Carian
Apa Yang Perlu Anda Makan Sebelum Mendaki?
August 22, 2019 Lina Rosli

Apa Yang Perlu Anda Makan Sebelum Mendaki?

Mendaki atau hiking adalah suatu aktiviti lasak yang sangat menyeronokkan selain memberi peluang untuk anda meneroka keindahan alam semulajadi sambil melakukan aktiviti yang sihat. Tetapi, mereka juga boleh menjadi agak memenatkan dan melemahkan jika anda tidak makan atau mendapatkan alas perut sebelum mula mendaki. Selain anda mendapatkan latihan stamina dan penyediaan mental yang baik dan stabil, penyediaan perut juga amat penting bagi mengelakkan anda sakit sewaktu mendaki. Jadi, hari ini Tajria mempunyai beberapa petua yang dapat membantu anda menjadi lebih bersedia untuk mendaki.

silhouette photo of three person near tall trees

Sumber Protein (daging, ayam atau ikan)

Protein adalah nutrien makro penting, terutamanya untuk individu yang berdiri atau berjalan untuk satu tempoh masa yang lama. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga sewaktu mendaki malah ia juga membantu memperbaiki otot ketika bekerja. Selain itu, daging atau sumber protein turut hadir dalam meningkatkan metabolisma dalam badan supaya makanan yang diambil lagi cepat dihadam dan diproses apabila anda ingin mendaki. Untuk mengurangkan rasa sakit otot, cuba makan daging tanpa lemak sebelum melakukan aktiviti.

sliced fruit and kiwi on plate

Oatmeal

Ia adalah salah satu sarapan yang baik yang anda boleh makan pada hari-hari biasa, namun akan bermanfaat sebelum anda mendaki bukit atau melakukan aktiviti lasak di gunung. Ia mengandungi kandungan karbohidrat dan kandungan serat yang tinggi yang menjadikan anda kekal bertenaga dan meningkatkan stamina badan sepanjang perjalanan anda. Anda juga boleh menambah beberapa bahan lain seperti buah-buahan, madu, gula atau perasa lain untuk menambah lagi kelazatan dalam oatmeal tersebut.

Telur

Untuk pilihan sarapan yang tinggi protein, anda boleh mencuba menyediakan makanan jenis telur. Tidak kira, telur yang dimasak sepenuhnya atau separuh masak. Apabila ia dicampurkan dengan makanan berasaskan karbohidrat, ia mampu meningkatkan prestasi anda, meningkatkan tenaga dan mengurangkan kerosakan otot.

five whole eggs and one empty half-open egg inside open egg tray

Coklat atau chocolates

Untuk makanan atau snek yang lebih mudah alih atau senang dibawa kemana-mana sahaja, anda boleh menyediakan coklat atau manisan di dalam beg. Coklat terutamanya dark chocolate mempunyai kandungan koko yang lebih tinggi daripada coklat biasa atau susu dan merupakan makanan yang meningatkan tenaga. Antioksidan dalam koko telah terbukti mempunyai banyak manfaat kesihatan, seperti meningkatkan aliran darah di seluruh tubuh. 

Air

Penghidratan adalah kunci utama untuk kekal bertenaga. Adalah amat penting bagi anda yang ingin menggunakan banyak tenaga untuk meminum kuantiti air yang mencukupi terutama jika anda mendaki pada hari yang panas dan terik. Walaupun anda tidak dahaga, pastikan minum air secara konsisten sebelum memulakan aktiviti mendaki. Air juga akan membuat anda sejuk semasa kenaikan kerana ia membantu mengawal suhu badan.

Kesimpulan

Berdasarkan perkongsian di atas, di harap ia dapat menjadikan anda lebih bersedia sebelum melakukan aktiviti lasak atau mendaki bukit. Hal ini kerana, selain penyediaan mental dan fizikal, makanan yang belum anda konsum sebelum menaiki puncak juga amat penting. Hal ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Komen