Terdapat segelintir individu yang mengatakan bahawa selepas menderma darah, ia akan menyebabkan berat badan seseorang individu itu meningkat. Untuk mengetahui informasi lanjut mengenai perkara ini, Tajria akan berkongsi kepada anda mengenai fakta menarik mengenai hakikat sebenar apabila menderma darah.
Adakah derma darah akan menyebabkan berat badan anda meningkat?
Jawapannya tidak. Hal ini kerana, selepas anda menderma darah, ia akan membakar sekurang-kurangnya 650 kalori yang mana ia adalah hasil daripada satu pint darah (250ml) darah dalam badan. Untuk satu pint darah, anggaran berat adalah kira-kira 1 paun bersamaan dengan 450 gram.
Proses peningkatan atau penurunan berat badan ini adalah bergantung dengan metabolisme seseorang yang mana ia akan memberi kesan terhadap tahap pembakaran kalori. Jelas sekali, setiap proses yang dilakukan memerlukan tenaga, termasuk pengeluaran berbilion-bilion sel darah merah baru. Pembakaran kalori selepas menderma darah bersamaan dengan kira-kira satu jam aktiviti kardio.
Menurut kajian di University of California di San Diego, Amerika Syarikat, badan akan kehilangan banyak darah yang mana menyebabkan oksigen dalam badan menjadi kurang. Apabila oksigen kurang, ia akan memberi arahan kepada sel peritubular untuk melepaskan protein yang dikenali sebagai erythropoeitin. Jika sebaliknya, tahap tenaga anda akan meningkat, dan tubuh anda secara semula jadi membakar lebih banyak kalori semasa aktiviti harian.
Bagaimana sel erythropoeitin ini berfungsi?
Ia akan dilepaskan terus ke dalam badan sehingga sampai ke bone narrow yang mana kebanyakkan stem cell dikeluarkan. Kemudian, ia akan memberi isyarat kepada badan untuk meningkatkan kuantiti dan jumlah stem cell untuk bertukar menjadi sel darah merah. Melalui cara ini, ia akan mempercepatkan proses penggantian dan penukaran sel darah merah dalam badan. Oleh itu, ia hanya memerlukan masa selama 48 jam untuk diproses dan ditukar.
Tahukah anda bahawa setiap hari, setiap minit dan setiap saat pasti akan ada sel darah merah yang yang rosak dan sel ini akan digantikan terus tanpa henti pada badan anda. Kira-kira 2 juta sel akan dikeluarkan dalam masa satu saat. Tapi, jika anda perasan, anda memerlukan masa dalam tempoh dua bulan untuk mula menderma semula, walhal sel darah dalam badan anda akan dikeluarkan tanpa henti. Mengapa hal ini terjadi?
Mengapa anda perlu mengambil masa 2 bulan untuk menderma semula?
Apabila badan anda menghasilkan dan mengeluarkan sel darah merah yang baru, ia akan menyebabkan zat besi yang tersimpan di dalam tubuh anda dikeluarkan untuk penghasilan hemoglobin. Walaupun badan anda menggantikan sel darah merah dalam masa 48 jam, tetapi ia mengambil masa kira-kira 6 hingga 12 minggu untuk menjadikan hemoglobin berada pada tahap yang stabil selepas menderma darah. Oleh itu, jika anda menderma dengan kerap, ia akan meningkatkan risiko anemia dan mendatangkan kebimbangan untuk paras kesihatan yang lain.
Kesimpulan
Menderma darah tidak akan menaikkan berat badan anda. Bahkan, ia membakar kira-kira 650 kalori dan mengurangkan berat sebanyak 450g untuk satu pint darah. Proses peningkatan atau penurunan berat badan ini adalah bergantung dengan metabolisme seseorang yang mana ia akan memberi kesan terhadap tahap pembakaran kalori. Oleh itu, jangan jadikan peningkatan berat badan sebagai alasan untuk anda tidak menderma darah. Selamat mencuba!