Atasi Masalah Singki Dan Longkang Tersumbat
Jika anda kerap menggunakan dapur, pasti anda pernah melalui waktu dimana singki tersumbat, membuatkan air bertakung di dalam singki kerana aliran air tersekat. Penuh! Perkara ini sangat biasa mungkin kerana tabiat kita sendiri yang sering membuang minyak ke dalam singki, sisa-sisa makanan dan sebagainya. Sama seperti longkang tersumbat di bilik air anda mungkin disebabkan rambut yang terlalu banyak gugur ketika mandi. Ini lagi teruk, bukan sahaja air bertakung, malah longkang ini mungkin akan mengeluarkan bau yang tidak enak dan sangat busuk.
Hari ini Tajria akan ajar tips dan petua yang anda semua boleh amalkan ketika meghadapi masalah singki dan longkang tersumbat. Bolehla anda cuba daripada setiap kali tersumbat anda ingin panggil plumber! Cuba dulu cara ini ya.
Air panas + sabun pencuci + lemon
Cara ini anda boleh cuba untuk singki dapur anda yang tersumbat. Memang mudah dan cepat lebih-lebih lagi jika ia berlaku pada saat-saat genting seperti ketika tetamu datang rumah. Malu! Caranya, didihkan air kemudian letakkan di dalam baldi. Seterusnya letakkan sabun pencuci tak kira sama ada solid atau pun cecair. Sabun pencuci ini akan menanggalkan minyak yang mungkin menjadi punca singki serta lemon untuk menghilangkan bau yang tak sedap. Curahkan ke dalam singki anda dan biarkan selama 15 minit, kemudian lalukan air paip seperti biasa.
Baking soda + cuka
Beli : Shopee
Cara ini juga boleh dikatakan agak kuat dan berkesan bagi menghilangkan singki tersumbat, malah sangat berkesan digunakan pada longkang bilik anda juga. Caranya, sampurkan 1 cawan baking soda bersama 1 cawan cuka makan. Bancuhan ini agak banyak, boleh sahaja untuk anda sukat semula mengikut saiz longkang atau sinki anda. Masukkan 2 bahan ini kedalam longkang dan anda lihat campuran ini berbuih, biarkan sahaja selama 30 minit. Kemudian simbahkan air panas ke dalam longkang untuk ‘flush’ apa sahaja yang tersekat di longkang.
Baking soda + lemon
Tidak ada cuka di dalam kabinet dapur? Tidak mengapa jangan risau! Anda boleh gunakan buah lemon sebagai ganti untuk digunakan bersama baking soda. Gabungan kedua-dua bahan ini juga dikenali sebagai agen pembersihan yang kuat. Bukan sahaja boleh digunakan untuk longkang, malah boleh mencuci lantai bilik air dengan sangat bersih! Sama seperti cara diatas, letakkan 1 cawan baking soda bersama 1 cawan air perahan lemon ke dalam longkang dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, lalukan dengan air panas untuk ‘flush’.
Plumber snake / clog remover
Disebabkan singki dan longkang bilik air tersumbat disebabkan terdapat pelbagai ‘khazanah’ didalamnya, anda boleh juga ambil dan tarik sisa-sisa kotoran di dalam longkang dan singki anda. Plumber snake boleh digunakan untuk anda korek longkang anda dan keluarkan segala ‘khazanah’! Tali besi ini mempunyai cangkuk di bahagian hujung serta mempunyai duri-duri tajam pada tali untuk menarik sisa-sisa kotoran pada longkang.
Beli plumber snake : Lazada
Guna bahan kimia
Akhir sekali, jika anda tidak mahu melakukan perkara di atas, cara yang paling mudah adalah menggunakan bahan kimia iaitu cecair khusus untuk menghilangkan singki serta longkang yang tersumbat. Anda boleh jumpa bahan ini atau clogged drain remover di mana-mana pasaraya besar, malah terdapat banyak jenama yang menawarkan produk untuk fungsi ini. Tinggal pilih sahaja!
Beli : Mr. DIY
Beli : Cosway
Belum cuba, belum tahu keberkesanan tips-tips di atas. Malah segala bahan yang diperlukan juga sangat mudah dijumpai, mungkin juga bahan ini ada di kabinet dapur anda sendiri. Berbanding jika anda memanggil plumber yang pastinya memerlukan kos yang tinggi, bahan-bahan di atas jauh lebih murah. Sekaligus dapat menjimatkan belanja bulanan anda. Cubalah!