Carian
Rutin Untuk Dapatkan Glass Skin Seperti Wanita Korea
August 26, 2019 Lina Rosli

Rutin Untuk Dapatkan Glass Skin Seperti Wanita Korea

Jika kita lihat trend pada hari ini, ramai wanita atau individu tampil dengan matlamat untuk mendapatkan glass skin. Apa itu glass skin? Ia adalah keadaan kulit yang mana ia memberikan imej kulit yang licin, bersinar dan bersih seakan kaca. Perkara utama bagi mendapatkan keadaan kulit yang bersinar dan bercahaya adalah memberikan kelembapan yang secukupnya pada kulit.

hand healthy indulgence material textile relaxation spa aromatherapy hygiene treatment wellness skincare massage therapy massage spa essential oils skin care beauty spa aroma therapy rejuvenation

Bagi mendapatkan kelembapan yang ideal, terdapat beberapa rutin atau gaya penjagaan yang perlu anda praktikkan. Jadi, hari ini Tajria akan berkongsikan tips dan langkap yang perlu anda lakukan bagi mendapatkan glass skin seperti yang anda idam-idamkan.

Langkah 1: Double Cleansing

Teknik double cleansing ini perlu dilakukan seeloknya setiap hari. Untuk teknik ini, anda akan mengguna dua jenis pembersih iaitu oil-based cleanser dan water-based cleanser. Apakah perbezaan untuk dua jenis pembersih ini? Oil-based cleanser kebiasaannya digunakan untuk mencuci segala bahan-bahan yang berminyak seperti solekan dan sunscreen yang mana selalunya kebanyakkan wanita akan menggunakan makeup remover untuk membasuh kotoran di muka. Manakala untuk water-based pula adalah pembersih muka yang sering anda gunakan sewaktu membersih kulit. Oleh itu, anda boleh mulakan double cleansing dengan minyak pembersih atau air micellar untuk pembersihan pertama anda, kemudian diikuti dengan pembersih buih lembut atau pembersih krim.

Langkah 2: Urutan Muka

Sewaktu pembersihan muka dilakukan, anda disarankan untuk melakukan urutan kecil pada muka. anda hanya perlu membuat gerakan bulat menggunakan jari jari anda. Ia juga boleh diselangi dengan gerakan berputar bermula pada dahi, kemudian tulang pipi, pipi hingga ke tulang rahang. Setelah selesai urutan di rahang, anda boleh menolak segala kotoran ke bawah sehingga leher bagi meningkatkan peredaran darah yang baik dan menghasilakn kulit yang lebih anjal. Untuk manfaat tambahan gunakan pembersih minyak untuk memaksimumkan penghidratan.

Langkah 3: Gunakan Penyegar

Kebanyakkan orang pasti akan mengabaikan penggunaan toner. Pada hakikatnya, penyegar atau toner amat penting untuk mendapatkan keadaan kulit yang segar dan hidrat. Hal ini kerana, toner akan mengurangkan kekeringan pada kulit selain mengambil peranan yang sama sekali berbeza berbanding biasa. Toner K-beauty diformulasikan dengan bahan yang menyegarkan dan meningkatkan kelembapan (seperti teh hijau, galactomyces, ginseng dan air bunga) dan digunakan bukan sahaja untuk memulihkan tahap pH kulit tetapi juga untuk menyediakan penghidratan asas dan membolehkan penyerapan produk yang lebih baik.

Langkah 4: Serum Dan Esen (Essence)

Serum adalah kunci untuk kesegaran dan kehidratan kulit untuk rutin harian wanita di Koreajika dibandingkan dengan produk kecantikan yang lain. Esen adalah penyelesaian yang ringan untuk menjadikan kulit yang penuh nutrisi (selain membantu menghidrat kulit anda sewaktu selepas pembersihan. Langkah seterusnya adalah menambah serum, dan kemudian anda boleh menambah pelembap anda untuk keanjalan kulit dan penghidratan maksimum.

Langkah 5: Melembapkan

Pelembap adalah salah satu perkara yang penting dalam rutin penjagaan kulit. Pelembab berfungsi untuk memberikan kelembapan maksimum pada kulit untuk kekal hidrat dan segar. Walau bagaimanapun, anda perlu mendap mencari bahan yang dikehendaki dalam penjagaan kulit Korea kerana sifat pemulihan, anti-penuaan dan penghalangnya.

Langkah 7: Sapukan krim mata

Anda disyorkan untuk menambah dan menggunakan krim mata atau serum dalam rutin penjagaan kulit harian anda untuk menyuburkan kawasan bawah mata agar tidak kering. Ia perlu dilakukan dengan penuh konsentrasi kerana ia lebih mudah kering berbanding kulit dibahagian muka yang lain (dan pelembap biasa mungkin tidak dapat sepenuhnya menghilangkan kekeringan tersebut.)

woman surrounded by sliced lemons

Langkah 8: Gunakan mask muka

K-beauty Guru turut menyediakan dan memberikan  beberapa tips penjagaan kulit terbaik dan dengan beberapa teknik. Malah, meletakkan mask ini pada muka dikatakan teknik yang digunakan oleh kebanyakan beauty guru di seluruh dunia kecantikan. Ia juga merupakan cara yang paling mudah untuk melembabkan kulit yang letih, membaiki kulit kering atau kulit mati serta meningkatkan keanjalan pada kulit.

Ikuti 8 langkah ini dan jadikan ia sebagai rutin harian anda. Praktikkan ini untuk beberapa bulan, dan lihat hasilnya. Selamat mencuba!

Komen