Sudah pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk setiap cahaya mata mereka. Dengan memastikan keselamatan mereka terjamin setiap masa ketika mengembara dan perjalanan yang jauh, penggunaan car seat sangat-sangat penting.
Dari umur baryi sehinggalah mereka berumur 8 hingga 12 tahun. Namun, ramai ibu bapa yang ambil remeh perkara ini dan masih ada juga yang tidak tahu cara penggunaan car seat dengan betul.
Kesalahan Meletakkan Kerusi Kereta Bayi Di Tempat Duduk Hadapan
Punca utama ibu bapa adalah kerana perasaa kasihan terhadap anak mereka. Ini kerana seringkali kita melihat ramai ibu-bapa meletakkan car seat di bahagian hadapan tempat duduk penumpang. Ini kerana ibu-bapa dapat melihat anak mereka, serta anak akan kurang menangis dan mengamuk kerana tahu ibu bapa mereka di sebelahnya sahaja.
Namun tahukah anda perbuatan ini sangat-sangat bahaya untuk bayi? Jika berlaku kemalangan, bayi yang berada di dalam car seat mempunyai risiko untuk lemas disebabkan pengaktifan airbag kerana impak. Namun masih ramai ibu-bapa yang melakukan perbuatan ini, mengapa?
Jom kita lihat apa perlu diambil berat semasa ingin menggunakan car seat
Pastikan tali keledar tidak longgar
Pertama sekali ketika anda meletakkan bayi anda di dalam car seat, pastikan tali keledar dipasang dengan betul, ketat dan tidak longgar. Pastikan tidak ada runag melebih 1inci di kiri, kanan dan hadapan. Anak anda mungkin akan menangis dan memberontak, namun jangan pula anda longgarkan tali pinggang. Tali pinggang yang ketat tidak akan mencederakan anak anda.
Baju yang tebal
Jika anak memakai baju bersaiz tebal seperti jaket mahupun selimut, pastikan anda memakai tali pinggang keledar dahulu. Ini kerana pemakain jaket yang tebal akan membuatkan terdapat ruang dia antara anak anda dan tali pinggang keledar tidak dapat dipasang dengan baik, dan ketat. Sebaiknya, pasang tali terlebih dahulu, kemudian barulah pakaikan selimut pada anak anda bagi memberi rasa suam dan hangat pada anak.
Pasang menghadap kebelakang
Cara yang betul untuk meletakkan car seat adalah di tempat duduk belakang serta car seat menghadap belakang, dan bukan menghadap hadapan. Cara ini haruslah digunakan dari umur bayi hingga 2 tahun, barulah anda boleh menukar car seat menghadap ke hadapan. Namun seeloknya, jika anak anda sudah mencapai tinggi dan berat maksimum yang dicatatkan pada car seat, barulah anda digalkkan untuk berubah arah.
Pilih car seat dengan betul
Baca dan fahamkan dengan teliti arahan yang dikeluarkan oleh pengeluar car seat anda. Ketika anda membeli car seat, pasti akan terdapat buku kecil atau buku informasi yang anda boleh baca.
Disini, mereka akan memberitahu sehingga umur berapa car seat anda boleh gunakan pada anak anda mengikut umur yang sesuai. Ini kerana setiap car seat mempunyai tempoh umur bayi yang sesuai, car seat bagi bayi kecil di bawah 2 tahun berbeza dengan car seat untuk anak anda yang berumur lebih dari 2 tahun dan keatas, dan juga booster seat yang sesuai untuk anak berumur 8 tahun ke atas.
Jika anda mahukan kefahaman yang lebih mendalam, di Malaysia juga turut terdapat kelas memasang car seat buat ibu-bapa terutamanya mereka yang baru sahaja mendapat cahaya mata atau bakal. Namun jangan risau jika anda baru ingin memasang car seat dengan baik, dan tidak lakukan cara yang sebetulnya sebelum ini. Better late than never, kan?
Paling penting, para ibu bapa anda haruslah tabah menahan rasa kasihan melihat anak yang menangis dan mengamuk sebaik sahaja anda meletakkan mereka di dalam car seat. Namun, kejadian ini hanya akan berlaku sekejap sahaja, lama kelamaan mereka akan terbiasa dan tidak lagi memberontak.