Scam Melalui Social Engineering Atau Human Engineering – Cara Untuk Elak

Dalam dunia sekarang, wang adalah segalanya. Jika sudah terdesak, apa jua perkara tidak baik pasti ada yang akan lakukan. Contoh yang tidak pupus lagi adalah ‘SCAM’. Scam adalah satu penipuan dan perkara ini amat luas dan boleh diaplikasikan kepada banyak perkara.

Dalam artikel ini akan saya tekankan ‘Scam’ dalam dunia Internet. Fokus utama adalah media sosial dan percaya atau tidak WANITA ADALAH ANTARA YANG KERAP MENJADI MANGSA.

‘Scam’ ini boleh dilakukan dalam pelbagai teknik. Tapi sebenarnya ia berasal daripada seauatu yang baik sahaja iaitu ‘Social Engineering’.

Apakah maksud Social Engineering?

Ada banyak definisi sebenarnya. Ia adalah teknik merancang sesuatu untuk menguruskan atau mengubah perubahan sosial, seperti berkenalan dan/atau mengenali tingkah laku seseorang/sekumpulan. Definisi lain adalah teknik memanipulasi seseorang dengan tujuan untuk menipu.

Untuk dunia moden ini, Human Engineering atau Kejuruteraan Psikologi adalah lebih tepat. Ia adalah sains kepada tingkah laku manusia atau kebolehan manusia dengan mesin. Contoh manusia dan telefon pintar dan aplikasi media sosial. Ini hanyah maksud yang ringkas dan lebih mudah faham, maksud yang lebih jelas agak sukar untuk kita faham dan ia sangat teknikal.

Baiklah, sebelum saya ulaskan lebih lanjut mengenai cara untuk elak ‘Scam’ dari Social Engineering atau Human Engineering ini. Saya akan ceritakan contoh situasi terlebih dahulu.

Pernah berlaku pada diri saya sekitar tahun lepas. Sedang saya isi minyak di Petronas Solaris Putra, ada kereta Honda (CRV ke BRV, lupa dah) berhenti sebelah saya. Dalam kereta ini kelihatan seolah satu kelurga asing, seperti Arab atau Pakistan mungkin.

Si pemandu turun tingkap dan tegur saya, minta bantuan untuk hulurkan duit beberapa ratus ringgit. Alasannya baru sampai di Malaysia, tetapi bagasi pakaian, beg yang berisi passport satu keluarga telah dirompak. Jadi mereka inginkan wang sebagai bantuan.

Cara si pemandu bercerita amat meyakinkan dan bagi yang tidak pernah berpengalaman menguruskan situasi seperti ini, pasti akan berasa sedih dan akan hulur duit. Lebih meyakinkan yang mereka mempunyai salinan laporan polis. Wajah berpeluh dan berminyak seakan resah dan sudah penat.

Saya dengan sopan, tolak. Mengatakan yang saya tidak mempunyai wang yang cukup dan arahkannya untuk bertanya kepada orang lain atau terus ke kaunter di dalam kedai Mesra.

Sebaik sahaja si pemandu berkata-kata, saya mula teliti keadaan sekeliling membuat analisa. Kurang 30 saat saya sudah tahu yang mereka ini adalah ‘scammer’. Satu helah baru. Ini kerana;

  1. Bagaimana pelancong yang hilang passport mempunyai kenderaan mewah? Sewa kereta? Pelancong memerlukan passport.
  2. SoCar? Pendaftaran segera juga memerlukan pengesahan identiti.
  3. Kebetulan satu keluarga kena rompak? Hebat betul perompak tersebut rampas semua bagasi keluarga termasuk beg-beg kecil berisi passport.
  4. Salah seorang atau kadang-kadang dua atau tiga yang duduk di belakang, hanya pandang ke bawah. Seolah ingin sembunyikan wajah. Mungkin tidak pakar untuk membuat ekspresi wajah sedih/kecewa.
  5. Salinan laporan polis hanya ditunjuk dari jarak jauh dan kertasnya berada dalam keadaan renyuk dan kurang jelas.

Saya ketahui semua ini kerana pernah kena tipu. Rugi sehingga RM30K. Jadi saya rajin belajar dengan sendiri bagaimana ‘scammer-scammer’ ini beroperasi. Seperti penipuan ingin beli emas, syiling antik, menjual gajet harga murah dan berada di KLIA/Sabah tetapi tidak boleh COD, dan banyak lagi. Saya kerap layan perbualan mereka. Lama kelamaan ia menjadi satu kebiasaan dan mudah untuk faham.

Itu adalah salah satu situasi Social Engineering. Bagaimana ingin elak? Mudah!

WAJIB buat analisa keadaan sekeliling.

  • Lihat ekspresi wajah, pakaian/kenderaan, tona suara.

DENGAR cerita penuh mereka.

  • Bandingkan dengan data yang anda peroleh dari analisa yang anda buat tadi.
  • Adakah ceritanya masuk akal?
  • Fikir logik di mana dan susun atur cerita mereka lihat apa yang kurang.

JANGAN gunakan bahasa yang kasar.

  • Beri respon yang dalam tona suara yang lembut.
  • Tanya mereka kembali bagaimana rompakan boleh berlaku?
  • Paling ringkas, tolak dengan mudah dengan berkata “Maaf, saya tidak dapat membantu. Saya tidak mempunyai wang yang cukup.”
  • Atau “Maaf, saya tidak dapat membantu. Cuba  tanya kepada orang lain.”
  • Atau “Saya tidak kenal anda semua dan sukar untuk saya percaya. Maaf tidak dapat membantu, semoga urusan kalian dipermudahkan.”

