pedih. Ngeri!

Apa itu pepijat?
Pepijat atau bed bugs adalah serangga kecil yang memakan darah manusia dan haiwan, waktu aktif mereka pula ketika malam dan berkeadaan gelap.
Pepijat juga boleh bersembunyi di celah-celah almari dan bukan di katil sahaja! Kerana saiznya yang sangat kecil, anda tidak dapat lihat dengan mata kasar, namun apabila anda sudah tidak dapat menikmati tidur malam anda, gatal dan merah satu badan, ini tandanya anda telah diserang kutu katil!
Jom tengok cara hapuskan pepijat katil ini!
Vakum
Pertama sekali apa yang and aharus lakukan adalah, vakum di seluruh tempat bilik anda dengan teliti. Pastikan anda vakuum di celah-celah almari, sudut bilik dimana pepijat boleh bersembunyi. Jangan lupa untuk vakum langsir, karpet, comforter, bantal, dalam almari dan seluruh kawasan.

Borax
Anda pasti tahu apa itu borax iaitu sejenis serbuk biasa digunakan untuk pembersihan serta boleh dicampurkan ke dalam pencuci baju anda.
Antara cara yang dapat mematikan pepijat adalah dengan menaburkan serbuk borax di kasan yang anda mahu. Contohnya bilik tidur, taburkan serbuk borax di seluruh kawasan. Biarkan borax sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda bersihkan. Borax akan melemaskan pepijat membuatkan serangga ini tidak boleh bernafas seterusnya pepijat akan mati.
Alkohol
Selain itu, antara cara yang berkesan untuk membunuh pepijat adalah dengan menggunakan rubbing alkohol. Alkhol ini anda boleh cari di farmasi-farmasi berdekatan tetapi bukan alcohol swab tau!
Jika anda menggunakan cecair alkohol yang tinggi, ia akan membunuh pepijat dan kutu katil dengan cepat.
Untuk gunakannya, letakkan cecair alkohol di dalam bekas penyembur, dan anda juga boleh campurkan dengan cuka epal. Kemudian semburkan di katil anda, comforter dan seluruh bilik anda. Namun, anda haruslah gunakan dengan berhati-hati, kerana penggunaan alkohol tinggi agak kuat dan mudah terbakar. Gunakan dengan berhati-hati ya!
Serbuk penaik
Serbuk penaik atau baking soda yang anda gunakan untuk membuat kek juga boleh digunakan untuk mematikan pepijat! Sama seperti fungsi borax, ia akan melemaskan pepijat membuatkan pepijat tidak dapat bernafas seterusnya mati.
Taburkan serbuk penaik di seluruh bilik anda dan biarkan selama 24 jam. Jangan lupa tinggalkan di celah-celah tempat yang tersorok dimana pepijat mungkin boleh bersembunyi. Kemudian, vakum sahaja untuk anda bersihkan serbuk penaik yang anda tabur tadi.

Cuka buatan
Satu lagi barang yang anda boleh guna untuk membunuh pepijat sertu kutu katil adalah dengan menggunakan cuka buatan atau pun cuka epal. Disebabkan cuka adalah bahan yang sangat asidik, ia mampu melemahkan sistem saraf pepijat.
Untuk gunakannya, masukkan sahaja cuka ke dalam bekas penyembur dan campurkan dengan air menggunakan ratio 1:1. Kemudian, semburkan di seluruh kawasan yang terlibat. Amalkan setiap hari supaya pepijat dapat mati dengan cepat!
Kesemua cara di atas hanya menggunakan bahan yang boleh anda jumpa didapur. Senang dan jimat kan?
Jika anda sudah dapati tanda-tanda katil anda mempunyai pepijat, segerakan langkah membasmi serangga ini dengan cepat. Semakin lama anda membiarkannya, semakin cepat pepijat dapat membiak seterusnya memberi kesan buruk pada anda. Selamat mencuba!