Carian
Atasi Mabuk Perjalanan – Mengapa Perkara Ini Terjadi? 
August 23, 2019 Aida Kamalia

Atasi Mabuk Perjalanan – Mengapa Perkara Ini Terjadi? 

Mengalami mabuk perjalanan adalah perkara yang sangat menjengkelkan terutamanya jika anda sedang bergembira atau meluangkan masa bersama yang tersayang, rasa mabuk ini pasti akan mengubah mood seseorang. Baru sahaja ingin bergembira, tetapi badan pula rasa tidak sedap. Tengok pula rakan anda bersuka-ria, anda tidak dapat menikmati seperti mereka. Potong mood! 

shallow focus photography of people inside of passenger plane

Mabuk perjalanan atau motion sickness, ia terjadi kerana konflik deria. Apabila informasi deria tidak ‘setuju’ dengan deria yang lain. Seperti situasi anda di dalam kereta yang bergerak, kemudian anda pula menonton movie di telefon bimbit anda. Ketika ini, deria mata mengesan situasi yang tidak bergerak, namun tidak bagi deria telinga yang mengesan pergerakan. Apabila informasi ini bercanggah antara satu sama lain, otak tidak dapat menerima input dengan baik. Sebab ini lah anda akan rasa mual, loya, sakit kepala, keluar peluh sejuk serta perut yang tidak sedap, mengakibatkan anda muntah semasa dalam perjalanan. Bukan sahaja ketika di kereta, ia juga boleh berlaku ketika di feri, bot, bas, kapal terbang dan sebagainya. Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap pergerakan, malah perkara ini juga sangat biasa dan tidak mendatangkan bahaya. Tetapi, jangan tak tahu perkara ini boleh diatasi sebelum anda memulakan perjalanan. 

Jom kita tengok apa yang anda boleh lakukan sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan mabuk ini!

Jaga pemakanan

Pertama sekali sebelum anda memulakan perjalanan, terutamanya jika perjalanan anda memakan masa yang lama, pastikan perut anda diisi terlebih dahulu. Ambil makanan yang ringan dan tidak berat seperti biskut atau roti bersama air coklat atau pun air susu. Jangan makan makanan yang terlalu berat, ini kerana anda mungkin akan lebih mudah untuk muntah, dan jangan pula membiarkan perut anda kosong. Perut yang kosong akan membuatkan anda masuk angin, seterusnya lebih rasa loya untuk muntah. 

Duduk di bahagian hadapan 

Tips ini boleh juga anda aplikasikan sama ada di kereta, boat atau feri. Ketika anda berada di boat, pilih tempat duduk di bahagian hadapan atau pun bahagian tengah-tengah. Ini kerana semasa boat bergerak di laut, pergerakan boat yang terumbang-ambing akibat pukulan ombak akan membuatkan anda lebih mudah untuk mabuk. Jika anda duduk di bahagian belakang, bukan sahaja lebih mudah untuk rasa mabuk namun anda juga akan bau minyak diesel boat seterusnya membuatkan anda pening dan loya.

Makan halia

Ramai juga yang mengesyorkan cara ini, dengan meggunakan bahan dapur iaitu halia. Halia dapat mengurangkan rasa mabuk perjalanan dan anda haruslah makan sebelum anda menaiki kenderaan. Bagi yang gemar meminum air halia, anda boleh cuba rebus air halis bersama serai dan sedikit asam keping bagi menstabilkan rasa pedas halia. Pastikan anda minum satu jam sebelum perjalanan. Bagi yang tidak suka pula, jangan risau kerana anda boleh juga makan gula-gula berperisa halia, bagi mengurangkan rasa loya dan mabuk.

Tengok suasana luar

Tips ini juga sangat penting untuk anda amalkan jika anda sering menghadapi mabuk perjalanan. Ketika di dalam kenderaan, pastikan anda tidak melihat telefon, menonton movie atau pun membaca buku. Sebaliknya, tengok pergerakan di luar sepanjang perjalanan anda. Ini adalah untuk ‘menipu’ signal dari deria mata ke otak, mengatakan anda juga bergerak seiring dengan signal yang dihantar oleh telinga anda. Jika anda hanya tertumpu pada satu objek, deria akan celaru seterusnya membuatkan anda mabuk.

Makan ubat

Cara akhir yang anda boleh guna sebelum memulakan perjalanan adalah, makan ubat mabuk perjalanan yang anda boleh dapati di farmasi. Malah ada juga kedai yang menawarkan ubat mabuk laut berhampiran dengan kawasan jeti. Pastikan anda makan dahulu sebelum memakan ubat satu jam sebelum perjalanan. 

Jika anda sudah pun tahu anda merupakan orang yang mudah mabuk tidak kira sama ada di darat atau pun di laut, sangat penting untuk anda membuat persediaan awal. Untuk lebih mudah, pastikan anda membawa kotak First Aid sebelum perjalanan anda bermula. Letakkan minyak angin, plastik sampah, chewing gum, asam bagi mengurangkan rasa loya serta ubat mabuk. Kemudian, sebaik sahaja anda menaiki kenderaan, paksa diri untuk tidur supaya tidak mudah untuk rasa mabuk.

 

Komen