Sudah tentu, perlu guna bahasa Inggeris kerana mereka (kononnya) tidak faham bahasa melayu. Kenapa kena gunakan bahasa yang lembut? Untuk elakkan situasi yang merbahaya berlaku. Ini adalah antara cara yang baik untuk kita tolak permintaan mereka.

Bagaimana pula dengan cara Reverse Psychology?

Mudah! KITA SCAM MEREKA KEMBALI!!!

1. Arahkan mereka untuk ulang cerita.

2. Jelaskan laporan polis tadi.

3. Tanya soalan-soalan seperti macam mana kereta boleh disewa? Kenapa kebetulan bagasi/beg sekeluarga boleh kena rompak?

4. Minta nombor laporan polis untuk pengesahan (acah-acah).

 

Kadangkala mereka akan mengalah dan terus beredar. Tetapi jika mereka boleh beri jawapan dan anda boleh terima jawapan itu, gunakan langkah ini.

 

4. Buat panggilan telefon dan berpura-pura bercakap dengan seseorang detektif/inspektor.

5. Atau tipu mereka kembali dengan menggunakan loghat/slang bahasa asing dan jelaskan pada mereka anda juga mengalami situasi yang sama.

6. atau keluarkan telefon pintar anda terus ambil gambar dengan flash.

 

Sudah tentu paling penting, WANITA PADA WAKTU MALAM JANGAN PANDU SEORANG DIRI ATAU JIKA SEORANG DIRI JANGAN BERHENTI DI KAWASAN YANG SEPI.

 

Mari kita beralih kepada Human Engineering pula.

 

Konsep yang masih sama dengan Social Engineering tadi. Tapi kita tidak bersemuka dengan si penipu, sebaliknya ia berlaku secara digital. Teknik yang klasik dan klise adalah melalui emel dan ia akan berkait dengan Putera, Nigeria, Hadiah ribuan/jutaan ringgit – atau lain-lain yang lebih kurang sama.

 

Kemudian lebih maju adalah melalui WhatsApp. Bagaimana mereka peroleh nombor? Biasanya apabila kita senaraikan produk untuk di jual di Mudah/Carousell/IG.

 

Dua teknik berbeza untuk ini adalah,

 

1. Serius ingin beli barang, tetapi tipu bab pembayaran. Kononnya menggunakan bank luar negara dan kita perlu membayar mereka wang proses penghantaran untuk kita dapatkan duit yang si penipu pindahkan.

 

Biasa resit adalah jelas tipu atau dari bank yang pelik.

 

2. Secara tiba-tiba berkata ingin beli barang yang kita jual. Kemudian ubah topik mengenai barangan antik. Jika anda lihat sahaja kata kunci antik, emas, syiling lama dan sebagainya. Block terus dan jangan layan.

 

Paling MENYERAMKAN adalah platform Facebook.

 

Kadangkala akan ada sahaja si penipu gunakan teknik sama. Jadi anda buat sahaja analisa dari segi;

 

Cara penulisan, bahasa – ia pasti pelik dan tidak normal. Kemudian ingat sahaja kata kunci Emas, Antik, Processing Fee, Luar Negara. Itu sudah cukup. Gunakan kembali reverse psychology atau tipu mereka kembali. Mereka ini mudah berasa jengkel kalau kita tipu.

 

Apa yang menyeramkan adalah, si penipu ini akan layan dengan baik. Kemudian ajak berkawan. Makin lama makin lucah dan menggelikan. Sampai sahaja perbualan tidak senonoh dan mula rasa tidak selesa, block dan laporkan ke Facebook. Lupakan sahaja.

 

Itu semua berlaku jika anda yang ingin menjual. Tetapi bagaimana pula jika anda ingin membeli?

 

Tidak dinafikan nampak iPhone murah, telefon pintar premium murah kita mula rasa minat. Jadi kita hubungi si penjual melalui WhatsApp. Sudah berurusan dengan baik, tawar menawar, tiba-tiba si penjual hanya boleh pos dan tidak boleh COD, walaupun jarak kita dan kedai si penipu dekat.

 

Apa yang perlu anda ketahui adalah,

 

Mereka akan jelaskan lokasi mereka berada di KLIA atau Sabah/Sarawak. Penghantaran menggunakan Gdex/Fedex dan boleh sampai ke alamat dalam masa hari yang sama.

 

Jika anda perasan sahaja penjelasan seperti ini terus berhenti, block dan lupaka hasrat untuk membeli. Mereka boleh yakinkan anda dengan menunjukkan IC (tipu), SSM (tipu) dan menjadi penunggang agama. Jadi untuk elak;

 

1. Cari kata kunci seperti yang saya jelaskan tadi. KLIA/Sabah/Postage sahaja/Tida boleh COD walaupun jarak rumah kita dekat.

2. Semak SSM, pastik tipu atau nama kedai lain yang lokasinya sangat jauh dengan KLIA/Sabah.

3. Fikir logik. Jika harga pasaran peranti adalah RM3K, mereka juak RM1.5K. It’s too good to be true.

 

Harapnya dengan penjelasan situasi-situasi ini dan cara yang ringkas saya berikan untuk elak, dapat membantu anda semua. Perlu diingatkan yang tidak semua penjual atas talian adalah penipu. Cuma anda perlu semak sama ada harga jualan adalah logik atau tidak dan adakah penjelasan mereka itu benar.

 

Itu sahaja artikel daripada saya. Jika ada lagi perkara menarik akan saya tulis di sini.