Carian
Tips Untuk Kelihatan Bergaya Bersama Seluar kargo
August 27, 2019 Aida Kamalia

Tips Untuk Kelihatan Bergaya Bersama Seluar kargo

Selain seluar jeans, seluar palazzo, potongan bootcut dan sebagainya, pada artikel kali ini Tajria ingin memberi cadangan serta inspirasi untuk anda seluar yang anda boleh gayakan, iaitu selauar kargo. Sebut sahaja seluar kargo, ramai akan berfikir ianya seluar yang mempunyai banyak poket, serta berwarna coklat. Tetapi jangan tidak tahu seluar kargo ini sudah hadir dengan pelbagai warna seperti warna biru, putih, coklat muda serta warna merah jambu! Malah ramai sudah mula menggayakan semula seluar kargo seterusnya menjadi trend pada waktu kini. Seluar kargo sesuai digayakan untuk acara yang santai dan relaks, ketika meluangkan masa bersama keluarga, makan bersama rakan dan kurang sesuai untuk dipakai untuk acara formal. Jom tanpa membuang masa, apa yang anda boleh gayakan bersama seluar kargo! 

Seluar Kargo Bersama Kasut Boots

Sumber : Pinterest

 

Untuk acara yang santai seperti berkelah atau pun picnic bersama rakan, tetapi masih mahu kelihatan menarik. Gayakan seluar kargo bersama kasut boots, bersama baju off shoulder untuk memberi sedikit rasa seksi pada si pemakai. Jika warna seluar kargo anda berwarna gelap, padankan dengan boots berwarna hitam begitu juga dengan warna baju. High cut boots akan menampakkan anda sangat bergaya bersama seluar kargo!

Beli di Zalora : Zalora

 

Seluar Kargo Merah Jambu

  Sumber:  Pinterest

 

Mahu gayakan seluar kargo tetapi tetap ingin kelihatan feminin? Jangan risau kerana anda boleh sahaja jumpa seluar kargo yang berwarna merah jambu! Untuk kelihatan sweet dan funky, padankan bersama jaket denim dan boots berwarna putih. Warna yang cerah ini akan membuatkan anda tampak lembut, tetapi anda tetap akan menonjol di khalayak ramai! 

Beli di Zalora : Zalora

 

Seluar Kargo Denim

Sumber : Pinterest

 

Seluar kargo denim juga pasti menjadi kegilaan gadis yang lebih sukakan denim berbanding sleuar biasa. Seluar kargo denim ini mempunyai poket yang banyak pada sisi seluar, menampakkan anda kelihatan santai, apabila dipadankan bersama baju lengan panjang bercorak kosong. Outfit ini sangat sesuai untuk anda pergi membeli belah, makan bersama rakan kerana outfit ini sangat selesa dan kelihatan bersahaja. Jika anda sukakan outfit simple seperti ini, cubalah!

Seluar Kargo Bersama Jaket

Sumber : Pinterest

 

Walaupun seluar kargo ini sesuai untuk aktiviti yang santai, tetapi anda juga boleh ubah outfit untuk kelihatan glamour! Seluar kargo berwarna coklat muda ini apabila dipadankan bersama jaket berbulu, sekaligus akan menampakkan anda kelihatan bergaya, ditambah pula dengan singlet hitam di dalam jaket sekaligus si pemakai tampak seksi. Anda boleh gayakan outfit ini ketika melancong di luar negara semasa musim sejuk, atau pun di tempat sejuk seperti di Genting Highland atau pun Cameron Highland.

Beli di Zalora  : Zalora

 

Semua outfit yang dipadankan bersama seluar kargo lebih sesuai jika anda pergi ke acara bertema kasual, kerana rata-rata outfit di atas lebih kepada streetwear. Anda juga boleh menggayakan dengan kasut tumit tinggi dan bukan sahaja boots dan kasut tau! Sekaligus akan menampakkan anda kelihatan feminin dan santai. Untuk anda yang sukakan seluar sebegini, klik sahaya pautan di atas dan anda boleh beli di laman web Zalora. Tunjukkan pada kami bagaimana anda gayakan seluar kargo anda!

Komen